Tuesday, September 28, 2021

Produk The Ordinary Original Tapi Murah di Threebs & Co

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Semenjak kita dalam tempoh pandemik, aku terpaksa bekerja dari rumah. Alhamdulillah, murid dan ibubapa memberi kerjasama yang baik. Tapi, aku terpaksa juga mengakui yang masa aku memang banyak dihabiskan dengan menonton YouTube video tentang skincare dan home cleaning. Asian Mommy Syndrom kot.

Biasanya, kalau skincare review, aku suka tengok YouTuber Mat Saleh sebab reviewnya lebih terperinci. Hairan juga aku macam mana dorang boleh siap hafal satu-satu bahan siap dengan nama saintifik dan dengan fungsi sekali. Jujurnya, setiap kali YouTuber kegemaran aku recommend sesuatu produk, rasa nak sangat cuba. Manalah tahu boleh jadi cantik macam dorang. Kot kot segala parut jerawat kat muka ni boleh hilang. Betul tak?

Aku yakin, bukan aku seorang je yang ada perasaan macam ni. Tapi tulah. Harga produk drugstore dorang pun dah beratus ringgit bila tukar ke matawang kita. Kau rasa sanggup ke aku tak beli pampers anak semata-mata nak sebotol skincare 50ml harga ratus-ratus? Harap-harap tak sanggup. Kesian anak nanti kalau kita sanggupkan jugak.

Beli International Skincare Dengan Harga Lokal di Threebs & Co!


Fret not guys! Akhirnya, aku dah jumpa lubuk produk skincare viral yang original dengan harga marhaen! Yes, you heard me right. Harga marhaen untuk produk yang terkenal di seluruh dunia. Produk Barat? Produk Korea? Paula's Choice? Cerave? Supergoop? Mario Badescu? Purito? Semua ada kat sini tau. Harga? Jauh lagi murah. Percayalaaa.....

Psst.... Dengar cerita, kedai yang letak harga mahal-mahal tu pun, dapat supply daripada tempat ni. Cer tanya depa sendiri betul ke tak. Heheee

Nak tahu tak ni????

1..

2..

3..


lubuk skincare murah
Tadaa!!! Inilah dia!!!


Jom tengok 2 produk terkenal yang aku dapatkan daripada tempatnya ni tau. Produk The Ordinary tau, tapi harga marhaen je. Kerlas kan???

The Ordinary (TO)


The Ordinary merupakan jenama produk kecantikan kulit yang menjadi pilihan ramai peminat skincare apabila mengeluarkan produk dengan bahan yang tertentu bagi membolehkan pengguna memilih sendiri bahan-bahan yang sesuai bergantung kepada keperluan dan jenis kulit masing-masing.

Kali ni, aku rasa nak share tentang 2 produk The Ordinary yang menjadi kegilaan ramai.

1. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% (30ml) RM45 SAHAJA!


the ordinary





Sebuah formula yang tinggi dengan vitamin dan mineral khas untuk masalah jeraman, memudarkan pori dan menyelesaikan masalah pori tersumbat dengan mengawal penghasilan sebum (minyak).

TO Niacinamide ini sangat sesuai untuk kulit berminyak. Ia mengandungi 2 bahan yang terbukti efektif dalam menyelesaikan masalah jerawat iaitu niacinamide dan zinc, yang juga akan memudarkan pori-pori, meratakan tona kulit dan melembutkan kulit. 

Niacinamide (Vitamin B3) juga mampu menyelesaikan masalah pori kulit tersumbat sambil mengekalkan kelembapan kulit dengan lebih berkesan. Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukkan niacinamide mampu mencerahkan tona kulit. Kepekatan tinggi 10% Vitamin B yang disokong dengan zinc akan mengimbangi aspek aktiviti sebum. Hasilnya, setiap aspek kesihatan kulit akan meningkat. 

2. The Ordinary Natural Moisturizing Factor + HA (30ml) RM48 SAHAJA!


the ordinary

Sebuah formula bebas minyak, disokong oleh NMF yang menggabungkan asid amino, asid lemak, asid hyaluronic dan bahan lain yang boleh ditemui di dalam kulit untuk kelembapan segera.

TO NMF + Hyaluronic Acid mampu melindungi bahagian luar kulit untuk mengekalkan kelembapannya. NMF sebenarnya hadir secara semulajadi di dalam kulit. Krim bebas minyak ini memberikan kelembapan segera yang berkekalan kepada kulit dengan penggunaan berterusan.

Produk Original dengan Harga Yang Lebih Berbaloi


Tengoklah sendiri, harga 2 produk ini di Threebs, memang jauh lebih murah daripada tempat-tempat lain. Macam mana aku tahu? Aku tahu la. Produk-produk lain korang tak tengok lagi. Memang lepas ni, tak perlu dah nak menabung 5 bulan gaji semata-mata nak beli skincare. 2 bulan pun dah cukup. Kih3

Yang lagi bestnya, di Threebs ini ada..

Beauty Spellbook

Di Threebs, kita boleh baca macam-macam artikel tentang skincare di bahagian Beauty Spellbook. Penulisnya pun bukan calang-calang. Memang daripada mereka yang pakar tentang kecantikan dan kesihatan kulit.

Penghantaran Percuma

Penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia diberikan dengan setiap pembayaran melebihi RM100.

Sistem Reward

Poin akan diberikan apabila kita melakukan beberapa aktiviti di website Threebs. Contohnya, 200 poin apabila mendaftar, 10 poin apabila memberikan review dan 1 poin untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Kalau nak shopping kat sini, ajak sekali pak menakan dan mak anjang korang. Nanti boleh la korang kumpul poin banyak-banyak untuk guna buat topup skincare bila dah habis nanti. 

Bijaknya aku...

Sales/Clearance

Bila Threebs buat jualan atau jualan penghabisan stok, harga yang dah sedia murah, bertambah-tambah murah. Ada yang sampai 50% tau. Yang ratus-ratus, tinggal puluh-puluh je. Kau rasa?  Tak ke kita sebagai peminat skincare ni kena grab peluang keemasan macam ni???

Ingat Skincare, Ingat Threebs&Co.



2 comments:

  1. Murah kat sini. Betul produk ordinary ni mmg mahal kalau tengok kat tempat lain. Pernah usya2 gak brand ni. Termenung tengok harga dia. Berpikior nak beli ke idak. haha. Tapi ni dah ada lubuk murah, wajib grab.

    ReplyDelete
  2. wajib grab kalau ada diskaun. tengah tengok2 cuci mata nak beli skincare lain kat sini.

    ReplyDelete