Posts

Showing posts from August, 2014

Program Bina Insan Guru (BIG )PISMP TESL 2 Semester 4 Tahun 2014

Image
Program Bina Insan Guru (BIG) PISMP TESL 2 Semester 4 Tahun 2014 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Macam biasa, setiap semester kami budak PISMP ni kena anjurkan Program Bina Insan Guru bergantung pada tema yang diberikan. So, there we were. BIG had to go on. Program Bina Insan Guru Yang Sangat Menyenangkan Hati Berbanding dengan program Bulan Sabit Merah yang kitorang anjurkan semester lepas, BIG bagi semester ini memang jauh lebih baik terutamanya daripada segi kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah. Sangat bagus, sangat baik. Terasa yang kedatangan kami sangat dialu-alukan. Terima kasih. Tugas aku kali ni memang senang sangat. Print sijil untuk peserta. Dah siap semua. Baru print separuh jalan, printer buat hal. Sangat Tahniah untuk diri ini. Oh ye. Ada lagi satu. Sepatutnya aku ketuai senamrobik. Alih alih, si Hakim cakap tak jadi. Sedih gilows. Dah kat atas stage kot. :'( Nama program: Program Bina Insan Guru Tema: Khidmat Masyarakat

Peluang Tulis Advertorial Dan Review Untuk Blogger di Advertorial.My

Image
Peluang Tulis Advertorial Dan Review Untuk Blogger di Advertorial.My | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Blogger sekarang memang beruntung sebab dengan menulis semua benda yang kita suka je, kita boleh buat duit, jana pendapatan . Sampai dah ada yang buat blogging career ni sebagai kerjaya utama. Dulu boleh buat pendapatan sampingan je. Aku? Aku masih cikgu. Huhuu Klik banner dan join advertorial.my sekarang! Aku ingat lagi memula aku tulis advertorial. Masa tu kedai tudung mintak tulis pasal dorang dan dorang bagi kod diskaun untuk pembaca blog aku. Aku tulis secara percuma. Tu pun dah rasa lejen. Tak sedar yang diri diperguna cenggitu je. Blogger picisan kan. Manalah aku tahu kita boleh mintak bayaran. Tak pe. Kira bagi hadiah untuk pembaca aku. Lepas tu, berkembang pulak dengan tulis review kanta lekap. Dapat produk 6 pasang. Giler happy. Then, slow-slow dapat advertorial berbayar. RM20 ada. RM30 pun ada. Pernah gak dapat RM50. Tak de lah ratusan macam

Secret Laxing by Legacy Secret - Boleh Ke Kurus Dengan Produk Ni?

Image
Secret Laxing by Legacy Secret - Boleh Ke Kurus Dengan Produk Ni? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kalau korang selalu follow blog aku nih, korang mesti tahu yang aku tengah berusaha keras nak kurus . Tak nak la nanti aku nampak lagi besar daripada tunang aku di pelaminan. Sobsss T_T Sebelum ni aku ada share cara aku bersenam dan 5 alasan wajib elak untuk kurus. Kali ni, aku nak share pulak dengan korang produk yang aku guna untuk percepatkan lagi proses nak kurus ni. Produk ni aku anggap macam booster or catalist untuk aku kurus. Aku bukan penyabar. Siyes. Huhuu. Secret Laxing by Legacy Secret La Yang Aku Guna Nampak bahagianya bila dapat bff baru, si Secret Laxing. Kih3 Secret Laxing by Legacy Secret . Dah lama aku dok dengar je pasal keohseman produk Legacy Secret nih. Produk ni bagus sebab dia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Tak de lah risau sangat nak minum sebab tak de bahan kimia berbahaya bersarang dalam tubuh bam bam aku nih. B

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta- Lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57

