Posts

Showing posts from November, 2017

Pengalaman Pertama Bersalin- You Cannot Change The Past, but You Can Learn From Them

Image
Pengalaman Pertama Bersalin- You Cannot Change The Past, but You Can Learn From It | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Anak aku si Nazhan dah selamat dicucuk untuk check up 3 bulan, baru tergerak hati nak buat blogpost pasal pengalaman bersalin anak pertama. Menangis juga anak laki aku tu kena cucuk time tengah tidur. Alhamdulillah, Nazhan bukan jenis yang demam lepas kena cucuk. Dia cuma akan bangun lebih sikit waktu malam, mungkin sebab tak selesa so dia menyusu lebih. Susu tu menyenangkan bagi dia kot. Selamat datang ke dunia wahai penghuni syurga. Pengalaman pertama melahirkan anak ini aku gredkan B. Insya Allah, untuk anak seterusnya, aku A kan dia. Prinsip aku buat masa sekarang; there is always a big room for improvement. Husnudzon mode on. Kronologi Bersalin Anak Pertama 17 Ogos 2017- Aku pergi hospital untuk checkup suggested by KK Selising sebab terdapat bakteria GBS di laluan untuk melahirkan, sejenis bakteria yang boleh mengancam baby walaupun ta

Rangkaian Produk Kecantikan Lengkap Daripada ANUGERAH

Image
Rangkaian Produk Kecantikan Lengkap daripada ANUGERAH | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lengkapkan rutin kecantikan dengan herba dan bahan semulajadi. Jom baca Panduan Potret Cantik Menawan dengan rangkaian set kecantikan aripada Anugerah dengan hanya RM 150. Benar, kala merias wajah tiada had sempadan ataupun peraturan khusus. Semuanya adalah mengenai ekspresi kreativiti dalam mencorak dan menghasilkan nuansa menarik. Biarpun begitu, anda harus menitikberatkan beberapa faktor utama agar di akhirnya nanti anda berjaya memiliki kanvas wajah yang sempurna. Antara faktor utama adalah perlu memiliki kulit wajah yang sihat sempurna dan mulakan rutin anda dengan bahan semulajadi. Rutin kecantikan amatlah penting di praktikkan dari awal agar kecantikan anda tidak pudar dengan peredaran masa. Tambahan pula, kita perlu berhati-hati dengan pelbagai ancaman kecantikan iaitu pencemaran udara, pemakanan yang tidak sihat dan produk yang terlalu tinggi kandungan kimia.

Hantaran Wangian Set Raikan Cinta Dari Set One Drop Perfumes

Image
Hantaran Wangian Set Raikan Cinta dari Set One Drop Perfumes   | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dekorasi perkahwinan atau pertunangan tidak semestinya perlu untuk kelihatan sangat romantik dengan ratusan bunga-bungaan. Apabila berbicara tentang perihal perkahwinan, tentunya perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran adalah hantaran.  Untuk mendapatkan suasana yang menarik dan kasual, hantaran juga memainkan peranan penting untuk melengkapkan persiapan perkahwinan. Trend hantaran perkahwinan sentiasa berubah-ubah saban tahun. Dari hiasan klasik tepak sireh sehinggalah ke trend moden dimana pelbagai jenis hantaran boleh diubahsuaikan serta setiap hantaran memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Sudahkah anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses perkahwinan anda? Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan senarai semak untuk proses pertunangan dan juga perkahwinan. Anda mesti terfikir apa barang hantaran yang sesuai

Sistem SAPS Ibu Bapa- Terima Kasih KPM

Image
Sistem SAPS Ibu Bapa- Terima Kasih KPM | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku sebenarnya baru sahaja menghabiskan cuti bersalin selama 3 bulan. Bila kena masuk sekolah balik, terus kena hadiri kursus CEFR yang bakal dijalankan untuk subjek Bahasa Inggeris tahun depan. Tetiba, dapat mesej daripada guru ganti untuk isi markah murid di SAPS. CEFR tu apa? Kalau ada kelapangan, aku share dalam blogpost yang akan datang. Insya Allah. Kali ini, kita fokus untuk SAPS dulu. Sistem SAPS SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah manakala NKRA adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). SAPS NKRA dicipta bagi digunakan oleh para ibu bapa, guru-guru dan juga setiausaha peperiksaan (SUP). Untuk menggunakan laman SAPS, semua guru diberikan username dan password masing-masing untuk sign in. Sudah isi semua markah, klik Submit. Kalau ada yang tersalah isi, kita boleh edit balik. Tak delah maklumat t

Makanan Tambahan Untuk Wanita Dari Mengandung Sampailah Dalam Tempoh Menyusu- MAMTEEN

Image
Makanan Tambahan Wanita Dari Mengandung Sampailah Dalam Tempoh Menyusu- MAMTEEN | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lepas dah masuk golongan mak-mak ni, barulah tahu betapa penatnya nak uruskan seorang anak kecil Ingatkan senang. Nangis, sumbat susu. Nangis, basuh berak. Rupanya, susahnya bila dia nangis, tapi tak nak susu. Dia nangis, tapi kita ngantuk. Dia nangis, tapi kita tahu dia nak apa. Stress weh sebab bayi ni sejenis manusia yang semua benda kita kena uruskan dari dia bangun, sampailah dia tidur. Pengalaman aku sendiri, 2 minggu pertama, aku berpantang dengan Nik. Yes, kami berdua sahaja. Lepas cuti Nik habis, aku duduk kat rumah umi aku, kemudian 4 hari di rumah mertua, dan habiskan di rumah umi aku sampailah Nik balik masa cuti Deepavali. Di rumah umi, aku duduk sorang jela kat tingkat atas bila umi kerja kat klinik dia di tingkat bawah. Imagine amateur mother macam aku nih kena uruskan semua benda sendiri. Nasib baik kerani klinik ada tolong sedikit s