Posts

Showing posts from September, 2022

Monitor Kesihatan Guna Laman Web Ni Je

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila sudah mencapai umur 30 tahun, aku mendapat satu kesedaran tau, kesihatan dan keluarga adalah harta yang paling berharga. Hasrat aku, bila aku dah mencapai kestabilan daripada segi kewangan suatu hari nanti, aku nak badan aku masih kuat dan bertenaga untuk travel melihat dunia. Target aku, bila aku sudah berumur 40 tahun, aku tidak perlu lagi nak berfikir banyak lagi tentang kewangan, aku tak perlu lagi berkira-kira bila nak bagi duit dekat umi, abah dan ibu mertua aku. Bila cuti sekolah, aku terus boleh bawa mereka bercuti di mana-mana yang aku suka. Tapi! Kestabila ekonomi itu tidak bermakna kalau aku sendiri tidak mampu membawa badan aku sendiri. Kaki makin sakit, jalan sikit rasa mengah, asyik kena berhenti, ambil nafas. For me to achieve my target at 40, I have to start taking care of my health at 30! Now! Healthy body gains beauty. Bila kita sihat, secara automatiknya kita akan nampak lebih cantik, segak, bergaya. Yup, aku na