Image
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta- Lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rasa patriotisme aku macam berganda lak tahun 2014 ni bila aku dengar lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta nyanyian Bob AF ni. Aku memang suka sangat suara dia dari zaman AF masih kutonton dulu. Sedap sungguh. :') Tambah pula, dan dan je tahun ini, bulan ini, Palestin berjaya mendapatkan persetujuan untuk gencatan senjata selama sebulan. Ini bagi aku adalah kejayaan permulaan. Insya Allah tak lama lagi kejayaan lebih besar bagi negara Islam. Amiin. Rasa macam berganda-ganda pula rasa yang tak terucap di dada ni. Jadi, aku kongsikan dengan korang lagu yang kitorang akan nyanyikan sempena sambutan Hari Kemerdekaan IPGKKB tahun ni. Kami kan pelajar TESL yang pada masa yang sama pelajar minor muzik. Sabow jeler. Urghhh. Lejen sekali rasanya tahun ni. Huhuhuuu Daripada: Melvister Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta   oleh Bob AF Ciptaan: Sharon Paul

Hari Raya Mujadafewa Cukup Indah Tahun 2014 Ini. Chewah!

Image
Hari Raya Mujadafewa Cukup Indah Tahun 2014 Ini. Chewah! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sedar tak sedar, Ramadan dah dekat sebulan tinggalkan kita. Syawal pulak tinggal beberapa hari je lagi. Aku pulak baru terhegeh-hegeh nak update pasal raya . Ko rasa ada ke yang nak baca?? -_- Kumahu Hari-hari Hari Raya Raya tahun ni memang sangat lejen sekali. Bukan nak cakap raya sebelum ni tak berapa lejen cuma tahun ini kelejenan beliau bertambah. Kenapa? Sebab ittew beraya dengan taman bunga warna warni harum dalam hati. Ada bunga ros dengan bunga kekwa juga. Ewaaah! Jangan tacim lak baca aku bahagia ye. Korang pun bahagia la sama. Heran aku dengan orang yang hot bila baca orang lain bahagia. Korang raser? Tahun lepas, aku beraya dengan hati kecewa. Dikhianati orang yang aku percaya. Tahun ini pulak, beraya dengan dia yang cukup istimewa dalam hidup aku selepas my keluarga. Haa. Tahun depan, insya Allah beliau akan jadi insan terpaling istimewa pulak. Dari jauh kupoh

Makan Burger di Burgerbyte Dengan Yang Sehati Sejiwa

Image
Makan Burger di Burgerbyte Dengan Yang Sehati Sejiwa | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebenarnya entri ni terawal update sebab entri raya dengan hari bertunang belum update dah update yang ni. Tak pelah. Aku tak rasa itu jadi masalah. Hmm.. Aku tacim gak bila menaip ni sebab aku, Diah, Hazanis , Mastura Rara dan Lala pergi makan sesama kat restoran Burgerbyte ni tak lama lagi Nis nak pergi ke Kuala Lumpur, kerja kat sana. Sape la tak tacim bila kawan sebaik beliau nak tinggalkan kita. :'( Teaser untuk korang. Boleh tahan gak kan? Kih3 Lokasi Burgerbyte Kalau korang dari KB Mall, korang gerak je ke arah Kok Lanas. Lepas simpang 4 kat Wakaf Che Yeh tu pun, korang terus lagi sikit. Then, korang akan nampak bangunan Burgerbyte kat belah kanan. Betul-betul belakang Jaafar Rawas. Ceh, kompom meleleh pihak Burgerbyte kalau baca entri aku nih. Free of charge lak tu. Huiiiih. Aku dengan Diah. Mohon jangan compare saiz kami! Apabila Kami Bergabung.

5 Alasan Wajib Elak Untuk Bersenam Secara Istiqamah- Ini Alasan Aku. Korang Boleh Tambah Secukup Rasa

Image
5 Alasan Wajib Elak Untuk Bersenam Secara Istiqamah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masalah aku dengan usaha nak kurus ni adalah alasan . Banyak sangat alasan yang aku bagi untuk elakkan aku rasa kena bersenam. Kalau boleh kumpul alasan buat shopping online , semua dress dengan shawl aku borong kot. Pfffttt. Aku tak leh bersenam sebab aku sayang lemak badan aku. Kau apa tahu... Antaranya alasan yang aku tak pernah beralasan untuk guna. Tak de masa nak bersenamlah. Alih-alih. Kul 5 sampailah Maghrib, berlingkar proses lemak atas katil. Paling tak pun, tercongok depan laptop scroll news feed Facebook. Ceh.  Takut bersenam sebab nanti kalau berhenti lagi banyak gemuk. Hello, pemakanan yang baik dan senaman kena berterusan. Sape lak yang suruh ko berenti??? Arghhh! Tak kreatif nak bersenam. Ehem3. Sape suruh ko fikir sendiri senaman macam mana nak kena buat? Kat Youtube tu, penat orang upload. Tak reti ke nak tengok?? Tengok tutorial shawl je man

Bersenamlah Dengan Istiqamah Muja- Kisah Aku dan Dumbellina

Image
Bersenamlah Dengan Istiqamah Muja | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dulu aku ada share pasal penggunaan Leptin sebagai salah satu cara mengurangkan berat badan. Sekarang nak share benda pasal cara bersenam pulak. Aku pun baru nak start. So, korang jangan macam-macam nak tanya lebih-lebih. Aku ada banyak esaimen nak buat ni tauuu. Inspirasi Aku Untuk Bersenam Inspirasi untuk aku bersenam dan berusaha untuk dapat mengurangkan berat badan yang agak keterlaluan dan mendapatkan bentuk badan yang aku nak mestilah daripada Cik Epal. Jujurnya, aku lambat kenal blogger retis sorang ni. Senang citer, masa aku memula kenal, cik epal dengan husben dia tu dah kurus, cantik dan hensem. Maka bermulalah drama apabila wanita cemburu . T_T Jauh lagi daripada nak jadi Cik Epal 2. :'( Few days ago, gigih jugak aku click older post blog Cik Epal. Mencari gambar last beliau sebelum kurus ala-ala model macam sekarang. Aku syak, tahun terakhir beliau masih cute bambam tah

Majlis Berbuka Puasa Kelas 2014 Di Serunai Restaurant

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Amat perlahan sekali perkembangan blogging aku. Ramadan dah lepas, Syawal dah nak habeh, namun tiada yang lambatnya bagi aku untuk hapdet pasal gi iftar kelas hari tu. Ko apasal jeling kat aku tu? Tak pueh hati cakap. Meh aku bawak ko sama nak? :P Jeles betul aku tengok kawan blogger berbuka sama-sama sedang aku jauh benar untuk join sekaki. Arghh! Pedih. Untuk mengatasi rasa cemburu yang membara ini, aku pun dengan berkecil hatinya nak menhapdet pasal iftar kelas di Serunai Restaurat, Pengkalan Chepa. Dekat je ngan IPGKKB. Sebaris dengan bangunan Pizza Hut. Bangunan depan sekali kalau lalu jalan ke airport. Senang nak hangkut semua orang. Nasib baiklah ramai dalam kalangan kami ni bawak kete. Senang nak angkut semua ahli kelas. Kih3 Ni je muka depan Serunai Restaurant yang boleh tepek. Ok le kan? Serunai Restaurant (bahasa penjajah lak dah restoran nih) sebenarnya salah sorang lecturer kat IPGKKB ni yang punya so kitorang

Aku Ni Berbakat Jugak Jadi Pelukis. Kah3

Image
Aku Ni Berbakat Jugak Jadi Pelukis. Kah3 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Buat pengetahuan semua, aku ada amik subjek Seni dalam Pendidikan untuk semester 4 yang memaksa aku untuk melukis. Siyesly, melukis tu bukan jiwa aku weh. Masa tingkatan 2 dulu, kalau kertas lukisan yang dihantar kat cikgu tak cukup satu helai, haa, lukisan aku la tu. Memang tak pernah hantar. Mesti kecik ati giler kot cikgu ngan aku. Siyes menyesal. T_T Kali ni aku berazam untuk melukis dengan penuh jiwa raya. Hari tu pensyarah aku mintak kitorang lukis something bertemakan alam benda. Then, yang datang ilham kat aku hanyalah gambar tunang aku yang ni. Macam senang je nak lukis. Tapi bendakah beliau?? Huh, aku kesah ke? Janji gambar ni je aku rasa nak lukis. Oklah bagi beginner macam iols ni kan?? Adalah jugak rupa Nik Nashram kan?? Mohon fikir leklok before jawab kalau tak nak menyesal. :P Bila orang lain dah start mewarna, aku still terkial-kial. Lastly, dok hitam putih situ juga