Sesudah Kesusahan Itu Ada Kemudahan

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun lepas, sebelum kita menjalani PKP 1.0, kami memang sudah berada di Kelantan untuk cuti sekolah. Jadi, sepanjang puasa, kami di rumah. Sepanjang raya, kami di rumah. Rumah siapa? Rumah kesayangan kami, tercinta kami, ibu bapa kami. Then, kami diarahkan balik ke stesen masing-masing dan mula kenal erti Bekerja Dari Rumah atau Work from Home.

Ampunkan anakandamu setiap hari, please... T_T

Lepas tu, bermulalah episod satu persatu peristiwa penting berlaku di kampung, kami di rumah sendiri, Johor. Raya Haji, pakai baju buruk je di rumah. Nak pergi solat Raya pun tak boleh. Aku lupa aku solat Raya sendiri ke tak. Rasanya, baju raya pun tak beli kot.

Sumayah balik dari Jepun, bersalin di Kelantan, kami di rumah. Padahal dia sentiasa ada saat aku memerlukan. Lepas bersalinkan Nazhan, dia tolong jagakan selama 3 minggu. Tak masal-masal kena datang ke Muar. Tinggal dengan aku. Masa bersalinkan Nazeem, dia terus ambil flight, datang ke hospital. Alih-alih, ada sebelah katil aku.


Faizah bersalin, kami di Johor. Padahal, dia yang jagakan kedua-dua anak aku sepanjang pengasuh aku bercuti sebab operate apendiks. Sebab kami, dia berPJJ dengan husband dia yang dekat Johor Bahru. Nasib baik senegeri, boleh juga dorang jumpa setiap hujung minggu.


Huda bersalin, kami di Johor. Sedangkan dialah yang tolong aku sepanjang berpantang masa bersalinkan Nazhan dan Nazeem. Sebelum ada Nazeem dulu, selalu datang rumah kami di Kelantan, bawa Nazhan jalan-jalan. Belikan makanan.


Ada sekali kami sempat balik ke Kelantan tapi untuk satu sebab yang sangat menyedihkan. Ayah Nik meninggal dunia akibat kanser. Itulah kali terakhir kami di Kelantan setakat ni. Cuti sekolah bulan Disember tak balik sebab risau. Kes Covid 18 di Muar tengah tinggi. Takut kami bawa balik penyakit. Cuti sekolah Mac lepas pula tak balik juga. Memang rentas negeri tak dibenarkan. 

Adik beradik lain yang masih belum ber-anak, Umar, Amir, Hana pun macam biasa. Membantu dalam kemampuan mereka sentiasa. 




Bila iman tengah low, hati macam tertanya-tanya bila semua ni akan berakhir. 

Sampai bila kami tak boleh berjumpa dengan mereka yang tersayang. 
Sampai bila kena jalan-jalan dengan pelitup muka. 
Sampai bila nak isi MySejahtera setiap kami pergi mana-mana sahaja.
Sampai bila nak ber physical distancing sepanjang masa.
Sampai bila tak boleh bersalaman dan berdakapan mesra.

Macam sekaranglah. Rasa rindu ni mencanak-canak, sama naiknya dengan bilangan kes positif Covid 19 harian di Kelantan sekarang ni. Air mata mengalir laju menahan rindu. Rindu nak bersahur dengan umi, abah, adik beradik. Rindu nak berbuka dengan seluruh ahli keluarga. Rindu nak borak-borak sementara tunggu Terawih. Rindu nak Terawih di masjid tepi rumah. Rindu nak tengok abah pakai baju raya yang aku beli. 

Tapi tulah, bila iman tengah low dalam situasi macam ni, sentiasa ada post-post di social media yang membantu. Antara firman Allah yang terus buat aku kuat dan yakin ini adalah sekadar ujian sementara adalah

"Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan. 
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" 
(Surah Al-Insyirah. 5-6)

Ikhlas.

Husna.

Juita

Ya, Kita Semua Mengalaminya

Aku tahu. Ada yang kat luar sana, Raya 2020 tak balik. Raya 2021 pun tak balik. So, ada yang lagi lama tak jumpa keluarga daripada aku. Sesungguhnya, kita kuat, kita mampu hadapi semua ni. Sama-sama.

Maka kuingati diri sendiri. Aku buat ini juga kerana famili. Aku stay di sini kerana aku tahu ini yang terbaik. Cuma, pengertian yang aku pinta. Semoga semua yang tersayang di mana saja berada faham, kekhuatiran aku, kerunsingan aku, keprihatianan aku. Satu yang pasti, aku sayang semua. Aku cinta semua.

Kami sekeluarga merindui setiap kamu yang di sana.

Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD