Posts

Showing posts from May, 2017

Diari Hamil Muja- 7 Makanan Untuk Menambah Susu Badan

Image
Diari Hamil Muja- 7 Makanan Untuk Menambah Susu Badan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Asyik update blog orang lain je aku nih, sesekali kena juga update blog sendiri yang suam-suam kuku nih. Nak sambung lagi siri Diari Hamil Muja. Sebelum tu, korang kenalah baca entri sebelum ini juga ye. Mula-mula Tahu Hamil Prenatal Check Up Cara Turunkan Berat Badan Semasa Hamil Kali ini, aku nak kongsi dengan korang makanan yang mampu menambahkan susu badan. Aku memang kena ambil tahu tentang ni sebab aku tak tahu lagi sistem badan aku ni macam mana. Susu keluar banyak ke sikit. Kalau keluar, jenis cair ke pekat. Kalau kepekatan ok, warnanya macam mana. Kalau keluar warna pink macam tu, boleh ke anak minum? Adui, banyak juga nak kena menuntut nanti. Satu persatulah muja hoi. Sekarang, nak tengok dulu 7 Jenis Makanan Yang Boleh Menambahkan Susu Badan bagi Ibu Menyusu 1. Horlicks Aku letak Horlicks ni nombor 1 sebab paling ramai yang suka dengan hasil meminum H

Cara Putihkan Ketiak Secara Semula Jadi dan Murah

Image
Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi dan Murah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku tahu ramaikan yang ada masalah kehitaman di bahagian ketiak, lutut, belakang leher, siku dan celah kangkang. Senang cerita, senang betul celah pelipatan badan jadi hitam. Betul tak? Jangan risau. Korang tak berseorangan. Memang malu, tapi jangan anggap tak normal. Biasa je tu. Ada je cara nak putihkan balik. Cuma cara ini korang kena rajin dan sabar. Baru dapat hasil. Sebelum kita tengok cara semulajadi ketiak menjadi hitam, kita kenalpasti dulu Faktor Penyebab Ketiak Menjadi Hitam genetik iritasi kerana penggunaan deodoran yang tidak sesuai iritasi kerana mencukur ketiak dengan cara yang salah sentiasa berpeluh tetapi tidak dibersihkan dengan teliti pengumpulan sel kulit mati pada bahagian ketiak memakai baju ketat menyebabkan pergeseran kulit berlebihan Ok. Untuk ketiak yang putih, korang boleh mengubah tabiat harian dulu supaya ketiak terhindar daripada menjadi

Kekal Harum Di Bulan Ramadan Dengan One Drop Perfumes!

Image
Kekal Harum di Bulan Ramadan Dengan One Drop Perfumes | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah lebih sedekad dalam pasaran, keunggulan One Drop Perfumes kekal hebat sehingga kini. Hadir dengan ciri-ciri yang sangat sofistikated, menjadikan pesona One Drop Perfumes sungguh mengasyikkan. Minyak wangi terunggul ini merupakan satu pilihan yang tidak boleh dilepaskan di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma ini. Bukan sahaja untuk diri sendiri, boleh juga dijadikan hadiah istimewa untuk orang tersayang! One Drop Perfumes sentiasa menjadi pilihan utama sebagai hadiah untuk pelbagai sambutan setiap tahun. Sesuai sangatlah kalau kita ramai-ramai dapatkan perfume wangi ini sebab tak lama lagi bulan Ramadan. Bolehlah kita berwangi-wangian pergi terawih. Masa raya pula, boleh pakai masa pergi rumah terbuka. Confirm rasa lebih cantik dan yakin bila badan berasa segar dan wangi di tempat ramai. Tiada lagi rasa risau orang sebelah tercium bau kepam dan peluh. Kel

Kisah Dia Si Orang Gaji

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Orang gaji. Bila disuruh, berdiri dia di atas kaki Menuju sinki berdaki Menghabiskan sisa berbaki. Orang gaji, Dipanggil dia datang Tak perlu, tidak dipandang Ibarat melukut di tepi gantang. Orang gaji, Bila tiada, dicari cari Bila depan mata, disakiti Begitulah hidup hari-hari. Orang gaji, Yang terbaik diusahakan Berharap hormat sebagai balasan Sedarlah, itu hanya anganan. Orang gaji, Tiada kata manis diberi Tiada penawar mengubati Hanya kata2 buat itu, buat ini. Orang gaji Jiwa ditikam bertubi tubi Dengan kata kata menusuk hati Pekakkan telinga sudah ruji. Orang gaji, Tiada hak meminta, tapi hanya memberi Hujung bulan dapat gaji, tapi hati... Tiada sembuhnya lagi.

Moeder, Susu Terbaik Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu Badan

Image
Moeder, Susu Terbaik Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu Badan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Wanita yang sedang mengandung memerlukan nutrient yang lengkap untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan diri sendiri serta bayi dalam kandungan. Antara bahan makanan yang perlu diambil secara disiplin setiap hari bagi ibu mengandung adalah susu. Susu sangat penting untuk menguatkan tulang supaya si ibu berasa lebih bertenaga untuk membawa kandungan selama 9 bulan. Susu apakah yang terbaik untuk ibu mengandung? Apabila memilih produk kesihatan seperti susu, aku sangat suka melihat kepada kandungan makanan Sunnah di dalamnya, terutamanya susu yang aku minum sepanjang tempoh kehamilan. Makanan Sunnah yang disyorkan sendiri oleh Rasulullah SAW menyebabkan aku berasa lebih yakin bahawa produk itu adalah yang terbaik. Aku percaya bahan makanan Sunnah dianjurkan kerana khasiatnya adalah yang terbaik.  Sekarang, kandungan aku sudah hampir mencecah 7 bulan. Keperl

Harum Malam Menghilangkan Bau Badan dan Meningkatkan Kesihatan Dalaman Wanita

Image
Harum Malam Menghilangkan Bau Badan dan Meningkatkan Kesihatan Dalaman Wanita |  Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masalah bau badan bukanlah masalah yang pelik bagi wanita. Ia sangat normal walaupun kaum wanita biasanya sangat menjaga penampilan diri termasuklah bau badan mereka. Kadang-kadang, dah mandi banyak kali, masih berbau. Dah pakai shower cream mahal, bau badan masih lagi tak hilang. Kalau macam ini keadaanya, bau badan timbul bukanlah sebab wanita itu pengotor, tetapi sistem badan dia sendiri yang bermasalah dan menjadi punca sebenar. Memahami keperluan untuk mengatasi masalah bau badan daripada dalam, Harum Malam, sejenis suplemen khas untuk mengatasi masalah bau badan wanita telah diformulasikan. Jus pekat Harum Malam dengan rasa yang sedap ini bukan sahaja bagus untuk menghilangkan bau badan, ia juga memberikan pelbagai khasiat kesihatan untuk wanita termasuklah untuk bahagian intim wanita. Yelah, bahagian intim itu organ yang menjadi aset paling utama