10 Inovasi Teratas Domino's Pizza

Bila sebut pizza terus teringat pada Domino’s. Hebatnya Domino’s Pizza, walaupun secara umumnya seperti sebuah restoran tetapi mereka sebenarnya jauh lebih inovasi dari apa yang kita bayangkan. Pelbagai kemajuan cuba diterapkan dari dulu hingga kini. Maka tak mustahil kenapa Domino’s Pizza mampu bersaing dan bertahan di dalam dunia pengusaha makanan segera dengan nama brand yang masih kuat.


dominos pizza




Di sini saya senaraikan 10 inovasi teratas yang pernah Domino’s Pizza lakukan untuk pengetahuan kita bersama.


1. Dominos.com


Sebagai salah satu pengguna yang terawal walaupun pada tahun 90-an, Domino’s telah melancarkan laman web mereka sendiri pada tahun 1996. Ianya dilancarkan pada tahun yang sama dengan perkhidmatan mel yang berasaskan web yang pertama iaitu HoTMail.


Domino’s juga telah memperkenalkan kerak yang berperisa dalam masa yang terhad buat pertama kalinya dan telah mencapai rekod penjualan secara keseluruhan sebanyak $ 2.8 bilion pada tahun yang sama, dan ianya tidak terjadi secara kebetulan.



2. Domino’s HeatWave


Syarikat Domino’s mula menggunakan beg penghantaran pizza yang dipatenkan seperti yang kita lihat sekarang pada tahun 1998. Beg ini direka khas bagi mengekalkan suhu pizza yang panas sewaktu membuat penghantaran ke rumah pelanggan. Beg ini telah menjadi salah satu punca utama kejayaan mereka.


foodpanda




3. Domino’s Tracker


Mengikut peredaran waktu, Domino’s Tracker yang revolusioner memulakan debutnya pada tahun 2008. Kemudahan ini membolehkan pelanggan untuk mengetahui status pesanan dalam talian mereka bermula daripada mereka menekan “pesan pesanan” sehinggalah pesanan mereka tiba ke rumah mereka.



4. Pesanan Dalam Talian


11 tahun selepas pelancaran Dominos.com, Dominos merupakan rangkaian pizza utama yang pertama yang telah memperkenalkan pesanan dalam talian dan mudah alih.


Pada tahun 2012, aplikasi pesanan dalam talian boleh didapati di 80% telefon pintar. Pada tahun 2013, syarikat itu juga telah memperkenalkan Pizza Profiles di mana para pelanggan dapat menyimpan data tentang pizza kegemaran mereka di dalam aplikasi mereka.


Pada tahun 2016, cara untuk membuat pesanan yang baru iaitu Zero-Click telah diperkenalkan. Para pelanggan tidak perlu bersusah payah lagi untuk menekan butang untuk membuat pesanan. Pelanggan hanya perlu menunggu selama 10 saat untuk pizza mula dibuat.


food delivery




5. Resipi Pizza Baru


Sebelum ulang tahun syarikat Domino’s yang ke-50 iaitu pada tahun 2009, eksekutif syarikat tersebut telah membuat keputusan yang mengejutkan ramai orang dan merupakan keputusan yang berani. Keputusan tersebut adalah untuk membuat resepi pizza yang baru. Terdapat beberapa pelanggan yang menyokong keputusan tersebut dan selebihnya membantah.



6. AnyWare Ordering


Pesanan secara atas talian dalam peranti mudah alih telah menjadi trend pada masa sekarang. Domino’s telah memperkenalkan AnyWare Ordering pada tahun 2015, pelanggan telah diberikan lebih banyak pilihan dan juga bagi mengikut kesesuaian trend. Kini, pelanggan boleh memesan pizza melalui teks, tweet dan lain-lain aplikasi yang terdapat dalam mana-mana peranti elektronik.


Pada tahun 2016, Amazon Echo and Alexa, Facebook Messenger, Google Home dan Apple Watch telah ditambah manakala pada tahun 2017 pula IFTTT dan juga Slack ke dalam senarai mereka.



7. Pizza Theaters


Dalam usaha bagi mewujudkan ketelusan yang lebih besar dan juga persekitaran yang lebih menarik bagi pelanggannya yang semakin ramai. Syarikat Domino’s telah membuat pengubahsuaian kepada kebanyakan kedai mereka pada tahun 2012.


Konsep teater pizza yang pertama dibuka dibuka di Louisiana pada tahun 2013, dengan ruangan yang direka bentuk semula di mana ia menampilkan tempat duduk pelanggan, Wi-Fi percuma, drive-thru untuk mengambil pesanan anda yang telah siap, dinding untuk menonton apa yang sedang berlaku di dapur mereka dan Domino’s Tracker di kedai di dalam untuk mengikuti status pesanan anda.


foodpanda delivery




8. HotSpots


Pada bulan April 2018, Domino’s telah mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan HotSpots ke setiap lokasi penghantaran mereka. Para pelanggan kini boleh membuat pesanan di mana sahaja sama ada di taman, pantai dan lain-lain dan pelanggan tidak perlu memasukkan alamat atau lokasi anda


Walaupun Patrick Doyle telah menyebut syarikat Domino’s sebagai syarikat yang secara kebetulan menjual pizza. Walaupun begitu semua inovasi mereka tetap fokus kepada kecekapan utama syarikat mereka, iaitu pizza.


Tidak seperti kebanyakan restoran rantai yang lain, contohnya KFC di mana logo mereka yang boleh dilihat dari jauh, setiap program ataupun teknologi baru yang mereka gunakan dirancang untuk memudahkan mereka bagi menghantar pesanan tepat ke rumah pelanggan dengan lancar dan secepat mungkin.


Tidak semua restoran akan bersungguh-sungguh untuk menggunakan drone bagi membuat penghantaran. Akan tetapi, syarikat Domino’s membuat percubaan dan juga berinovasi.


Walaupun ada sistem pesanan dan penghantaran sendiri, Domino’s Pizza tetap mengambil peluang untuk menggunakan servis pizza delivery daripada pihak ke tiga. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda.


foodpanda delivery




Nama Foodpanda sebagai salah satu syarikat pesanan dan penghantaran makanan di Malaysia memang sudah tidak asing lagi. Jadi tidak hairanlah mengapa Domino’s mengambil peluang untuk menggunakan servis penghantaran makanan melalui Foodpanda juga.


Saya sendiri sukakan menu pizza di Domino’s yang mempunyai rasa sedap dengan kerak rotinya yang lembut. Makin seronok bila dapat nikmati pizza bersama ahli keluarga tersayang tanpa perlu keluar dari rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD