Posts

Showing posts from January, 2018

Akhirnya, Kau Nak Jugak Ye, Anak.

Image
Akhirnya, Kau Nak Juga Ye, Anak | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Being an EP Mom memang susah. Aku dah tulis segala cabaran menjadi EP Mom sebelum ini dan dengan adanya blogpost ini, aku dengan ini mengisytiharkan bahawasanya aku bukan lagi EP Mom. Kecuali masa Nazhan dah kenyang lepas balik dari rumah pengasuh. Menggagau juga aku cari breastpump. Tak nyempat nyempat nak pam, bersembur susu atas lantai. T_T Sorry tau kalau entri ni macam tak senonoh sikit for certain people. I can't please everybody.  Sekarang aku dah merasa kedua-dua keadaan. Breastfeeding mom dah. EP mom pun dah. Dua-dua pun ada kelebihan dan cabaran masing-masing. Not to say kekuranganla. Bila jadi EP mom, banyak perkakas nak cuci. Bila dah direct feeding, anak pula payah nak lepas. Kalau tak setengah jam mengempeng, tak sah. Kalau dia tidur cepat, cepatlah boleh bangun. Kalau dah mulutnya melekap sampai sejam, apa nak buat. Staylah kat situ sampai dia lepas. Nak minta dia lepas, sampai n

Tasneem Naturel Balm- Set Lengkap Untuk Keselesaan Bayi Kita

Image
Bantuan Kecemasan Untuk Bayi Kita- Tasneem Naturel Balm | Assaalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku percaya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Yelah, bukan senang nak keluarkan seorang bayi daripada rahim ibu selepas dekat dengan 10 bulan dikelek ke sana ke mari dalam perut.  Bagi seorang ibu, keselesaan bayi mereka sentiasa berada pada ranking nombor 1. Kalau tidur, kena lena. Kalau makan, kena kenyang. Kalau mandi, kena bersih. Pendek kata, semua yang terbaik untuk anak kita sampai kita lupa, ada masanya, anak akan sakit perut, demam, dan selesema.  No, it is not our fault at all. So, don't waste out precious time blaming ourselves but, spend the time to find the cure. Kalau tak boleh pulihkan cepat, sekurang-kurangnya boleh memberikan kelegaan segera kepada anak. Kita kena selalu sedar yang anak kita manusia biasa. Biasalah kalau sakit demam or kembung perut. Antibodi belum kuat. Sistem pencernaan pun belum sempurna. TASNEEM NATURE

Apa Yang Abi dan Umi Perlukan Kadang-kadang

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila kami dah jadi abi dengan umi Nazhan, Nik and I memang susah nak spend time berdua sebab Nazhan memang sentiasa ada dengan kami atau sekurang-kurangnya salah seorang daripada kami apabila salah seorang pergi ke toilet, solat atau gosok baju. Most of the time, memang Nazhan ada depan mata kalau bukan di tangan kami. As new parents aku memang rasa paranoid nak tinggalkan anak sebab aku terlalu memikirkan apa pandangan orang lain pada aku. Rasa bersalah kalau orang lain pegang anak lama sikit. Rasa bersalah kat anak takut anak rasa kurang disayangi. Rasa bersalah terhadap orang yang menolong sebab menyusahkan dorang. Contohnya bila mertua aku pegangkan Nazhan, padahal beliau rindukan cucu atau kalau adik aku jagakan Nazhan, padahal mereka pun suka main dengan anak saudara baru. Anak saudara pertama pula tu. Ke aku je rasa macam tu? Being someone yang memang jarang mendapat bantuan, aku memang rasa awkward bila aku terpaksa minta