Posts

Showing posts from February, 2019

Hari Tu, Kami Jalan-jalan di Cameron Highlands, Pahang.

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pergi Cameron Highlands je, tapi kenalah juga update masuk blog sebab inilah kenangan iols bercuti dengan suami dan anak sekali sekala. Alhamdulilah, masih ada rezeki meluangkan masa berharga sama-sama dalam kekangan waktu dan benda-benda lain. Dari Johor, kami bergerak hari Jumaat pukul 5 pagi dan sampai di destinasi pertama pukul 12.30 tengah hari. Okay la kan. Tak jammed sangat. Bharat Tea Plantation, Cameron Highlands Bharat Tea Plantation adalah tempat pertama yang kitorang singgah. Sebenarnya kitorang datang untuk family day sekolah Nik. Memang best pemandangan kat sini. Ladang teh yang menghijau, bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, udara pun sejuk. Sekarang, dah ada tempat makan yang luas dan selesa. Tempat beli cenderamata pun berbaris elok. Ada toilet (sangat penting). Macam-macam cenderahati dijual untuk dibawa pulang. Kita boleh turun ke ladang teh dah sekarang. Cuma, kena beli pas mas