Usahawan Berjaya Bangkit Dengan RichWorks, Perjalanan 2021 Yang Membanggakan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Aku betul-betul berharap, anda semua boleh baca entri kali ini dari awal sampai habis. Semoga entri kali ini memberi manfaat dan kebaikan bagi mereka yang betul-betul memerlukan bantuan dalam menaikkan dan memajukan perniagaan masing-masing terutamanya dalam situasi yang begitu mencabar macam sekarang ni. 


Mungkin aku tidak begitu memahami apa yang ramai orang lalui sekarang, tapi aku tahu ramai yang tengah susah. 


Aku yakin tentu ada dikalangan peniaga yang sedang pening kepala dengan perniagaan yang semakin merosot. Stok tak cukup. Hutang sana sini. Premis tetap perlu bayar sewa sedangkan pelanggan tak ramai yang datang. Ini semua ujian dunia bisnes.


Apa yang berlaku, aku nasihatkan jangan cepat berputus asa. Rezeki Allah SWT itu luas. Jika rasa diri belum cukup ilmu dan masih tidak tahu cara sebenar untuk uruskan perniagaan, jom! Kita ubah situasi ini bersama-sama dengan RichWorks!



program keusahawanan


Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula


Tempoh pandemik Covid-19 bermula dari awal tahun 2020, membawa ke tahun 2021 yang ditutup dengan musibah banjir pada bulan Disember. Cabaran dan dugaan berterusan bagi kita. Pejam celik pejam celik, kita kini berada di tahun 2022. 


Tanpa sedar, begitu banyak masa dan kejadian yang telah berlaku dan berlalu macam tu sahaja. RichWorks sendiri turut terkesan dengan banjir baru-baru ini. 


program usahawan berjaya


Walau sedang berhadapan dengan ujian banjir, RichWorks tetap prihatin dan sangat memahami situasi orang ramai di luar sana. Usahawan-usahawan yang pastinya terjejas teruk dengan musibah pandemik dan banjir menjadi seperti satu panggilan untuk RichWorks bertindak bagi membantu sedaya upaya mereka.

Aset musnah sama sekali sehingga ada yang tewas, perniagaan terus rugi sehingga terpaksa ditutup. Semoga semuanya tabah. Di akhir kesusahan, insya Allah ada kesenangan.


usahawan muda


Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) sendiri, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya juga pernah dijangkiti COVID-19. 


Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan tidak ada harapan untuk beliau sembuh jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

program usahawan percuma


Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, setelah mendapatkan rawatan, keadaan beliau menunjukkan perkembangan positif dan kesihatan beliau semakin baik. 


Adakah ujian virus Covid-19 ini menjadi titik henti untuk beliau berdiam diri? Tidak sesekali! Kita dengan jelas boleh lihat bagaimana beliau bangkit dengan penuh berani untuk meneruskan usahanya bagi membantu ramai usahawan sejak dulu. 


Bagi Dr Azizan, kesembuhan ini merupakan peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT yang digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan, terutamanya mereka yang di bawah bimbingannya.


Tidak lama selepas beliau keluar dari hospital, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang sambil menjalani proses pemulihan. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.


jom berniaga


Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks. 


Salah satu programnya adalah Wanita Bangkit Berniaga (WBB) mendapat pengiktirafan kerajaan apabila diutarakan di dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Biasa sangat kalau dalam kereta, pasang radio, aku mendengar YB Dato' Seri Rina Harun membicarakan tentang program Wanita Bangkit Berniaga, program keusahawanan oleh Richworks yang diberikan secara percuma untuk golongan wanita yang ingin berjaya dalam perniagaan masing-masing. 


Terasa juga nak join sebab percuma kan. Kalau masih tiada idea bisnes pun, boleh juga membangkitkan semangat dan mencari inspirasi.


wanita bangkit berniaga


Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). Setiap yang ada di RichWorks sentiasa berusaha untuk membantu rakyat yang terjejas dengan menggunakan kepakaran masing-masing terutamanya dalam berniaga.


pegawai richworks


"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.


"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.


usahawan berjaya


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.


Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.


Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.


Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).


Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.


usahawan wanita


Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.


Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.


Moga usaha RichWorks (hyperlink - richworks.com) untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


Perjalanan RichWorks Di Tahun 2021 Sukar Digambar Dengan Kata-Kata 




RichWorks Yang Sebenarnya


Aku yakin, anda semua mesti tahu RichWorks ni apa dan siapa. Paling tidak, korang mesti pernah terbaca atau terdengar Dr. Azizan Osman. Betul tak? RichWorks tu, Dr. Azizan. Dr. Azizan tu Richworks. Kalau ada yang masih kurang tahu, RICHWORKS sebenarnya adalah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.


program richworks free



Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih daripada 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).


Dengan rekod prestasi yang sudah jelas terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks diakuit telah berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Usahawan Berjaya, Terus Bangkit Dengan RichWorks

Jangan berlengah kerana masa tidak menunggu kita.

Jangan ragu untuk bermula kerana bermula adalah langkah pertama insan berjaya


Semoga RichWorks, semua usahawan dan bakal usahawan serta setiap pihak yang terlibat terus bersemangat untuk terus bangkit setelah pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi beberapa tahun kebelakangan ini. 


Insya Allah, cahaya menunggu di hujung terowong. Teruskan melangkah gagah. Kejayaan pasti milik kita. 


Amiin.





Comments

  1. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. RichWorks lebih sukses di masa depan..

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  4. Tahniah richworks berjaya dengan kempen dianjurkan

    ReplyDelete
  5. Ramai usahawan berjaya dengan Richworks..:)

    ReplyDelete
  6. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  7. Tahniah RichWorks! Semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika