Panduan Bercuti Ke Tempat Menarik Di Beijing Dengan Traveloka

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Minggu cuti sekolah ni kitorang banyak menonton filem kungfu cina walaupun dah banyak kali tengok. Koleksi filem Ip man, Kung Fu Hustle dan Fearless lakonan Donnie Yen, Stephen Chow dan Jet Li antara action movie yang tak pernah bosan untuk ditonton. Bila tengok movie ni, rasa macam best pulak pergi ke China..nak tengok tempat diorang berlakon ni. Selalunya kalau China, biasanya orang pergi ke Beijing.

Korang pernah tak bawa anak-anak bercuti atau honeymoon dengan pasangan di Beijing? Dengar kata banyak tempat-tempat menarik di Kota Beijing ni.

Kalau korang nak tahu percutian di Beijing,China merupakan satu salah tempat dalam bucket list kitorang untuk pergi bercuti bersama keluarga. Nak bercuti di luar negara bukan boleh main terjah macam tu je, perancangan yang rapi perlu dibuat terlebih dahulu. Dapatkan tambang tiket murah dahulu, persediaan passport, tempat penginapan dan yang paling penting sekali, kumpul duit cukup-cukup..hahaha. Tempoh perancangan yang lama membolehkan korang membuat persediaan dengan secukupnya. 

The Great Wall..antara tempat yang menjadi tarikan pelancong.

Forbidden City..kat sinilah shooting filem Karate Kid diorang buat.

Summer Of Palace..dulu tempat rehat maharaja, sekarang ni dah dibuka untuk pelancong.

Bird's Nest, adalah sebuah stadium di Beijing..kat sini la berlangsungnya Summer Olympics 2008

Lagipun, kitorang pun belum pernah lagi jejak kaki ke oversea..lebih-lebih lagi ke Tanah Besar China. Memang seriau jugak la kan nak makan angin di negara orang ni. So, terpaksalah kami men-google untuk cari info berkaitan dengan percutian di Beijing ni serta tempat-tempat menarik untuk dilawati. Tengah sibuk cari sini sana info pasal ni, baru teringat ada sepupu kitorang yang pernah bercuti ke Beijing pada tahun 2018. Tunggu apa lagi, ambik telefon terus sembang dengan dia tentang pengalaman di sana. Dengar dia cerita pasal budaya, bahasa, makanan dan gaya hidup disana, membuatkan kitorang tak sabar untuk merasai suasana sendiri. 

Hasil daripada cerita yang sepupu aku kongsi, kat sini ada beberapa panduan yang korang boleh follow kalau korang ada perancangan nak bercuti ke Beijing. Untuk senang korang baca, aku listkan kat bawah panduan yang aku rasa berguna untuk korang dapatkan.

1. Tiket Flight

Yang menjadi salah satu keutamaan sepupu aku ialah mencari tiket flight. Dia ni boleh dikira agak paranoid kalau bab bab flight ni. So, dia ambik masa 7 ke 8 bulan awal untuk cari tiket flight. Dengan beberapa bantuan apps dan info dari google, dia ambik keputusan untuk menaiki cathay pacific flight yang dia jumpa kat laman web Traveloka. Dia beli kat Traveloka sebab senang dan mudah katanya . Harga yang dia bayar semua dah include dengan 30kg luggage. Takyah pening nak fikir dah.

Untuk tiket flight, korang boleh survey melalui Emirates sebab ada promo online.

Kalau korang nak try survey flight, dia cadangkan survey jugak melalui Traveloka ni. Korang siap boleh dapat Emirates online promo lagi hokay. Naik Emirates ni better kalau korang travel jauh la sebab keselesaan dalam flight mesti menjadi keutamaan korang. Tapi andai kata korang nak ke Australia ke, haa boleh la try cheap flights to Melbourne promo. Tak salah nak usha dulu. Yang penting korang cuba je bandingkan harganya okay. So setel bab flight.

2. Penginapan

Untuk penginapan ni, korang boleh cuba search kat dalam apps Traveloka, Airbnb etc untuk dapatkan hotel yang murah dengan review yang cantik. Tapi kalau nak ikutkan banyak je yang murah-murah walaupun di tengah bandar. Nak lebih selesa, dia suggest ambik satu apartment je terus kalau korang pergi ramai. Lebih senang nak handle. Aku tanya sepupu aku kenapa penginapan ni kena cari awal-awal? Sebabnya senang untuk korang mohon visa nanti.

Korang boleh cuba cari hotel yang harga murah dan berpatutan melalui apps Traveloka.

3. Passport Dan Visa

Yang ni simple je. Mana yang tak ada passport, boleh buat passport dulu sebelum apply visa. Passport sekarang dah senang dah nak buat. Korang pergi je mana-mana UTC yang berdekatan dengan korang. Tapi kena la pergi awal. Awal datang, awal la siap passport korang tu. Harga untuk passport baru nak buat adalah seperti berikut :

  • Umur 13 – 59 tahun - RM200
  • Warga emas (60 tahun ke atas) - RM100
  • Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) - RM100
  • OKU – Percuma

Murah je kan? Tempoh sah setiap passport pula ialah 5 tahun. Boleh la tahan 2 3 kali lagi travel. Setel bab passport, kita bergerak kepada visa. Nak ke China perlu ada visa, so visa ni kalau korang pergi dengan pakej dari agensi pelancongan, korang minta je agensi tu buatkan. Lebih senang. Nak apply sendiri pun boleh juga, tapi leceh sikit dan memerlukan masa yang panjang jugak. So, dia just suggestkan korang bayar kepada ejen je la untuk buatkan visa tu okay. Lebih mudah.

4. Pertukaran Matawang

Untuk pertukaran matawang ni korang wajib tukar di Malaysia siap-siap sebab kat sana dorang tak ada sediakan perkhidmatan penukaran matawang. Matawang di China ialah Yuan, so bajet siap-siap berapa yang korang nak bawak and tukar dekat pengurup wang berlesen dekat mana-mana tempat di sekitar korang. Tolong jangan tukar kat airport. Lagi sekali dia nasihatkan aku, jangan tukar kat airport. Rugi dan mahal.

5. Pakaian

Korang perlu tau yang Beijing merupakan kawasan yang mempunyai 4 musim. So kalau korang terkena musim sejuk, pandai-pandai la prepare baju sejuk, stoking, pakai kasut yang sesuai, penutup kepala, penutup telinga dan apa-apa pakaian la yang korang rasa boleh tahan sejuk. Haa. Mana la tau, badan tak biasa, takut keras kejung je nanti, pastu nak duduk dalam bilik je sebab tak tahan sejuk. Rugi la kalau macam tu. Kalau musim selain musim sejuk, korang boleh je pakai macam korang pakai kat Malaysia. Yang ni tak ada masalah.

Kalau korang datang bercuti di Beijing pada musim sejuk, pastikan bawak baju sejuk ye!

6. Makanan Halal

Part ni sepupu aku kata yang paling best kat Beijing. Korang tak perlu risau nak dapatkan makanan halal kat sana sebab di Beijing, penganut islam boleh dikatakan agak tinggi dan banyak je restoran yang menghidangkan masakan makanan halal. Tapi kalau nak bawak bekal maggi dari Malaysia pun no hal. Mana tau takut rindu nak makan maggi kari berapi tengah malam..hahaha

Info Tambahan

# Sila bawa siap-siap adapter untuk plug yea. Sebab kat sana soket lain dari yang di negara kita.

# Bawa ubat-ubatan yang berkaitan dengan diri anda bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

# Wajib untuk korang membawa buku bahasa Mandarin bagi memudahkan korang berkomunikasi dengan local di sana.

# Prepare mental korang mengenai toilet di sana sebab kebarangkalian untuk toilet tiada pintu dan boleh melihat orang disebelah sangat tinggi. Korang dinasihatkan melepaskan hajat sepenuhnya di hotel sahaja.

So, korang dah ready nak bercuti ke Beijing? Setakat ni je dulu yang aku dapat sharekan dengan korang sebagai rujukan dan panduan. Kalau korang pernah bercuti di Beijing, komen la sekali..nak tahu jugak macam mana pengalaman korang disana. 

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD