Posts

Showing posts from April, 2020

Apa Nak Buat Bila Lapar Semasa PKP?

Image
Assalaamualaikum wbt. Bagaimana semua orang kat rumah? Semoga sihat semuanya. Untuk kekal sihat, patuhilah arahan #StayAtHome #dudukrumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sama sama kita putuskan rantaian wabak COVID-19.  Tak dinafikan PKP yang diarahkan oleh kerajaan gara-gara COVID-19 memang buat kita hilang arah. Daripada bebas, kita terkurung. Daripada boleh pergi mana sahaja ikut suka, kita terpaksa tetap di rumah. Daripada boleh makan di warung dan restoran kegemaran kita, kita terpaksa makan di dapur rumah masing-masing. Ya, jangan tak tahu, antara benda yang paling menekan perasaan adalah bab makan.   Tambah-tambah untuk kita yang selalu makan di luar. Tak kira la kat warung ke, restoran ke, semua orang ada tempat kegemaran masing-masing. Kalau dulu, soalan 'Nak makan kat mana? Nak makan apa?' menjadi igauan setiap hari. Betapa banyaknya pilihan yang ada. Sekarang? Ramai yang terpaksa mula menjengah ke dapur, isikan bahagian rak yang kosong, untu