Tempat Aku Selalu Beli Kasut Untuk Diri Sendiri, Suami dan Anak-anak

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang mesti tahu kan? Kan? Jom aku share lubuk kasut terbaik dan murah untuk beli kasut. Sebelum musim Covid19 dulu, aku selalu ronda-ronda cuci mata di Econsave guys. Yelah, di Muar ni mana ada KLCC, Mid Valley. Econsave pun dah syukur nikmat. Best juga sebab kat situlah adanya kedai kasut kegemaran aku untuk diri sendiri dan anak-anak. Harganya cantik di dompet. Rupanya cantik di mata. Rasanya selesa di kaki. 

xes shoes
XES Shoes, jenama kasut buatan Malaysia.

Inilah tempat favourite aku untuk shoe shopping, tempat aku selalu beli kasut untuk diri sendiri, Nik dan anak, XES Shoes....

Kisah Aku, Cikgu dan Kasut


Sebagai seorang guru, kasut memang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian aku. Kasut cikgu mesti nak kena selesa dan cantik. Cikgu cantik, barulah murid semangat nak belajar. Tak delah dorang tanya soalan cepu mas 'Kenapa kasut cikgu buruk?' pula. Bukan boleh bagi peluang. Kenapa kena harga marhaen? Sebab bila kasut rosak, senang nak ganti. Tak rasa nak menangis air mata darah bila rosak. Korang bayangkan kalau sejenis Lou******, or Gucc*, or Chan*l yang rosak? Tak ke merah Sungai Muar dibuatnya??? T_T

Cikgu kena berdiri lama semasa mengajar. Kalau kena jaga periksa, tak berenti-renti berjalan dari depan ke belakang kelas. Kena juga sentiasa bergerak dari bilik guru ke kelas lain, ke kantin, ke perpustakaan, padang, dan segenap ceruk sekolah. Bukan sekali ye, tapi berkali-kali dalam sehari. Stamina kena kuat, kasut pun kena hebat! Nak berlari pun senang kalau dapat report budak buat hal dalam tandas. 

Haaa. Itulah pentingnya kasut bagi aku, seorang cikgu.

Kasut di XES Shoes Tidak Mengecewakan


Aku pernah berkenan dengan kasut S******* preloved di Shopee. Semangatlah tunggu abang courier hantar. Warna hitam. Cantik. Tapi bila pakai, kaki sebelah kiri longgar, asyik tercabut bila berjalan. Dah siap tampal pelekat dalam kasut 2 lapis pun, tercabut lagi. Tersadai atas rak bilik guru. Yang satu lagi pun sama. Beli kat kedai pula. Tinggi dah cun. Kaki asyik tercabut juga. Pehal tah kaki aku ni memilih sangat.

Lepas dah macam tu, menyesal tak pergi beli kat XES Shoes je. Padahal dah tahu, kasut XES Shoes memang cantik, selesa dan harga pun sangat berpatutan. Pengalaman aku dengan kasut XES Shoes tidak mengecewakan.  Dulu, aku suka shopping di XES Shoes guna aplikasi telco yang aku guna ni. Memang best. Harga sepasang kasut, boleh dapat 2 pasang kasut dengan tambah RM1 je kalau tak silap. Nak tukar-tukar kasut selalu pun tak rasa bersalah sangat. Muehehehe.

Betapa Bestnya Shopping Kasut di XES Shoes!


promosi di xes shoes
Promo 10.10. Kasut RM10 je????

Pilihan kasut di XES Shoes memang banyak. Nak kasut macam mana? Bertutup? Terbuka? Heels? Flats? Sneakers? Loafers? Sandal? Kasut anak? Kasut kerja? Kasut sukan? Kasut jalan-jalan? Macam-macam jenis, macam-macam design, macam-macam warna. Tinggal pilih je. XES Shoes pun ada koleksi beg tangan dan beg dompet tau.

Sekarang, lagi senang nak shopping kasut sebab XES Shoes dah ada aplikasi sendiri. Sekarang, promosi ulangtahun aplikasi XES Shoes yang pertama dan Back to School tengah berjalan.  Korang  bolehlah download XES Shoes di Google Play Store atau Apple App Store. Jangan lupa sign in guna Facebook. Senang sangat. 

kasut murah di xes shoes

Lepas dah sign in, kita terus dapat kupon RM5 just sebab kita sudi muat turun app. Kemudian, dapat lagi kupon RM8 sebab sudi mendaftar. Baik hati kan XES Shoes ni??? Bolehlah kita guna untuk shopping kasut. Tak lama lagi pun, dah nak start kerja balik kan? Elok sangatlah buat ganti kasut yang dah lekang dalam rak kasut masing-masing tu.

shopping kasut di aplikasi xes shoes
Bersusun-susun promo menanti semua peminat kasut!

XES Shoes sentiasa ada promosi-promosi hebat berganti-ganti. Kadang-kadang, kasut aku. Lepas tu, kasut anak-anak aku. Hari tu, Nik yang memilih bebenar tu pun beli sandal kat XES Shoes tau.

kasut xes shoes untuk seisi keluarga

Kalau nak shopping kasut kasi betul-betul berbaloi, kena sentiasa alert. Jadi, better korang ramai-ramai pergi like Facebook XES Shoes. Barulah tak terlepas promosi best-best. Pandai-pandai ejas masa dan ketika yang terbaik untuk shopping kasut. Kalau nak jimat masa tapi nak shopping kasut depan mata, boleh cuci mata dulu dalam aplikasi, kemudian boleh terus ke outlet XES Shoes terdekat untuk dapatkan kasut pilihan. Mudahnyaaa.

Cara Mengeringkan Kasut Dengan Betul Supaya Tidak Mudah Rosak


Alang-alang korang dah baca sampai sini, meh aku nak kongsi cara mengeringkan kasut yang betul. Barulah XES Shoes korang tahan lagi lama. 
  1. Basuh dengan air sejuk dan sabun macam biasa. Kalau boleh, pilih berus dan sabun yang lembut untuk meminimumkan kesan basuhan pada kasut.
  2. Perah kasut perlahan-lahan untuk mengeluarkan air. 
  3. Gumpalkan kertas surat khabar lama, dan sumbatkan ke dalam kasut. Surat khabar bukan sahaja akan menyerap air, tapi juga membentuk kasut seperti asal.
  4. Letakkan kasut di bawah putaran kipas semasa menjemur kasut. Elakkan menjemur di bawah cahaya Matahari sebab ia menyebabkan warna kasut cepat pudar.
  5. Selepas 2 jam, keluarkan gumpalan surat khabar dalam kasut. Gantikan dengan gumpalan surat khabar yang baru. Boleh diulang beberapa kali.
  6. Biarkan kasut mengering di bawah kipas beberapa jam lagi sehingga betul-betul kering.

Dengan cara ini, kasut akan bersih dan kering tanpa menjadi cepat rosak dan warna pun kurang luntur. Bukan main taram je tau.

Selamat shopping semua! Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika