Tuesday, January 19, 2021

Cerita Di Sebalik Domain Lama dan Baru

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang perasan tak tu. Tu, kat atas tu. Perasan? Eleh, aku suruh tengok baru perasan la tu. Yup, akhirnya domain blog aku sudah bertukar daripada mujadafewa dot my kepada mujagirl92 dot com

Di Sebalik Mujadafewa dot My.


Kenangan Denganmu Takkan Kulupakan. Babaiii.


Dulu dulu, masa duk fikir nak letak url blog, aku nak letak muja the lady warrior. Idea daripada umi aku. Kependekannya should be Muja Da La Wa. Eh, ada La Wa pula kat situ. Nanti tak masal-masal, netizen keji aku dalam hati. Eh, si Muja. Bajet lawa. No, aku tak boleh kena kecam. Dalam dada ni, tersimpan seketul hati yang sangat amat sensitif. Jadi, 

Aku tukar kepada alternatif kepada lady, Female. Tapi, macam binatang pula kan. Tak kisahlah bila dah gabun, Muja Da Fewa. Eh, macam sedap je. So, tersergamlah www dot mujadafewa doy my selama lebih kurang 2 tahun. Kot.

Kenapa Tukar Domain?


Aku beli Dot My tu asalnya daripada program meMalaysiakan url masa tahun 2015. Masa tu ada promo untuk 3 tahun kot. Kak Nanie daripada blog CoklatEyes yang uruskan. Sekarang, bayaran setahun untuk dot my dah jadi RM95. Dah habis dah promo kan. Maka, tak boleh dah aku nak teruskan dengan Dot My.

Dulu pun aku ingat lagi, ada blogger buat sesi review blog. Dia ada mention Mujadafewa macam susah nak ingat. Yelah, memula tulis blog, mana nak fikir faktor tu kan. His advice to change the url tu macam tetap ada di satu bahagian otak aku sejak bertahun-tahun lepas. Memang ramai yang silap tulis url aku, tapi aku in denial. So, aku biarkan juga bertahun-tahun. Sekarang baru nak terima kenyataan. Baru sedar diri. Lahai...

Satu lagi, aku ni sejenis cheapskate. Jeles sangat bila Nick Nashram, laki aku punya domain RM45 je setahun. Dengan keinginan untuk matchy2 dot com suami, aku pun tukarlah dot my kepada dot com di NetKl.  Baru adil dan saksama. Begitu aja ceritanya sih.

Di Sebalik Mujagirl92.Com


Mujagirl92.Com ni memang dah sebati dengan aku sejak sekolah menengah lagi. Dulu, masa aku masih dara pingitan, sejenis yang tak de boyfriend. Sunyi juga ye bila tengok orang lain buat kes disiplin bawa handphone ke sekolah nak ngobrol ngobrol dengan cowok, tapi aku? Nak bawa phone apanya, bf pun tak de. Hampagas.

Terimalah gambar lama buat hiasan untuk blogpost ini.


Maka, bila ada je weekend outing, aku mulalah mencari cybercafe. Yup, aku obses gila berchatting! Hahahaha. Cara kawan chatting di kampungchat. Then, tukar-tukar id YahooChat. Then, berchatting guna sticker love banyak-banyak. Omg! Best giler rasa masa tu. But, before YahooChat. Mesti nak kena tahu jantina dulu. Ye dak? Coz we straight people are like that? Get it?

Ditakdirkan, Muja tu sounds boyish. Ye ke weh? Bila aku guna Muja, mesti ramai yang tanya, ASL which stood for Age Sex Location. Yang jenis tak guna ASL, suka repeat,'You Lelaki Ke Perempuan?' Hah, gituuu. So, to save them time, aku sentiasalah guna MujaGirl92 dengan harapan tak de dah orang tanya.

Korang rasa dorang stop ke tanya? Ya iyalah masih tanya sih. Sebab dah jadi tabiat chatters. Cenggitulah. Jumpa orang baru mesti tanya. Kih3

Jom Bertukar-tukar Bloglist?


Bila tukar domain ni, kita memang kena bersedia dengan tugas berat untuk menaikkan semula blog kita sebab backlink semua dah jadi broken. Therefore, jomlah kita tukar-tukar bloglist. Blog yang diterima blog yang senonoh dan menjaga tatasusila orang Malaysia ye.

Aduh malunya kalau tak de yang sudi**

Untuk mengelakkan aku daripada malu sendiri, sorang-sorang, mohon DM aku di Facebook Nurmujahidah. Nanti boleh borak-borak kat sana sekali. Kay lah. Aku nak masuk sorok muka dalam selimut dulu. Muehehehe.

Wassalaam.

1 comment:

  1. Jom xchange bloglist sha dah letakkan muja dlm blglist sha..btw mcna progress adsnse lps tukar domain..actly shabru tukar juga dkt smngu gtu..

    ReplyDelete