5 Permainan Zaman Kanak-kanak Aku

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setiap petang, dalam pukul 6 gitu, kami adik beradik akan masuk dalam kereta macam ikan sardin, dan bergerak ke kampung kami yang terletak dalam 10 kilometer je dari rumah. Kat sana, ada satu tempat lapang yang berumput dan satu lagi tempat berpasir. Kami berkumpul ramai-ramai sepupu sepapat untuk bermain. Seronok sangat. Masa memilih ahli kumpulan masing-masing, kami guna kaedah lat talilat tali tamplom dan osom macam biasalah. Berebut geng untuk pilih geng yang power.

Aktiviti Permainan Zaman Kecilku


Permainan zaman yang aku main masa kanak-kanak memang jarang boleh tengok dah sebab kawasan aku tinggal, ditar. Macam mana nak lukis petak-petaknya. Sedih betul. Tapi, zaman berubah. Kanak-kanak zaman sekarang lebih suka bermain permainan yang ada atas talian. Ada yang boleh main sendiri. Ada yang boleh main dengan kawan-kawan dari luar negara. Siap ada yang bertemu jodoh dengan gamer ditemui di web-web online games. Ada juga yang betul-betul hebat sampai boleh memenangi world tournament dan menjadi juara. Bukan kaleng-kaleng hadiah yang disediakan. Boleh capai ribuan dan jutaan ringgit. Sebab tulah, ada juga yang menjadikan permainan atas talian sebagai sebuah kerjaya.

Galah Panjang


Permainan galah panjang memerlukan sebuah kawasan lapang dan beberapa petak mengikut bilangan pemain. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Pasukan A akan menjaga setiap kotak dijaga dengan rapi. Pasukan B akan berusaha untuk menjejakkan kaki ke semua petak dan keluar daripada kotak tersebut tanpa disentuh oleh pihak lawan. 

Bola Beracun


Permainan bola beracun memerlukan 2 pasukan dan sebuah bulatan besar. Pasukan A akan mengelilingi bulatan dan Pasukan B berada dalam bulatan. Pasukan A akan melemparkan sebuah bola kecil supaya mengenai setiap pemain Pasukan B yang akan berusaha untuk mengelak. Permainan akan tamat apabila bola mengenai pemain terakhir Pasukan B. Kemenangan akan menjadi milik Pasukan B jika bola tidak mengenai pemain terakhirnya dalam 10 balingan.

Solitaire

Solitaire ni  canggih sikit sebab ini sebuah permainan daun terup dalam komputer. Aku sampai dah dewasa pun tak faham cara main, tapi tetap main walaupun tak pernah menang. Sekarang, ada button Help, barulah merasa tengok daun terup tu bergerak melantun-lantun. Yahoo!

Sekarang, Solitaire dah ada website sendiri. Ada macam-macam jenis permainan dalam tu. Aku gerenti, kalau korang sejenis yang tak suka main games pun, akan ada game yang korang suka. Kalau aku, aku suka online games yang simple-simple, to release my tension. Tak nak yang complicated, tembak-tembak. Nak yang boleh distract aku daripada masalah yang hari-hari tak pernah selesai, tak pernah habis. 

Hidden Object Games


Hidden Object Games jadi pilihan aku sementara menunggu kelas seterusnya. Susah juga mencari barang-barang tersembunyi, tapi memang sesuai to kill the time tanpa memikirkan kecelaruan emosi aku ni. Bolehlah aku merasa spend time tanpa menitiskan air mata sekejap.

solitaire org


solitaire online
Before, I had to look for things at a restaurant kitchen. Now, have to look for them at the home kitchen. 

Word Games


Word Games pun kegemaran aku juga. Sebab tulah aku jadi English teacher, tulis blog lagi. Ada macam-macam jenis permainan berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris. 

solitaire org

Aku memang suka sebab boleh bermain sambil menambahkan lagi kosa kata bahasa Inggeris aku ni. Melatih otak supaya lebih aktif. Barulah tak mudah lupa. Selagi tak sampai Next Level, mata terbuntang je mencari jawapan sampai rasa macam tak nak berhenti main.

Free Online Letter Scramble

solitaire org
See? I can now go to the Next Level!

Free Online Word Search Puzzle



solitaire
The satisfaction to see the word, WINNER, is real!

Berbanding dengan online games lain, Solitaire.Org bebas daripada iklan-iklan pop up yang annoying. Tak de nak kena pause tengah syok main games. Sebab tulah aku suka Solitaire lebih. Kih3

Tenteng


Tenteng pula permainan yang mempunyai 7 petak seperti kapal terbang yang bernombor 1 hingga 7. Pemain memerlukan sebiji batu untuk dilempar dalam setiap petak mengikut nombor.  Pemenang adalah pemain pertama yang berjaya meletatkan batu di petak ke tujuh.

Bola Kaki Tiga

Bola kaki tiga lagilah mencabar. Mulanya, setiap pemain dalam Pasukan A melemparkan bola sehingga sebuah piramid yang didirikan menggunakan 3 selipar jatuh. Setelah berjaya, Pasukan A perlu mendirikan semula piramid tersebut tanpa terkena bola yang akan dilempar oleh pihak lawan.

Mainan Bukan Untuk Budak-budak Sahaja


Zaman sekarang, dugaan dan cabaran ada dalam setiap orang. Bermain permainan secara online antara cara yang ada untuk mengurangkan tekanan dan mengisi kekosongan yang ada. Tapi, buatlah secara berpada-pada. Tetapkan masa yang sesuai, tidak terlalu lama. Jangan sampai berlebihan dan merosakkan kualiti hidup kita. :)

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD