Eatalian Express Mixed Vege Pasta Set, Outrageously Tasty & Healthy Untuk Anak-anak Kita

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Mula-mula Nazhan lahir dulu, dia buat hal tak nak direct feeding. Aku pun terpaksalah mengepam sampai 5 bulan untuk bagi dia susu ibu. Umur 5 bulan baru nak direct, terus aku bungkus simpan breast pump. 

Bila dia dah start makan pun, susah juga. Kita tak naklah bagi dia garam dan gula lagi, tapi itulah yang dia nak. Bentuk tak cantik, tak nak. Rasa tak sedap, tak nak. Allahu, macam mana nak bagi nutrisi cukup ni? Sayur apatah lagi. Nurse kat klinik pula asyik duk mention tak cukup beratlah, tinggi nak cecah garis kuninglah. Hmm.

EATALIAN EXPRESS PASTA; OUTRAGEOUSLY TASTY & HEALTHY 


Wahai parents, jujurlah denganku. Betul ke korang ada masalah nak bagi anak makan sayur? Tak cukup masa nak siapkan makanan berkhasiat untuk anak? Tak de idea nak bagi makanan berkhasiat kat dorang? Anda tidak keseorangan tau. Ramai lagi parents yang risau anak tak dapat nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Sebab tulah, Eatalian Express  menghasilkan pasta sihat loaded with nutrients for our children!


Pasta EE ada banyak bentuk tau. Warna warni pula tu. Tapi bukan daripada pewarna tiruan okay. Warna yang terhasil adalah merupakan daripada warna sayur sayuran yang digunakan itu sendiri. Boleh rebus dan goreng. Sangat sedap dan berkhasiat!

Kelebihan Eatalian Expresss Mixed Vege Pasta Berbanding Pasta Biasa

Pastar sayuran daripada Eatalian Express (EE) terhasil daripada gabungan tepung semolina yang berprotein tinggi dan 10 jenis sayur sayuran bergred premium iaitu bunga kubis, tomato, lobak merah, labu, keledek, kubis merah, lobak ungu, ubi bit, brokoli dan bayam hijau. Dengan sekali masak, anak-anak sudah dapat kebaikan daripada 10 jenis sayur. Sangat menjimatkan masa dan memudahkan cara bagi para ibu bapa terutamanya yang bekerja.


Pasta EE juga diproses tanpa Garam dan Gula supaya anak-anak dapat dilatih untuk mudah menerima perasa semulajadi daripada sayur-sayuran. Apabila mereka sudah terbiasa, insya Allah anak-anak akan mudah menerima apa-apa jenis makanan pun tanpa menjadi picky eater. 

Pakar pemakanan juga sangat menyarankan ibu bapa mengelakkan garam dan gula bagi anak-anak di bawah 2 tahun kerana sistem penghadaman mereka masih terlalu baru untuk menerima 2 jenis perasa tambahan ini. Bayi 8 bulan hinggalah dewasa bolehlah mengamalkan pasta EE kerana ia 3 kali lebih tinggi dengan serat daripada beras perang, pasta biasa dan oat.

Pasta EE bebas daripada sebarang pengawet dan pewarna tambahan. Warna pasta terhasil hanya daripada warna sayur-sayuran yang digunakan. Oleh itu, kita boleh lihat warna pasta agak berbeza daripada satu batch dengan batch yang lain. Anak-anak yang mempunyai alahan telur juga boleh menikmati pasta sihat ini kerana ia tidak mengandungi telur dan lilin.


Yang paling penting, pasta yang menggunakan resipi asli dari Bologna, Itali ini merupakan produk Bumiputera Muslim. Founder siap terbang ke Itali semata-mata untuk belajar membuat pasta ini untuk membantu ibu bapa memberikan hidangan terbaik untuk anak-anak. Jadi, kita orang Islam boleh menikmati kesedapan dan khasiat daripada pasta EE tanpa rasa ragu dan was-was.

Oh ye. Pasta EE juga sesuai untuk mereka yang menjaga diet harian sebab pasta EE adalah tanpa garam, gula, dan pengawet!

Set Eatalian Express Mixed Vege Pasta Jadi Pilihan Ibu Bapa


Untuk memudahkan para ibu bapa membuat pilihan, EE mengeluarkan beberapa set pasta yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing.

1. EE Pasta Trial Set


Retail RM40. Set RM36. Tidak termasuk pos.

Daripada pengalaman Muja sendiri, Muja sangat galakkan ibu bapa yang baru pertama kali nak sediakan EE Pasta untuk anak-anak supaya dapatkan Pasta Trial Set. Trial Set terdiri daripada 4 bentuk pasta warna-warni comel. Lepas ni, bolehlah dapatkan pula bentuk yang menjadi minat anak-anak. Rebus je. Makan macam tu pun dah sedap. Kalau nak goreng dan makan dengan sup pun okay.

Kalau Nazhan, dia nak yang bentuk Macaroni sahaja. Amzar, anak kawan Muja pun sama, suka macaroni shape. So, Muja pun nak beli yang bentu Macaroni jelah untuk Nazhan. Untuk diri sendiri, mestilah Fusili. Hehehe.

2. EE My First Pasta Set


Retail RM60. Set RM54. Tidak termasuk pos.

Bagi yang rasa nak lagi senang, boleh dapatkan My First Pasta Set. Set yang ni datang sekali dengan Little Nuur Pasta Sauce. Juga tanpa gula, garam dan pengawet. Sos pasta ini sudah siap masak tau. Goncang. Koyak, Makan. Boleh makan gitu je macam puri, atau tuang atas pasta. Kalau nak masukkan sebagai salah satu bahan memask pun boleh tau. :)

3. EE Back To School Combo Set


Retail RM66. Set RM62.


Untuk yang dah biasa dengan EE Pasta dan anak dah lebih 2 tahun, bolehlah ambil Back To School Combo sebab ia datang dengan 2 pek Mixed Vege Pasta 250g (bentuk boleh pilih) dan juga 2 sos pasta Bolognese Ragu atau Alfredo Creamy Mushroom (nak 1 jenis untuk 2 pek tu pun boleh). 

Jom Bagi Anak-anak Makan Pasta Sihat dan Berkhasiat


Kalau nak yang loose pun boleh tau. Bagi yang berminat, anda bolehlah Whatsapp Muja di link https://wa.link/qfnj4e atau komen je nombor Whatsapp masing-masing di bawah okay. :)

#EEMiniSpaghetti #eatalianexpressminispaghetti

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD