Friday, January 14, 2022

Resepi Cek Mek Molek dari Kelantan Versi Cuba-cuba

Aku ada baca yang sweet potatoes aka ubi keledek bagus untuk orang yang nak menjaga carb intake. Masa ternampak kat kedai runcit hari tu, terbeli RM10 seplastik. Makan ubi keledek should be easy sebab dia manis sedap, berkhasiat. Sesuai untuk baby baru belajar makan. Rebut atau steam dengan garam sikit. Tapiiiiiii..kalau buat cek mek molek kegemaran aku, lagilah sedap! Hahaha.

To be honest, this is my first time and aku tengok resepi ni dalam YouTube ni. Cek mek ni kuih yang sangatlah terkenal di Kelantan. Makan bertemankan air kopi panas, tambah pula hari sejuk hujan, perghh! Memang mengusik jiwa. Teringat pula mertua aku ada buat cek mek hari tu. Tu yang mencari resepi online. Jom kita buat!

Resepi Cek Mek Molek dari Kelantan Sedap Amat!


resepi kuih tradisional kelantan
Laki aku yang gentelkan dan gorengkan. Sebab tu cantik.


Bahan-bahannnya Membuat Cek Mek

  1. Ubi keledek 
  2. Gandum
  3. Butter
  4. Garam

Cara Membuat Cek Mek


1. Rebus ubi keledek bersama dengan sesudu kecil garam. Paras air adalah sehingga semua ubi tenggelam. Boleh rebus sekali dengan kulit untuk memelihara khasiat. Tapi, kalau nak kupas kulit dulu pun boleh.

2. Lepas 15 minit, cucuk ubi keledek dengan garpu. Kalau senang nak cucuk, maksudnya ubi sudah masak. Kalau rasa masih keras di dalam, tambah 2 or 3 minit lagi. Dah masak, toskan, biar sejuk.
3. Kupas kulit keledek dan penyek-penyekkan ubi keledek bersama dengan separuh sudu butter. Bila dah sebati, makan macam tu pun dah sedap. Tapi, tak jadi cek mek lagi tu. Jom sambung...👇

4. Masukkan gandum 3 sudu besar. Gaul sampai sebati. Kalau rasa lembek sangat, masuk sesudu gandum. Jangan banyak terus. Sebab tak nak menyesal macam aku. Masuk banyak terus masa batch doh kedua, doh jadi keras. Ubi keledek dah habis. Sepatutnya, masukkan air suam sikit kot kalau doh keras. Ye ke? 😖

5. Gentel semua doh menjadi bulat sebesar bola tenis meja tu. Lepas tu, buat lubang tengah-tengah. Jangan letak gula lagi.

6. Panaskan minyak yang banyak tahap cek mek boleh tenggelam sehingga betul-betul panas. Masukkan sedikit gula di lubang doh. Picit-picit keliling doh untuk tutup gula dan gentel memanjang dan gemuk di tengah, membentuk seperti cek mek. Kecilkan api sikit, barulah boleh mula menggoreng, barulah tak hangit jadinya. 

Kita goreng cek mek sambil menggentel doh, bukan gentel semua doh baru goreng untuk mengelakkan gula cair meresap dalam doh sebelum digoreng dan meleleh keluar daripada doh apabila digoreng. Ulang proses sampai doh habis. 

7. Goreng sehingga keemasan. Kalau sejenis suka rangup, goreng sehingga warna ala ala coklat. Angkat dan boleh makan bersama air kopi panas kau kaw!

Jangan lupa shopping ubi keledek petang ni, buat cek mek ni. Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Terima kasih sudah berbagi resep makanan.

    Salam kenal. Saya Blogger Indonesia. Hendak mampir baca-baca artikel di sini. Saya juga dah follow this blog. Thanks...

    ReplyDelete