Sutera Lip Therapy by Jamu Tun Teja- Mencantikkan Bibir Sambil Merawat

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alkisahnya, adik aku si Faizah menghadapi masalah bibir yang merekah sampai berdarah setiap kali dia cuba pakai lip products di pasaran mainstream. Dah banyak duit habis nak nampak bibir cantik, asyik membazir saja sebab pakai sekali je. Bibir pedih, terkoyak, berdarah. Semua ni gejala bibir sensitif. Jadi, apalah masalah dengan lipstick di kebanyakan drugstore popular seluruh Malaysia ni?

Sebenarnya, tanpa kita sedar, banyak bahan dalam pembuatan lipstick memberikan kesan tidak baik pada bibir. Ada juga yang sampai membahayakan kesihatan. Antaranya adalah: 
  • Logam berat
  • Petroleum
  • Phthalate
  • Paraffin
  • Fragrance

Sebab itulah ada yang mengadu bibir pedih, bibir sakit, bibir kering, bibir berdarah. Rupa-rupanya, founder Jamu Tun Teja pun menghadapi situasi yang sama. Situasi inilah yang telah menginspirasikan beliau untuk memformulasikan Sutera Lip Therapy. 

Sutera Lip Therapy by Jamu Tun Teja


Sutera Lip Therapy adalah produk kecantikan bibir di bawah rangkaian produk kecantikan Sutera Beauty Therapy by Jamu Tun Teja. Sutera Lip Therapy diformulasikan daripada bahan-bahan gred premium yang memberikan keselesaan setiap kali diaplikasikan pada bibir. Selain sangat selesa, Sutera Lip Therapy juga memberikan banyak manfaat dalam kesihatan dan kecantikan bibir bagi setiap penggunanya.



Sutera Lip Therapy terdiri daripada 3 jenis produk untuk kecantikan bibir iaitu; 
Sutera Lip Polish, Sutera Lip Glass dan Sutera Lip Serum.

1. Sutera Lip Polish- RM39

Promosi dah tamat tau.

Sutera Lip Polish adalah sejenis skrub bibir yang terbaik untuk menampakkan bibir mungil sempurna tanpa sel-sel mati dan kuping-kuping kulit bibir.

Cara Penggunaan Sutera Lip Polish

  1. Sapukan Sutera Lip Polish pada bibir dan gosokkan secara membulat sehingga rata selama 2 hingga 5 minit untuk membuang sel mati.
  2. Bilas dan sapukan pula Sutera Lip Serum untuk melembapkan bibir.
  3. Ulang langkah di atas sebelum tidur sekurang-kurangnya 2 kali seminggu supaya bibir tampak lebih lembut dah sihat.
Lepas dah guna lip polish dengan lip serum pada malamnya, pakai lip glass diikuti dengan lip serum untuk nampak berkilat pada esoknya. Memang cun!

Kebaikan Sutera Herbal Lip Polish Untuk Bibir

  • Mencantikkan bentuk dan warna bibir secara semulajadi
  • Melembapkan bibir dan membuatkan bibir kelihatan mungil (fuller)
  • Memberikan efek bibir kelihatan licin dan ‘juicy’
  • Melembutkan bibir dan mengatasi bibir merekah
  • Membuang sel-sel kulit mati pada bibir
  • Mengurangkan garis-garis halus pada bibir
  • Membantu proses penyembuhan luka pada bibir

2. Sutera Lip Glass- RM48

Sutera Lip Glass pula datang dengan 5 warna yang sangat cantik iaitu Dahlia, Lily, Mawar, Orked dan Iris (Limited Edition) . Apabila dipakai, bibir akan nampak lebih sihat, tebal dan gebu. Senang cerita, gorgeous sexy looking momma!

Sangat sesuai untuk tona kulit medium.

Bahan-bahan Semulajadi Yang Digunakan dalam Sutera Lip Glass

Bagaimana pihak Jamu Tun Teja sanggup menjanjikan keberkesanan Sutera dalam memberikan terapi kepada bibir kita? Ini kerana, Sutera dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang memang diakui manfaatnya dari dulu lagi. Jom kita tengok. 

1) Organic Mustard Sprout
2) Minyak Kulit Kayu Manis
3) Babassu Oil
4) Minyak Peppermint
5) Minyak Kelapa Dara
6) Minyak Jojoba
7) Ballon Vine ( Heart Seed )
8) Vitamin E



Manfaat Sutera Lip Glass by Jamu Tun Teja

Kalau kita tengok bahan yang digunakan dalam Sutera, memang lain daripada yang lain. Semuanya adalah bahan herba semulajadi, bersesuaian dengan prinsip Jamu Tun Teja yang menggunakan herba tradisional dalam setiap pembuatan produknya. Setiap bahan mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Jadi, selain daripada memberikan warna yang cantik pada bibir, Sutera Lip Glass juga sangat bagus untuk 

1) Melembapkan bibir 
2) Melambatkan penuaan 
3) Menghaluskan kulit bibir 
4) Meredakan kegatalan bibir 
5) Mencerahkan bibir yang gelap 
6) Melembutkan bibir



Tekstur Sutera Lip Glass

Tekstur Sutera Lip Glass sangat unik. Sekali lagi ulang, ia LAIN DARIPADA YANG LAIN. Ia seolah gandingan lip matte dengan lip gloss. Teksturnya dalam bentuk cecair yang sederhana pekat tetapi ringan apabila disapu pada bibir.



Cara Penggunaan Sutera Lip Glass

Cara penggunakan Sutera Lip Glass lebih kurang sama dengan liquid lipstick yang biasa kita pakai. 
  1. Pertama sekali, gunakan Sutera Herbal Lip Polish sebagai skrub bibir untuk membuang sel kulit mati. Kalau boleh, malam sebelumnya.
  2. Diikuti dengan Sutera Lip Glass untuk memberikan warna yang sempurna dan semulajadi pada bibir.
  3. Sutera Lip Serum boleh dipakai selepas lip glass untuk memberi kesan bibir berkilat dan bersinar.



3. Sutera Lip Serum- RM43




Kebaikan Sutera Lip Serum Untuk Bibir

  • Mencantikkan bentuk dan warna bibir
  • Melembapkan bibir dan membuatkan bibir kelihatan mungil (fuller)
  • Memberikan efek bibir kelihatan licin dan juicy
  • Melembutkan bibir dan mengatasi bibir merekah
  • Membuang sel-sel kulit mati pada bibir
  • Mengurangkan garis-garis halus pada bibir
  • Membantu proses penyembuhan luka pada bibir

Cara Penggunaan Sutera Lip Serum

  1. Sapukan pada bibir untuk warna merah muda yang berkilauan
  2. Sapukan sebagai asas pada gincu lain untuk kesan halus dan lembut Sapukan sebagai rawatan malam bibir untuk penghidratan maksimum pada hari berikutnya

Untuk mendapatkannya, klik Sutera Lip Therapy by Jamu Tun Teja.
Untuk lebih lanjut, Whatsapp/Telegram Muja 01126947035

Terima kasih. :)

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD