SHRMZDB- Menyambut Raya 2021 Dalam Suasana PKP 3.0

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Before 2020, tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang hampir seluruh dunia akan menyambut setiap perayaan di dalam rumah sahaja gara-gara Covid-19. Now, I have experienced this kind of raya Aidilfitri for 2 times. YES, dah 2 kali beraya dalam keadaan,

NO OPEN HOUSE
NO FRIENDS
NO EXTENDED FAMILY MEMBERS
ONLY THE CLOSEST FAMILY MEMBERS (even this one still restricted. T_T)

Raya tahun lepas, aku sekeluarga direzekikan dengan berada di kampung, sebab sempat balik for school holiday. So, masih dapat bersalaman dengan umi, abah, adik beradik yang ada kat sana.Tahun ni, sekali lagi merasainya, malah makin sikit tangan yang disalam. Aku hanya beraya dengan Nik, Nazhan dan Nazeem. Semoga, pengalaman ini tiada kali ketiganya.

Sedih teramat, tak boleh nak dibayangkan. Mengenangkan umi dan abah yang makin berusia. Abah tetiba sakit dada. Umi tetiba sakit kaki sampai masuk wad. And here I am, in Muar, doing nothing to help as a daughter. Mak mertua pula tak lalu makan. Selalu teringatkan bapa mertua yang dah pergi meninggalkan kami semua tahun lepas. Stress sangat. :'(

Apa-apa pun, sebagai umat Islam. Kita kena juga sambut hari kemenangan kita pada 1 Syawal. So, aku dengan Nik still beli baju raya untuk kami sekeluarga. Usaha juga untuk menggembirakan anak-anak. Belilah juga kuih raya. Makanan raya, jiran bagi. Bab masak, errrrmmm.. kita kan kena support peniaga kat luar sana. :P

From my family, to yours,

raya pkp

Dosa ini terlalu banyak untuk dikira
Ada yang nampak dimata
Ada yang sengaja, tak kurang juga yang tidak
Ada yang perasan dibuat
Ada yang tak perasan terbuat
Ada yang jelas, ada yang kabur
Ada yang ingat, ada juga yang lupa

Maka maafkanlah kami anda tersalah biaca, terbuat tak kena, terguris di dada
Ampunkanlah kerana insya Allah, kami pun memaafkan sama.
Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD