Posts

Showing posts from December, 2022

Laman Web Untuk Anak-anak Belajar Menggunakan Duit

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebagai seorang cikgu pada hari ini, aku ada pengakuan hendak dibuat. Aku memang lemah bab-bab nombor termasuklah bab mengira duit. Honestly, bila aku pergi makan dengan kawan dan kami nak tong tong bayar, aku memang pass kat kaawan je untuk kirakan. Sama juga kalau aku nak kena bayar benda lain, memang aku sentiasa mengelak untuk kirakan duit. Few months ago, aku dipertemukan dengan sebuh laman web yang mengajar anak-anak untuk mengira duit. Daripada website ni, harap-harap Nazhan tidak lari daripada tanggungjawab mengira duit macam umi dia. Hari ni aku nak sharelah beberapa games yang boleh membantu mengajar anak-anak menggunakan duit di kedai. Memang seronok. Percayalah! Grocery Cashier Grocery Cashier ini memberi peluang kepada anak-anak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang juruwang. Juruwang ini menggunakan operasi tambah untuk memberikan jumlah harga barangan kepada pelanggan. Lepas dah dapat jumlah, anak-anak kena kira

Eskayvie Mindtropic Bantu Kurangkan Stres Dan Kemurungan Melampau

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tidak dinafikan ramai yang terkesan dengan kos hidup ketika ni dek kerana krisis ekonomi. Tekanan demi tekanan terpaksa dihadapi kebanyakan masyarakat kita. Ramai yang memilih untuk bekerja lebih masa bagi menampung diri dan keluarga. Realiti yang menyedihkan ini jika tidak diuruskan, akan membawa kepada pelbagai masalah-masalah lain. Hal itu sekaligus boleh menjejaskan kesihatan mental. Bukan seorang dua tetapi ramai yang akan terkesan. Kes bunuh anak bini, bunuh diri disebabkan tekanan. Inilah puncanya! Menurut Hello Doktor, tekanan ini bermula daripada masalah kurang tidur yang menjadi punca kepada permasalahan kesihatan mental ini. Kurang tidur pun boleh jadi gila? Ya!   Antara kesan kurang tidur adalah ia boleh menjejaskan kesihatan emosi.  Apakah keburukannya? 1. Mudah Lupa Sekali atau dua kali terlupa tidak mengapa. Namun, apabila ia selalu sangat berlaku, anda akan lebih tertekan. Sudah la penat, kunci kereta pula tak jumpa. Hal-hal