Macam Mana Persekolahan Bagi Guru dan Pelajar Tahun 2022

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebelum ini, untuk beberapa bulan, setiap kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan, Kumpulan A dan Kumpulan B. 2 kumpulan ini, berganti-ganti datang ke sekolah untuk membuat penjarakan kerana bahaya Covid19. Betapa susahnya nak habiskan syllabus bila pelajar berganti-ganti macam ni, tapi test akan tetap berjalan bulan Disember. Imagine guys. Cikgu mana ada masa untuk sakit kepala. 😩

Penghujung tahun 2021 dan awal tahun 2022 pula, kita menyaksikan banjir besar di Selangor dan Pahang dan beberapa kawasan di negeri lain. Kami sekeluarga tetap balik seperti yang dirancang dari Kelantan walaupun sekolah dibuka seminggu lebih lewat, untuk mengelakkan banjir dalam perjalanan. Alhamdulillah, selamat semuanya. Segamat pula banjir lepas beberapa hari kami sampai di Muar. Allahu. Buat semua mangsa banjir, ujian ini teramat berat. Namun, hakikatnya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semua anda diberi kekuatan yang teramat besar untuk meneruskan kehidupan mendatang. Insya Allah, selepas kesusahan, ada kesenangan. Amiin.

Di tahun 2022, insya Allah, pelajar Tahun 1, 2, dan 6 akan datang ke sekolah tanpa penggiliran, tapi bagi tahun 3, 4, dan 5, penggiliran diteruskan. Mungkin, kita nak tengok macam mana perkembangan kes Covid19 apabila anak-anak mula ditempatkan di kelas-kelas seperti dulu (walaupun meja masih dijarakkan). Semoga, ia membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Semoga tiada peningkatan kes daripada aktiviti sekolah. Yup, I am really looking forward to slowly live like 2019 and before. No mask, can see my pupils' faces, can wear makeup and flaunt it. Hahaha. 👄

sekolah tahun 2022
Nazhan excited dapat beg robot. Belajar baik-baik anakku. Muahh!

But still, tugas tambahan akibat pandemik ini of course akan diteruskan. Guru kena bertugas ambil suhu, pastikan murid basuh tangan, kena buat ujian rtk bergilir-gilir setiap minggu (yang ni GB aku mintak parents buat di rumah), kena iring murid ke kantin dan balik semula ke kelas sebab murid masih makan di meja masing-masing dalam kelas (guru sebelum rehat kena stay di kelas 15 minit pertama rehat dan guru selepas rehat kena ada di kelas 15 minit terakhir rehat). Yup, I have to say that we really do more and more everyday to ensure our students' safety and at the same time, keeping up well with their studies. 

This year, kita ada penggal ketiga pula. So, segalanya tertangguh. Pelajar tahun 2021 datang ke sekolah pada tahun 2022 untuk belajar di tahun yang sama. Tahun 1, kekal tahun 1, sampailah pelajar tahun 6. Sedihkan? Sepatutnya, dorang tengah excited nak belajar di sekolah menengah, sekolah baru, uniform baru. Malangnya, masih tersangkut di sekolah rendah masing-masing. Tak pe boys and girls, Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita lebih daripada apa yang kita tahu tentang diri kita. Keep husnudzon-ing, the best will come for you in the future. Insya Allah, amiin.

I just have a meeting this morning. Masa untuk subjek bahasa Inggeris balik kepada 30 masa seminggu berbanding 28 masa sebelum ini. Dengar dengar, macam sekolah aku akan buat hari sukan tahun ini. Setelah 2 tahun tak de Sports' Day, hopefully, it will be carried out with so much excitement and joyfulness in the year 2022. Aku suka sangat Hari Sukan dari aku sekolah menengah lagi. Masa latihan tulah aku cuba exercise sikit-sikit. Best boleh berlari-lari dengan bebudak. Mungkin itulah resepi awet muda guru-guru. Eceeyyy :P

cute boys
Yup, I don't have my own picture to put here.

Apa entah aku membebel kali ni gara-gara rasa rugi kena bayar domain bila blog dibiar tak berupdate sekian lama. Hari ini, siap jugak satu entry. Hopefully, you enjoyed this random writing from me. Till next updates. Toodles. Wassalaam. 👋👋

Comments

  1. Haha caption last tu. Bca kisah personal simple lg org suka muja. Hehe. Good luck for your career

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika