Posts

Showing posts from May, 2015

Review Babeskin Double Serum Premium- Lagi Best daripada Krim!

Image
Babeskin Double Serum Premium; Perfect Care for Your Tender Skin. Review Babeskin Double Serum Premium- Lagi Best daripada Krim! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebelum ni aku ada review Beautyoat , sekarang nak share pulak dengan korang 2 lagi produk berkualiti daripada Babeskin365 iaitu Babeskin Double Serum Premium dan Babeskin Whitening Soap Premium .Dah ramai guna produk ni, turn aku pulak. Hee. Babeskin Double Serum Premium Babeskin Double Serum Premium: Repairing Booster dan Ultimate Mega Lift. Honestly from the deepest part of my heart, aku memang suka sangat guna serum compared to krim. Mana taknya, pakai serum ni memang senang. Dab dab je dalam 5 kali kat seluruh muka, siap. Memang jimat masa sebab senang menyerap dalam kulit, tak berminyak, dan pada masa yang sama buat kulit muka lembap dan lembut je. Tak kering pun. Jauh benar beza dengan krim-krim yang aku guna main taram dulu. Keluar rumah 5 minit terus meleleh. Seteres, tapi masih bo

Review Raily Collagen CC Cream- Eh, tak cair pun?

Image
Review Raily Collagen CC Cream- Eh, Tak Cair Pun? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebab aku perempuan kulit sawo matang yang tak tahu bila nak putih, aku memang suka foundation. Oh, I finally admit this fact. Of course la nak nampak cerah sikit bila keluar kan. Nanti tak de la nampak kusam sangat. Tapi, dalam aku nak cantik, aku jugak pemalas. Aku sangat mencari foundation bagus yang menyenangkan hidup aku yakni, dia mestilah: Selamat dan tak buat muka aku makin berjerawat Warna yang natural dan cantik, tak nampak ovaaahh Tak mahu pekat sangat so that senang nak apply Tak mencair dalam cuaca panas Malaysia Kalau boleh nak pakai satu je, tak payah beda Senang nak cuci tiap kali nak solat Oh, demanding jugak dahku inih. Kah! Ada ke foundation sempurna macam ni? Ada! Dulu, aku pun stereotaip dengan alas bedak ni. Aku anggap semua akan menyusahkan, melekit, mencair, sememeh, bercapuk but now, aku tahu aku salah bila aku dah jumpa Raily Collagen CC Cream . Ja

Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu- Sesi BBQ dan Siblings Day Out

Image
Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu- Sesi BBQ dan Siblings Day Out | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang ingat lagi tak adik aku Huda yang blogger jugak dulu? Dia baru dapat laptop baru semalam so, she will be starting anew in blogging area. Nak kenal dia? Klik Blog Nurhuda Ismail . Tolong support my sister k. Dia pun nak jadi beauty blogger juga :) Baru-baru ni, dia ada buat bbq dengan her friends di Pantai Air Tawar sebab semua dah nak pergi belajar jauh. Susah dah nak jumpa. By the way, Huda will be studying in UPM soon. Untunglah dia. Entah-entah merata pergi blogger event lepas ni. Kalah la kakak beliau yang terjeruk di Kelantan ni. Sobsss. Merangkap driver, aku pun join sekaki bawak si Hana dengan Amir. Ain't I a good sister to be doing this? Sambil berjalan makan angin, inilah entri aku untuk bagi korang idea tempat menarik di Terengganu. Mana tahu korang nak buat Terengganu Visit Year ke hape nanti kan. Bak kata pepatah, jauh di mata dekat di hati

5 Hajat Produk Kecantikan di Rakuten- Kontes Shopcoupons

Image
5 Hajat Untuk Disempurnakan di Rakuten | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama dah terperam entri ni, jadi hari ni aku tekad nak sempurnakan jugak entri 5 hajat untuk disempurnakan di Rakuten. By the way, Rakuten ni sebuah portal untuk online shopping tahu. Macam-macam ada kat sana. Korang pun jenguk-jenguklah sebab ada banyak sales selalu ada. Mana tahu beli online lagi murah daripada beli kat kedai kat luar kan. Ok, now back to the main story. Kalaulah aku diberi peluang untuk mendapatkan barangan daripada Rakuten, macam biasa, aku akan pilih produk untuk kecantikan. Bak kata kawan aku, ada satu benda yang paling menakutkan aku, takut nampak hodoh. It is not that I am beautiful, I just want to fell better prepared when facing the world. Gitchew. Satu lagi, kecantikan adalah satu perkara yang kita tak boleh nak consider to forget forever. Kecantikan juga satu perkara yang kita sentiasa punya di saat kita hilang segalanya tahu. Memang kena jaga leklok. Well, I'

Olives Academy- Kursus Persediaan Pramugari/Pramugara Kemasukan Julai 2015

Image
Olives Academy- Kursus Persediaan Pramugari/Pramugara Kemasukan Julai 2015 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rasa macam baru semalam tulis entri azam tahun baru, tup tup dah bulan April, tup tup Olives Academy dah bukak peluang untuk kemasukan Julai. Wow..! Untunglah pelajar baru sebab ada Olives Academy nak bagi macam macam benda best kat budak baru dia tau. Jeles la macam ni. Tak nak bagitahu sekarang. Mohon baca sampai habis. :D Olives Academy, Never Let Your Dream of Flying High Remains A Dream. Dah banyak kali ulang, tapi aku still nak highlight yang Olives Academy lah yang korang kena join kalau korang bercita-cita dan berazam tinggi untuk join syarikat penerbangan. Sebab apa?? Sebab tenaga pengajar dorang stok-stok yang berpengalaman weh. Terutama kalau dalam bidang pengambilan krew kabin dan juruterbang. Sebab tu banyak airlines company mintak dorang involve untuk interview. Kau hade? Pilih boyfriend girlfriend pun salu tersalah. Hahaha. Dorang di

BeautyOat oleh Babeskin365- Persediaan Cantik Aku Untuk Kahwin!

Image
BeautyOat oleh Babeskin- Persediaan Cantik Aku Untuk Kahwin! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pejam celik kelip kelip, tak sampai sebulan lagi majlis aku . Huru hara gak dugaan bertunang kami. Dapatlah juga hasil air mata 13 besen. Biasalah. Kalau tak de dugaan tak trill lak. Bosan. Tak gitu? So sekarang, opkos sambung baik perjuangan cantik untuk kahwin aku. :P Serlahkan Kecantikan Dirimu Bermula Dari Dalam Alhamdulillah, dalam proses nak kawin ni, banyak rezeki produk kecantikan berkualiti. Yang latest, rezeki aku merasai kebaikan Beautyoat daripada Babeskin365 . Honestly, lama dah mengidam nak try BeautyOat ni lepas nampak blogpost Namee Roslan. Sapa tak tergoda dengan ayat power blogger tu. Dah la cantik. Minum BeautyOat lak. Tambah-tambah cantik lagi tau. Jeleszzz iolssss. BeautyOat adalah sebuah produk minuman kecantikan berasaskan oat yang sangat berkhasiat dan mampu menyerlahkan kecantikan dan memberikan kesan yang sangat mengagumkan untuk kesihatan

Tanda-tanda Kemusnahan Cinta

Image
Tanda-tanda Kemusnahan Cinta | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama aku tak share tip cinta kat blog jiwang aku yang seketul nih. Aku bukanlah seorang yang cepat cemburu. Kalau setakat dia keluar ramai-ramai dengan kawan termasuk kawan perempuan, tak tersentuh hati aku. Aku yakin aku bukan cemburu buta bila terbukti aku ada kemampuan untuk menjalani hubungan jarak jauh dengan tunang aku selama lebih setahun. Kau ingat senang??? Bila hati tak tenang, throwback. :) Tunang aku tak balik sebulan sekali, apatah lagi selang seminggu. Jauh dengan cerita dalam lagu cinta. Jauh dengan cerita dongeng cinta zaman dulu-dulu. Pernah, 4 bulan tak bertemu lepas bertunang. Kalau dulu hari-hari dapat gambar sekeping then bila rutin tu menghilang, aku setia je tunggu. Buat-buat hidup ceria tanpa ragu-ragu. Aku ikut je. Nak call je? Tanak SMS or Whatsapp or video call, bereh je. Dalam hati, ada ke yang tahu? Pernah, dia balik Kelantan seminggu, dia masih tak datang jumpa dengan