Thursday, January 13, 2022

Perihal Berterima Kasih

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. On the way ke sekolah, aku suka sangat pasang radio Zayan. Suka kandungannya yang variety. Sangat berunsur keagamaan tapi ada juga kandungan pasal fesyen, lagu-lagu jiwang dulu kini dan selamanya, nasihat-nasihat, pandangan-pandangan, ilmu bahasa, ilmu tulisan jawi. Pokoknya, memang menjadi favourite aku setakat ini.

Ada sekali tu, DJ bacakan hadis tentang 'berterima kasih'. Konklusi hadis itu, di pemahaman aku yang berilmu cetek ni, orang yang tidak berterima kasih merupakan manusia yang KURANG BERSYUKUR. Allahu Akbar. Jadi, apabila kita berterima kasih kepada seseorang yang telah melakukan perkara baik untuk kita, menolong kita, mendoakan kita, menyenangkan urusan kita, kita sebenarnya sedang menzahirkan rasa kesyukuran kita dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita.


Semoga Nazhan menjadi orang yang suka berterima kasih dan meminta maaf. Amiin.

Jadi, sudah berapa banyak kita bersyukur hari ini? Berapa banyak pula nikmat yang kita tidak bersyukur? Allahu...

Tapi, aku juga terfikir. Kita sangat digalakkan untuk tidak berharapkan apa-apa balasan apabila melakukan sesuatu kebaikan kepada seseorang. Ini supaya kita boleh melakukan sesuatu kebaikan dengan lebih ikhlas. Bagi aku juga, bila kita sudah menetapkan yang kita TIDAK BOLEH mengharapkan balasan, kita dapat mengelakkan, atau setidak-tidaknya mengurangkan rasa kecew apabila kita tidak mendapat balasan seperti yang kita harapkan dalam diam, waima kita hanya mengharapkan frasa TERIMA KASIH daripada orang yang kita berbuat baik kepadanya.

Konklusi hari ini, bagi Si Pemberi, usahakanlah untuk tidak mengharapkan apa-apa daripada kebaikan yang dibuat. Semoga kita dapat mencapai tahap ikhlas yang sebenar. Semoga kita mendapat balasan yang lebih baik, dan lebih besar daripada Allah di akhirat kelak. 

Bagi Si Penerima pula, usahakanlah untuk berterima kasih setelah menerima sebarang bantuan atau pertolongan daripada orang lain. Ketahuilah, frasa Terima Kasih itu sangat membungakan hati, menggembirakan rasa, dan menginspirasikan seseorang untuk terus membuat kebaikan untuk orang lain di masa depan.

Insya Allah, sama-sama kita berjuang untuk menjadi lebih baik daripada semalam, setiap hari. Wassalaam.

No comments:

Post a Comment