Cara Menguatkan dan Melebatkan Bulu Mata Yang Nipis

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Perempuan dengan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Kalau dah namanya perempuan, memang cantiklah dia. Tapi, definisi cantik bagi kaum kita ni lebih kurang macam ni.

Kening terbentuk cantik.
Mata bulat bersinar.
Bibir merah merekah.
Pipi halus mulus macam pau.
Dan.. bulu mata hitam, lebat melentik!

Betul tak? Ramai wanita yang memilih untuk bermekap untuk serlahkan lagi kecantikan mereka. Tak kurang ramai juga yang selesa dengan kecantikan semulajadi. Natural beauty is the real beauty. Less is more katanya. Tapi jangan tak tahu. Natural beauty pun boleh kita serlahkan dengan mempamerkan raut wajah yang nampak segar, bersih dan sihat walaupun tanpa mekap. Macam mana? Mestilah dengan menjaga setiap inci raut wajah suka nampak segar dan sihat. Yelah.. macam mana?

Apabila kita bercakap tentang perempuan yang 'tidak bermekap', dorang biasanya akan tetap memilih untuk menggunakan sekurang-kurangnya maskara atau lipbalm atau kedua-dua benda ini. Orang suka maskara sebab mata akan nampak lebih besar dan galak apabila bulu mata tebal dan lentik. Lipbalm pula wajib sebab kita nak nampak lebih segar dan berseri. Tak de la pucat tak bermaya ke mana-mana. Lagipun, tanpa lip balm, kulit bibir mudah merekah. Menggelikan juga.


"Rajinnya Muja pakai mekap pergi kelas. Aku pergi kelas pakai mascara je."

Kebanyakan daripada kita, sampai bersusah payah setiap hari, menggam bulu mata palsu untuk nampak macam bulu mata kita lebat, panjang, cantik, lentik. Tapi, proses tu bukan mudah. Tambah-tambah untuk yang beginners. Kalau lebar tak kena, kena potong dulu. Lepas potong, eh terlajak pendek pula. Kalau gam tak berkualiti, bulu mata senang jatuh, tak mahu melekat. Kalau gam kuat sangat, boleh tercabut bulu mata. Macam-macam hal kalau bercakap pasal bulu mata palsu ini. Harga pula boleh tahan cekik darah.

Yang paling menakutkan, kalau letak salah, muka kita boleh nampak macam cacat. Korang boleh baca entri hari kahwin aku kalau nak tengok akibat penggunaan bulu mata palsu yang salah.

Inilah efeknya kalau salah pakai bulu mata palsu. Dah hodoh di hari kahwin sendiri. Mahu?

Kawan aku sendiri pernah cakap dia pakai maskara sahaja untuk ke kelas. Bagi aku pula, maskara agak leceh. Nak pakai maskara agak menyeramkan sebab takut tercucuk. Maskara juga senang menghitamkan mata apabila berpeluh. Dan lastly, maskara susah nak ditanggalkan masa nak berwudhuk. Aku lebih suka pakai lipbalm dan bedak sahaja kalau malas. Bagi aku, maskara memang susah nak pakai biar nampak macam aku nak; lebat dan lentik.

Kalau ikutkan, aku memang memerlukan maskara sebab bulu mata aku jenis panjang, tapi lurus ke depan. Tapi aku tetap tak pakai mascara sebab maskara selalu melekat pada cermin mata. Ada lagi tak orang yang sependapat dengan aku? Okay, kita geng! Alangkah indahnya dunia kalau bulu mata kita ni lebat secara semulajadi. Melentik secara alami.

Macam mana caranya?

Idol Lash Energizer Menyelesaikan Masalah Bulu Mata Kita!


Berdasarkan penemuan saintifik, Eye Research Associates telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Idol Lash Energizer.

Sebelum keluar dengan Idol Lash Energizer, mereka telah menguji macam-macam formula pertumbuhan bulu mata. Kebanyakan formula sebenarnya hanyalah vitamin yang menjanjikan bulan bintang, tapi hasilnya menyembam ke bumi. Semuanya overclaimed kata orang. Dalam kajian ini, mereka berusaha mencari produk yang betul-betul memfokuskan kepada pertumbuhan bulu mata yang sihat.

Idol Lash Energizer adalah sejenis serum yang sangat berkesan untuk menguat dan melebatkan bulu mata dalam beberapa hari sahaja. Ia boleh digunakan setiap hari untuk kesan maksimum. Sesuai dengan namanya, Idol Lash Energizer, penguat bulu mata, ia sangat berkesan untuk melebatkan bulu mata yang nipis, menebalkan bulu mata yang halus, dan memanjangkan bulu mata yang pendek. Oh ya. Lash Energizer bukan untuk bulu mata sahaja tahu.

Ia juga boleh digunakan pada kening untuk melebatkan kening. Barulah nampak bentuk muka lagi cantik. Dengan Idol Lash Energizer, bulu mata kita akan jadi lebat, tebal, panjang dan cantik tanpa menggunakan maskara, eyeliner, dan eyeshadow.

Kandungan Idol Lash Energizer


  • Enzymes
  • Peptides
  • Anti-oksidan
  • Vitamin


Kandungan terbaik inilah yang menjadikan pengguna Idol Lash Energizer tampak lebih muda dengan bulu mata yang lebih kuat, hebat dan lebat!

Kelebihan Idol Lash Energizer


Idol Lash Energizer mampu

  • menebalkan bulu mata untuk menjadikannya lebih kuat
  • memanjangkan bulu mata sehingga 83%
  • menghalang bulu mata daripada gugur
  • melebatkan bulu kening juga!


Testimoni Pengguna Idol Lash Energizer


Jangan tak tahu, Idol Lash Energizer juga boleh digunakan pada bulu kening. Jadi, produk ini sejenis yang 2 in 1. Bolehlah jimatkan duit daripada membeli serum lain pula untuk kening yang ada dalam tiada tu.


Formula ini sudah digunakan oleh ramai selebriti bertahun-tahun dah. Itu yang buat mata depa galak dan cantik semacam je. Sekarang, giliran kita pula untuk bercantik-cantikan tanpa maskara, dan tanpa bulu mata palsu!


Selamat berjaya memiliki bulu mata yang cantik, sihat, lebat dan lentik dengan Idol Lash Energizer! Wassalaam.

Comments

  1. saya pun tak suka pakai maskara..
    mcm melambatkan je bila nak cuci² muka @ amik wuduk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD