Pengalaman Kedua Bersalin- Pengalaman Mendewasakan

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, Nik Muhammad Nazeem bin Nik Nasyram sudah selamat keluar dari perut aku pada 19 Julai 2019. Tersama pula hari lahir beliau dengan abah aku. Lepas tu kan, part hari bulan dengan bulan tu, tambah satu je untuk jadi birthday Nazhan.

Okay camni;

Nazhan lahir 18. Nazeem lahir 19.
Nazhan lahir Ogos, bulan 8. Nazeem lahir September, bulan 9.
Dan dua dua lahir hari Jumaat
Get it? Get it?

What a destiny! Dekat dekat je semua. Sambut sekali jelah tiap tahun. Nazhan, Nazeem, Abah, Umi dan Hana. Umi dan Hana adik bongsu aku pun kongsi tarikh lahir bulan Ogos. Sambut sekali harung 5 orang tiap tahun. Jimat weh. Belanja memang kena lebih bijak di zaman Malaysia Baru ni. Get it? Get it? :)



Nasib Baik Sempat!


EDD anak kedua aku adalah pada 30 September 2019. Mulanya merancang nak balik Kelantan 19 Julai, tapi instinct aku menyatakan, aku kena balik lagi awal daripada tu. Mak-mak keliling aku pun duk ingatkan aku, takut aku terberanak awal untuk anak kedua. 

Rupa-rupanya, 19 Julai tu aku dah bersalin! Kalau hari tu baru balik, alamatnya sakit perut tengah jalan, hutan kiri kanan. Nik pun sempat balik Kelantan dan temankan aku meneran keluar anak dalam labour room. Fuuhh. Sakit lain macam this time. Still, alhamdulillah semuanya okay. Nampak tak perancangan Allah adalah yang terbaik? :)

Alhamdulillah juga akikah Nazeem pun dah settle masa raya haji hari tu. So sorry son sebab tak de gambar sangat. Sepatutnya sambut sekali akikah dengan birthday Nazhan, tapi something unplanned happened. So, no pictures. Kek makan kat rumah Nik. So sorry. Insya Allah, next year we do something better planned for both of you. Okay?

Pengalaman Bersalin Kali Kedua


I can say this pregnancy was quite a smooth journey. Aku tak risau sangat pasal gula dan hb. Semuanya normal sampai time bersalin. Cuma, perut jadi lebih besar. Memang mengembang betul masa third trimester. So, stretch mark lebih jelas walaupun aku selalu sapu coconut oil. Tapi, masih lagi sedikit compared to yang aku tengok di internet. Sumayah pun cakap perut aku tak meregang sangat. Bukan dia je, nurse hospital pun sama cakap camtu. Korang yang tengah pregnant, please! Sapulah minyak kelapa dara atau bio oil banyak-banyak masa mengandung. It works!

6 pagi, 18 Julai 2019
Air ketuban pecah. So, aku siap-siap. Pergi makan dulu kat kedai depan rumah.

8 pagi, 18 Julai 2019
Sampai di Hospital Universiti Kubang Kerian. Daftar dan buat scan. Doktor tu cakap, dia risau bila berat baby masa tu dengan masa aku 35 weeks sama. So, dia minta aku tunggu senior dia untuk scan kali kedua. Bukan kejap weh tunggu, 3 jam rasanya.

Lepas Asar tu, barulah senior dia datang untuk scan aku. Aku naik atas katil. Doktor yang memula bacakan report kat senior dia. Then, dia pun cakap, semua tu normal je. So, without scanning or apa, aku turun balik dari katil. Mujurlah Nurmujahidah ini adalah orang yang sangat penyabar. You doctors should be grateful. :)

9 malam, 18 Julai 2019
Start sakit. Buat VE for the first time, 1cm. Nurse kata, doktor akan buat lepas ward round. Tapi, nurse cakap dia boleh buatkan. Omg, VE pun dah sakit weh. Then, bila doktor sampai, dia nak buat lagi walaupun baru 5 minit sebelum tu, nurse tu buatkan. Aku pun marahlah. Doktor merajuk, then marah kat nurse tu. Adess, drama sangat saat saat sebelum bersalin aku malam tu.

1 pagi, 19 Julai 2019
Start sangat sakit. Mulut tak henti-hentilah berzikiR mintak kekuatan. Baca doa Nabi Yunus. Setiap kali contraction, dalam hati aku cumalah,"Sakit bersalin ni penghapus dosa besar. Mati lagi sakit daripada ni." Buat VE lagi dengan seorang HO, katanya 1cm. How come?? Aku dah sakit sangat dah ni! Allahu. Nurse offered ubat tahan sakit. Ingatkan boleh cucuk terus, eh eh kena check heartbeat baby kalau tak silap. Lama pulak tu. Sempat la cucuk satu jarum tapi sakit memang tak hilang. Menyesal tak dengar cakap Umi aku yang dah gitau, memang tak hilang pun.. -_-

Dalam pukul 2 pagi, 19 Julai 2019
Sangat sangat sakit! Contraction interval dah less than 5 minutes tapi nurse masih tak tolak aku masuk labour room sampailah aku rasa macam nak berak dan aku menangis-nangis mengadu akak sebelah yang juga tengah minor contraction. Then, nurse datang buat VE kat situ juga dan bagitahu dah 6cm. 

Cemas giler weh rasa masa tu sebab the urge untuk meneran tu kita tak boleh kawal. Dia jadi sendiri. Even masa nak turun dari katil untuk duduk atas kerusi roda pun rasa nak teran. Dan semakin kita nak tahan, semakin kita meneran. Can you imagine that??? Nasib baik weh tak beranak dalam lift. Nurse duk cakap Jangan, jangan! Eh, I bukan teran. I tengah tahan la ni tapi baik jangan tahan sebab tahan tu menyebabkan makin terteran anak. Orang bersalin jela yang faham ni. Tak tahu nak explain cemana.

Alhamdulillah. Masuk labour room. HO dua orang perempuan. Bergurau senda depan aku sambil bua kerja dengan begitu efektif sekali. Aku faham je dorang perlu lightheaded setiap kali tolong orang bersalin ni. Umi pun ada cerita macam mana dia berborak dengan doktor masa dia bersalin dulu. Nik pun masuk. Semua support. Bagi semangat. Kali ni, kena teran lebih sikit berbanding Nazhan, tapi masih sekejap sahaja bagi aku. Nazeem pun keluar dalam pukul 2.30 pagi. Nik pun azankan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Lepas bersalin, aku masuk ke Wad Korporat sebab aku nakkan keselesaan kali ini. Sebab satu lagi, aku nak tunggu Nazeem masa dia kena kuarantin dalam wad untuk ambil antibiotik for GBS. Aku ingatkan lama Nazeem duduk sana. Alhamdulillah, aku cuma kena stay satu malam sahaja kat situ. Bayaran sehari semalam adalah RM200. Nik, Nazhan dan mak mertua aku pun tidur sana temankan aku malam tu. Bilik air dalam bilik. Boleh masuk dan keluar bila bila masa. Makanan pun boleh pilih. Memang berbaloilah bagi aku. Lepas balik dari hospital, aku terus tinggal di rumah klinik.


Nik Muhammad Nazeem, pengatur.


Terima Kasih Yang Tidak Terhingga!


Berbanding dulu, aku rasa more prepared la. Dalam kepala, "Jangan Menjerit! Jangan Menjerit!" Tapi, terjerit jugak sikit. Hehe. Aku bayar confinement lady selama seminggu to help me. Tak de postpartum blues macam masa bersalinkan Nazhan dulu. Tension weh asyik nangis sampai dinihari. Luka pun senang baik. Yang penting sekali, Nazeem tak de masalah untuk direct breastfeeding! Yang ni kira yang paling aku risau r.


Nazeem budak yang sangat senang dijaga. Tidur pada masanya walaupun ada juga la yang dia nak tidur pukul 2 pagi. Bangun nak susu tu biasalah. Hulur jelah. Tak perlu beria pam macam dulu. Apa susah. Cuma, Nazeem ada prolonged jaundice which walaupun tak berbahayalah kata umi, tapi menyesakkan nafas bagi orang yang paranoid macam aku. Menangis weh tengok anak kena cucuk tangan. Dua dua belah pulak tu sebab darah clot sebelum cukup masuk tabung masa tangan mula mula. Tengah tunggu result lagi ni. :'(

Suami. Terima kasih sangat-sangat for all the efforts. Balik 2 kali dengan jarak 2 minggu sahaja ke Kelantan dari Johor. Kalau masa Nazhan, memang cun tarikhnya. Cuti suami seminggu, bersambung dengan cuti seminggu Raya Haji. This time, selang 2 minggu. Memang memenatkan dan lari bajet sangat-sangat. Lauk berpantang pun nik yang kunyitkan. Tq Abang!

Umi dan Abah. Terima kasih menerima kehadiran aku, Nazhan dan Nazeem di rumah dan menjaga kami. Abah selalu panggil Nazhan masuk bilik dia, so that aku boleh relax sikit walaupun kena jagakan Nazeem. Umi selalu belikan makanan untuk Nazhan.

Siblings. Terima kasih sebab sudi tolong jagakan anak anak saudara korang. Huda yang berulang alik Selising-Kubang Kerian, Sumayah yang fly dari Kuala Lumpur ke Kelantan dan bagi nama kedua aku, Zie yang balik dari Johor Bahru, Hana, Umar dan Amir yang sudi main dengan Nazhan.

Keluarga Mertua
Terima kasih bagikan petua berpantang. Ma yang sediakan makanan pantang, adik beradik Nik yang pegangkan anak aku kalau aku ada kerja lain.

Semuanya
To everyone yang involved tapi aku terlepas pandang, tq so much for everything! You are the unsung heroes!

Wassalaam.

Ps- Tq Allah, sebab tak temukan aku dengan mak cik yang membebel marahkan aku macam masa aku beranakkan Nazhan dulu. Kih3.

Comments

  1. seronok bila birthday dekat dekat sambut ramai ramai meriah suasana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD