Review Mugen Glass Top Infrared Gas Cooker- Kali pertama beli barang CJ Wow Shop

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku jenis suka sangat tengok tv channel shop yang buat thorough review tentang barang-barang yang depa jual. 2 tv shop yang paling famous kat Malaysia mestilah GoShop dan CJ Wow Shop kan. Rezeki aku, pengalaman pertama beli barang daripada television adalah dengan CJ Wow Shop.



Bermula dengan kisah dapur aku tu. Dia dapur biasa, yang jenis kaca. Tapi, tempat letak kuali tu, ada 3 gigi je. Tak stabillah bila memasak. Asyik jatuh je especially kalau jenis handle dia tu ada sebelah je, dan berat. Lagilah kena hati-hati time memasak. Lepas tu, dia punya batu yang ada lubang-lubang api tu, entah macam mana, boleh berubah bentuk. Jadi, dia macam tak padan dengan tempat memasak. So, api yang keluar jadi warna kuning instead of biru. Bila kuning, bontot kuali dan periuk jadi hitam. Aduss, malas tahu nak basuh benda hitam tu sebab dia melekat pada span dan berjangkit habis kat barang lain yang kita basuh.

Jadi, dengan berbekalkan baki yang sedikit dalam bank, aku download aplikasi CJ Wow Shop dan order Mugen Infrared Gas Cooker ni dengan pilihan COD. Alhamdulillah, sampai dalam masa tak sampai seminggu. Okaylah tu bagi aku sebab masa aku order pun dalam bulan Syawal kan. Bukan tak tahu traffic macam mana time-time rasa kat Malaysia ni.

Bersama-sama dengan dapur Mugen tu, aku dapat juga set 3 bilah pisau dan 4 keping colourful chopping board (siap ada label untuk daging, sayur, etc). Macam tahu tahu je pisau aku dah tumpul dan papan pemotong kayu aku tu dah tumbuh cendawan. Total harga, RM187. So, not bad lah bagi aku. Memang berbaloi.

Review Mugen Glass Top Infrared Gas Cooker


Gara-gara malas nak ambil gambar. Aku screenshot je guys.


Bila aku start guna dapur Mugen ni, benda pertama aku notice, kita kena guna beberapa kali dulu baru kita tahu stail dia. Hati-hati mula-mula guna sebab kita tak tahu ragam dia macam mana. Aku ingatkan walaupun plate dia masih hitam, sudah keluar api. Rupanya tidak. Dah start bau gas dah masa tu. Cepat-cepat aku tutup. Sebenarnya, kita boleh je nampak api infrared tu. Kalau dah menyala, platenya akan jadi warna biru. Lama-lama dia akan jadi merah.

Disebabkan dia guna infrared, kita tak boleh nampak sangat api yang keluar. Jadi, kita tak boleh nak agak sangat api kecil ke api besar. Tapi, lama-lama kita boleh agak dan tahu dari kedudukan pemulas api tu. Insya Allah. Kita manusia ada kelebihan itu. Muehehehe.

Makanan Lebih Cepat Masak- Setuju


Infrared punya suhu lagi panas daripada api biasa tau. Keseluruhan plate dia menyala, bukan menyala ikut bulatan macam dapur biasa. Jadi, suhu yang dikeluarkan lebih sekata dan menyeluruh. Sebab tulah kot makanan jadi cepat masak.

Memula goreng nugget tu, hangit juga guys sebab tak biasa lagi kan. Memang menjimatkan masa memasak seperti yang diiklankan.

Penggunaan Gas Yang Lebih Rendah- Setuju


Dapur infrared menggunakan kuasa gas yang lebih rendah. Ini aku tak boleh nak kata apa sebab aku tidak buat kajian. Kalau secara lojiknya pun, bila makanan cepat masak, makin sikitlah kita guna gas. Makin jima masa, makin jimat kos untuk gas memasak. Betul tak?

Lebih Selamat dan Dipercayai- Setuju


Ini part yang paling aku suka pasal Mugen Infrared Gas Cooker ni. Part apinya tak mati walaupun direnjis dengan air dan dihembus angin sebab apinya bukan jenis terdedah. Kalau dulu aku terpaksa tutup tingkap dan kipas kat dapur aku tu api selalu mati. Sekarang tidak lagi. Kalau dulu menjejer peluh time memasak, sekarang peluh keluar sesikit je sebab dah boleh buka tingkap dan kipas. Faktor ini sangat penting untuk memotivasikan mak mak untuk memasak ya tuan puan! :D

--Subscribe to My Youtube Channel--

Dapur Ini Akan Lebih Awesome Kalau


  1. Bahagian depannya pun diperbuat daripada kaca. Dapur aku dulu, atas dengan depan, dedua berkaca supaya tak berkarat. Siap ada design bunga.
  2. Bila masukkan tempat letak periuk tu dalam lubang, longgar sedikit. Jadi bergerak-gerak. Kalau boleh dikemaskan lagi atau buat sesuatu untuk lebih ketat, memang cantik sangat dah.
  3. Buatkan juga indicator besar masa api sebab memang tak boleh nak agak masa mula-mula guna tu. Kalau tak hati-hati, habis hangit hoihh.

Okaylah. Setakat ini dululah review ikhlas daripada aku. Non sponsored tau. Khas untuk mak-mak yang sedang menghadapi masalah tak boleh pasang kipas time memasak. Yang sedang mencari dapur yang sesuai dengan kabinet dapur pun, sila sila. Sila order yang ni akak. Berbaloi! 

Wassalaam. :D



Comments

  1. Nak Tanya kenapa api dia dah xde infrared,hanya api biru adakah is telah tersumbat,bagaimana cara untuk bersihkan.

    ReplyDelete
  2. Saya bru beli stove macam ni. Tapi plate infrared xpanas pom biarpon dah dipasang

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli barang online ni, memang inilah risiko dia. tu yang kena check awal2.. then kena ada kerajinan untuk return kalau barang tak okay.

      Delete
  3. Daput ni ada kekurangan bergerak periuk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika