Posts

Showing posts from July, 2018

Lazada Big Baby Fair 2018 Datang Lagi Dengan Diskaun Sehingga 80%

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Antara kegusaran bakal ibu bapa adalah menyediakan segala keperluan bayi yang bakal lahir. Mana nak cari baju, stroller, sabun mandi, kain lampin, ubat-ubatan dan sebagainya. Harga satu satu barang pula, boleh buat si ayah menelan air liur. Barang bayi ni saiz je kecil. Harganya besar. Bila dah gabung semua, memang boleh buat kempis beg duit.  Nasib baiklah ada Lazada. Setiap tahun, Lazada tak lupa untuk mengadakan jualan besar-besaran untuk barangan keperluan bayi. Dorang pun ibu bapa juga. Sebab tu dorang tahu betapa banyak keperluan bayi yang diperlukan terutamanya untuk anak pertama. Masa jualan mega inilah, ibubapa mesti ambil peluang untuk melengkapkan keperluan bayi dengan diskaun hebat. Nasihat aku untuk semua` ibu bapa dan bakal ibubapa di luar sana, jangan sesekali lepaskan peluang untuk membeli segala keperluan bayi semasa Lazada Big Baby Fair ini.  Jualan Barangan Keperluan Bayi Terbesar di Lazada. Pengalama

Raya Kami dan Monthsary Nazhan di Bukit Keluang

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Raya tahun ini pastinya sangat berbeza bagi aku. Sebelum kahwin, raya sebagai bujang. Selepas kahwin, 2 tahun raya sebagai isteri . Alhamdulillah, tahun 2018, aku raya sebagai seorang ibu. Kalau dulu, wajibkan diri untuk solat sunat Raya, tahun ni terpaksa stay kat rumah sebab Naz kurang selesa tinggal dengan auntie dia yang bongsu tu yang dia baru jumpa. Perkembangan Naz. Memula dia lahir, asal malam dia menangis. Siangnya, dia tidur atas aku manjang. Tak boleh letak. Asal letak menangis. Terpaksalah minta tolong kerani klinik umi kat bawah tengokkan sementara aku mandi dan sebagainya. Alhamdulillah. Bawa balik Muar, perangai nangis malamnya dah settle. Sekarang, kitorang dah pindah rumah baru pun, dia ok. Dah boleh berlari dah anak iols. Ya Allah, Kau bagi nikmat yang terlalu besar bila aku menjadi seorang ibu kepada the most wonderful son, Nazhan sedangkan aku hambaMu yang berdosa. Terima kasih Yaa Allah. Wrong lighting, but the