Posts

Showing posts from March, 2021

Sesuai Ke Beli Rumah Ketika Pandemik Covid 19?

Image
Memiliki rumah pertama sememangnya impian semua orang. Apatah lagi jika ianya lengkap dengan kolam renang, ada parking lot, dilengkapi dengan sistem keselamatan terkini dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan saiz yang besar. Tetapi pada hari ni, untuk membeli rumah kadang-kadang membuatkan kita rasa takut dan ngeri dek harganya yang mencecah setengah juta. Lebih-lebih lagi di musim pandemik Covid 19 dimana ramai yang kehilangan kerja. Kebanyakan daripada kita masih lagi terpaksa menyewa rumah kerana usaha untuk memiliki rumah pertama tergendala akibat kehilangan mata pencarian. Istilah untuk membeli rumah mampu milik seakan-akan bertukar menjadi rumah mampu lihat sahaja. Rumah pertama yang dibeli pada tahun 2018 di Muar, Johor Rumah pertama saya beli pada waktu gaji saya cuma RM3000 iaitu pada tahun 2018, dengan status saya sebagai cikgu yang baru beberapa tahun mengajar. Sebenarnya banyak tempat yang telah ditinjau tetapi harga yang menjadi penghalang dan lokasi yang tidak strat