Ingin Merasa Aroma Daging Salai Yang Sempurna? Cubalah Gaya Negeri Sembilan Ini

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Baru-baru ni, aku diperkenalkan oleh Nik dengan kesedapan daging salai. Kalau di Kelantan, kami biasa makan daging bakar je dan selama ni, aku ingatkan daging salai itu sama je dengan daging bakar, but I was totally wrong! 

Mereka berbeda sama sekali ya adik kakak. Apetah lagi apabila daging salai itu sejenis yang asal dari Negeri Sembilan. Masak lemak pulak. Sedap hingga menjilat jari tangan dan kaki. Fuuh! 

Daging salai masak lemak cara Negeri Sembilan.

Tapi tu la, benda sedap ini ada satu masalah. Masalah untuk bagi dia rasa sedap dan sempurna. Bau dia, aroma dia, mesti tepat. Barulah daging salai namanya. Disebabkan ramai sangat peminat daging salai ini tidak punya kesempatan, kelapangan dan kerajinan untuk menyalai, makanya silalah dapatkan aneka masakan berasaskan daging salai di Restoran Salai Salai.

Restoran Salai-Salai di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur


Mudah untuk parking kereta.

Restoran Salai-Salai sememangnya terkenal dalam kalangan peminat daging salai sehinggakan mampu membuka 3 buah cawangan iaitu di Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Walaupun namanya ada perkataan salai, mereka menyediakan pelbagai jenis masakan tau. Jadi, bukan peminat daging salai je datang makan kat sini, peminat makanan Melayu, western food, ulam ulaman, malah peminat teh buih padu pun ramai-ramai makan berjemaah di sini.

Melimpah ruah teh beng buih ni.

Menu Hidangan Salai Di Restoran Salai-Salai


Jom kita tengok makhluk apa yang disalai dan menjadi hidangan di Restoran Salai-Salai.

1. Daging lembu salai of course.

2. Keli salai untuk yang sukakan ikan darat.

3. Itek salai memang rare habis.

4. Ayam salai kaw kaw.

Daging salai di Restoran Salai-Salai disalai menggunakan tempurung kelapa untuk menghasilkan aroma dan rasa manis yang mampu membangkitkan rasa. Pengunjung yang datang boleh mencium bau daging salai yang semerbak datang dari belakang restoran sejurus melangkah masuk ke dalam restoran tau. Tapi, jangan risau. Tak perlu menunggu pun sebab semua makanan dihidang ala-ala bufet gitew.



Lauk pauk lain pun ada tau, termasuklah masak merah, masak cili padi, dan goreng-goreng.




Ulam-ulaman juga turut disediakan. Barulah pelanggan makan secara sihat dan awet muda. 



Suasana Dalam Restoran Salai-Salai


Antara elemen yang sangat ditekankan di Restoran Salai-Salai adalah status halal dan kesegaran daging yang digunakan serta kebersihan dapur dan restoran. 


Sesekali restoran akan ditutup sementara untuk melakukan proses pembersihan yang lebih menyeluruh. Mereka tahu kepentingan kebersihan dalam industi pemakanan. Yelah, makanan ini orang makan masuk perut. Jadi, kebersihan sentiasa dititiberatkan dan menjadi keutamaan.






Review Daripada Pelanggan


Restoran Salai-Salai sudah mendapat banyak review positif daripada pelanggan mereka. Kebanyakannya mengatakan makanannnya sedap dan lauknya banyak. Senang cerita, mereka sangat berpuas hati dengan rasa makanan, harga lauk pauk dan servis yang ditawarkan di restoran.





Servis Penghantaran Makanan Disediakan


Sepanjang PKP ni, restoran boleh beroperasi dengan sop ketat. Walaupun para pelanggan tidak dibenarkan makan di restoran, semua orang boleh menempah makanan secara online dan mendapatkannya dengan menggunakan servis food delivery. Jadi, jangan malu, jangan segan. Tempah dan nikmatilah kesedapan dan keenakan daging salai dalam keselesaan di rumah. 

Stay safe. Stay at home. Kita jaga kita. Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD