Posts

Showing posts from January, 2021

Apa Yang Cikgu Perlu Hadapi Untuk Menjalankan PDPR Sepanjang Bekerja Dari Rumah

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku sebenarnya, baru dapat realization yang setahun or 2 tahun ke hadapan ini, cikgu-cikgu semuanya terpaksa menjadi techno-savvy! Yes, kena pandai segala bagai jenis applications yang ada di Google, lepas tu kena adapt dengan semua yang KPM sudah sediakan, kena ajar parents juga bukan sekadar murid.  Allahu, betullah orang kata. Bila jadi cikgu, kita kena jadi SEMUANYA!  Disclaimer Bila aku cakap berfokuskan cikgu dalam artikel hari ini, aku nak nyatakan yang aku bukanlah nak cakap yang kitorang punya hidup nilah yang PAAAALINGGG SUSAHHHH, PAALINGGG TERKESAN dengan Covid-19.  Tak, bukan macam tu. Aku tahu semua terkesan, daripada hierarki paling atas, sampai yang paling bawah. Aku juga faham ramai lagi  yang jauh lagi susah daripada kami. Kami masih dapat gaji setiap bulan, tapi,  AKU NI CIKGU.... Jadi, aku bercerita pun mestilah pasal kecikguan. Takkan nak cerita kisah kedoktoran dan kejururawatan. Dorang tu memang jelas-jelas paling pe

Ingin Merasa Aroma Daging Salai Yang Sempurna? Cubalah Gaya Negeri Sembilan Ini

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Baru-baru ni, aku diperkenalkan oleh Nik dengan kesedapan daging salai. Kalau di Kelantan, kami biasa makan daging bakar je dan selama ni, aku ingatkan daging salai itu sama je dengan daging bakar, but I was totally wrong!  Mereka berbeda sama sekali ya adik kakak. Apetah lagi apabila daging salai itu sejenis yang asal dari Negeri Sembilan. Masak lemak pulak. Sedap hingga menjilat jari tangan dan kaki. Fuuh!  Daging salai masak lemak cara Negeri Sembilan. Tapi tu la, benda sedap ini ada satu masalah. Masalah untuk bagi dia rasa sedap dan sempurna. Bau dia, aroma dia, mesti tepat. Barulah daging salai namanya. Disebabkan ramai sangat peminat daging salai ini tidak punya kesempatan, kelapangan dan kerajinan untuk menyalai, makanya silalah dapatkan aneka masakan berasaskan daging salai di Restoran Salai Salai . Restoran Salai-Salai di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Mudah untuk parking kereta. Restoran Salai-Salai sememangnya terkenal dalam

Cerita Di Sebalik Domain Lama dan Baru

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang perasan tak tu. Tu, kat atas tu. Perasan? Eleh, aku suruh tengok baru perasan la tu. Yup, akhirnya domain blog aku sudah bertukar daripada mujadafewa dot my kepada mujagirl92 dot com Di Sebalik Mujadafewa dot My. Kenangan Denganmu Takkan Kulupakan. Babaiii. Dulu dulu, masa duk fikir nak letak url blog, aku nak letak muja the lady warrior. Idea daripada umi aku. Kependekannya should be Muja Da La Wa. Eh, ada La Wa pula kat situ. Nanti tak masal-masal, netizen keji aku dalam hati. Eh, si Muja. Bajet lawa. No, aku tak boleh kena kecam. Dalam dada ni, tersimpan seketul hati yang sangat amat sensitif. Jadi,  Aku tukar kepada alternatif kepada lady, Female. Tapi, macam binatang pula kan. Tak kisahlah bila dah gabun, Muja Da Fewa. Eh, macam sedap je. So, tersergamlah www dot mujadafewa doy my selama lebih kurang 2 tahun. Kot. Kenapa Tukar Domain? Aku beli Dot My tu asalnya daripada program meMalaysiakan url masa tahun 2015. Masa tu ada pr

Peluang Untuk Kaum Lelaki Menjadi Jebat Ambassador

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. JTT memang terkenal sebagai sebuah jenama yang memperkasakan wanita. Dengan produk berkualiti dan selamat, JTT telah berjaya membuktikan keberkesanan produk, terutamanya Ratu sebab Ratu is my favourite ! Kih3 Bukan itu sahaja, JTT juga telah berjaya menghasilkan wanita suri rumah yang mampu mempunyai valid payslip setiap bulan sehingga mampu mendapatkan kereta idaman. Terima kasih JTT! Walaupun JTT memang sudah sebati dengan dominasi wanita, tanpa kita sedari, sudah ramai juga kaum lelaki yang mampu menjana pendapatan dengan menjual produk-produk JTT. Kalau dulu pun boleh, dengan adanya Jebat, lagilah BOLEH! :D Apa Itu Jebat? Jebat adalah minuman kesihatan dan pembekal tenaga yang sedia diminum tanpa bancuh, khas untuk KAUM ADAM. Ya, kaum lelaki juga sudah boleh rasa bertenaga sepanjang hari dengan adanya Jebat. So, tak de alasan lagi yang kaum wanita sahaja yang boleh berjaya dengan JTT. Yes! No more excuses! Kenapa Perlu Kaum Lelaki Ke

Produk Pertama Untuk Lelaki by JTT- Jom Kekal Sihat dan Bertenaga dengan Jebat

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Selama ni, produk kesihatan dan kecantikan lebih tertumpu kepada produk untuk wanita sahaja. Padahal bukan wanita je yang mementingkan dua aspek kehidupan ni tau. Lelaki pun nak sihat bertenaga. Lelaki nak tampil kacak bergaya! Gituu.  Sabar ye tuan-tuan. Mulanya, JTT, memang lebih fokus untuk wanita yang sentiasa perlukan tenaga berterusan untuk menjalankan pelbagai fungsi dalam kehidupan seharian. Dah penat urus hal rumah, cari duit lagi nak tolong suami. Nama pun Jamu Tun Teja. Namun, JTT tidak mahu lagi menganak tirikan kaum Adam. Yelah, bukan wanita je nak bertenaga sepanjang hari.  Dengan kesedaran ini, Jamu Empire kini mengeluarkan produk kesihatan dan ketampanan untuk lelaki. Maka, terimalah Jebat. JEBAT, PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL UNTUK LELAKI MODEN Wahai lelaki Kami tahu susah payahnya kamu mencari rezeki untuk kami Clock out di pejabat, berniaga pula di lorong pejalan kaki Manalah tahu di situ dapat lebih lagi Wahai suami Tidak

Rawat Masalah Kulit Muka Dan Rambut Gugur Dengan Produk Halal Dari Nature Lab

Image
Masalah kulit dan rambut sering menghantui dan memberi tekanan kepada lelaki mahupun wanita saban hari. Kebiasaannya, punca berlakunya masalah ini adalah disebabkan oleh faktor cuaca, makanan, gaya hidup dan sebagainya.  Apabila mengalami masalah kulit seperti kulit kering dan kusam, jerawat, jeragat atau kesan-kesan bintikan dan pigmentasi, ianya secara tidak langsung boleh menurunkan keyakinan atau harga diri seseorang tanpa mengira jantina lelaki atau wanita. Begitu juga dengan masalah keguguran rambut. Mempunyai rambut yang nipis, rosak dan bercabang sehingga agak susah untuk digayakan sememangnya sangat mengecewakan. Tekanan juga akan dihadapi oleh mereka kerana masalah keguguran rambut adalah masalah paling ditakuti oleh lelaki dan wanita kerana ianya boleh menyebabkan kepala seseorang itu menjadi botak. Walaupun wanita yang bertudung mampu menutup ‘kecacatan’ itu dengan berhijab, tetapi hakikatnya masalah rambut yang dihadapi masih lagi tidak selesai.  Jadi, isu penjagaan kulit