Posts

Showing posts from January, 2022

Sampai Bila

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Penat sungguh jadi manusia Tak boleh cakap tak mengeluh, sebab terlajak terang tersangat nyata Kalau tak, sekarang ni kau tengah buat apa? Penat sangat tu sebab tertanya-tanya Semua ni akan bertahan, sampai bila? Ingat tak impian yang tak tercapai sejak dahulu kala Alaaa, yang kau cakap nak buat apa sahaja yang kau suka Masa masih belajar, cakap nak tunggu time dah keje Dah keje lama, tunggu naik pangkat pula Sampai bila nak postponenya Tangguh punya tangguh, eh, aku dah tua! Jom masuk bab kerja Motivasi, semangat, tak de Pagi-pagi lagi dan bangun, pergi ke tempat kerja Hari-hari rasa tak perform dalam kerjaya Rasa tak boleh nak buat seperti yang sepatutnya Tak kerja karang, tak dapat gaji semua No gaji, no duit, nak beli makanan dengan daun ke? Bukan nak nafikan rezeki Allah, memang wajib ada untuk setiap hambaNya Tapi rezeki datang dengan pengantara, kerja dan usaha Kemudian tawakkal tidak dilupa Dengan pasangan pula Tak pernah rasa fah

Kenapa Handphone Tak Berhenti Berbunyi

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku sejenis manusia yang memang tidur awal. Kalau lebih pukul 11 malam tu. Memang kira tidur lewat lah. Sebab tulah, lepas solat Maghrib je, aku sedaya upaya lah nak solat Isyak terus. Kalau boleh, tak nak dah ambil wudhuk lain. Sebab sejam lepas waktu Isyak, mata aku dah start mogok dah. Makin payah aku nak bergerak ke toilet nak angkat wudhuk baru. Semalam, aku pergi event. Tengah event berjalan, boleh pulak phone aku berbunyi tak henti henti. Dah lowkan volume sampai mute, masih berbunyi. Dah turn off pun, tetap tak menjadi.  Risau giler sebab ada satu hari tu, sebelum ini, aku cas bateri hp ni, tak masuk-masuk. Lepas restart, barulah charging. Risau juga kalau rosak hujung-hujung bulan ni. Sekarang ni, tengah tunggu postpaid contract tamat, kalau nak tukar hp baru pun. Dalam kerisauan tu, aku terbangun daripada tidur. Rupa-rupanya, berbunyi dalam mimpi, bersambung ke alam realiti. Memanglah tak berenti berbunyi. Dah aku tak off alarm

Usahawan Berjaya Bangkit Dengan RichWorks, Perjalanan 2021 Yang Membanggakan

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Aku betul-betul berharap, anda semua boleh baca entri kali ini dari awal sampai habis. Semoga entri kali ini memberi manfaat dan kebaikan bagi mereka yang betul-betul memerlukan bantuan dalam menaikkan dan memajukan perniagaan masing-masing terutamanya dalam situasi yang begitu mencabar macam sekarang ni.  Mungkin aku tidak begitu memahami apa yang ramai orang lalui sekarang, tapi aku tahu ramai yang tengah susah.  Aku yakin tentu ada dikalangan peniaga yang sedang pening kepala dengan perniagaan yang semakin merosot. Stok tak cukup. Hutang sana sini. Premis tetap perlu bayar sewa sedangkan pelanggan tak ramai yang datang. Ini semua ujian dunia bisnes. Apa yang berlaku, aku nasihatkan jangan cepat berputus asa. Rezeki Allah SWT itu luas. Jika rasa diri belum cukup ilmu dan masih tidak tahu cara sebenar untuk uruskan perniagaan, jom! Kita ubah situasi ini bersama-sama dengan RichWorks ! Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605000 Bangsa Usah

Resepi Cek Mek Molek dari Kelantan Versi Cuba-cuba

Image
Aku ada baca yang sweet potatoes aka ubi keledek bagus untuk orang yang nak menjaga carb intake. Masa ternampak kat kedai runcit hari tu, terbeli RM10 seplastik. Makan ubi keledek should be easy sebab dia manis sedap, berkhasiat. Sesuai untuk baby baru belajar makan. Rebut atau steam dengan garam sikit. Tapiiiiiii..kalau buat cek mek molek kegemaran aku, lagilah sedap! Hahaha. To be honest, this is my first time and aku tengok resepi ni dalam YouTube ni . Cek mek ni kuih yang sangatlah terkenal di Kelantan. Makan bertemankan air kopi panas, tambah pula hari sejuk hujan, perghh! Memang mengusik jiwa. Teringat pula mertua aku ada buat cek mek hari tu. Tu yang mencari resepi online. Jom kita buat! Resepi Cek Mek Molek dari Kelantan Sedap Amat! Laki aku yang gentelkan dan gorengkan. Sebab tu cantik. Bahan-bahannnya Membuat Cek Mek Ubi keledek  Gandum Butter Garam Cara Membuat Cek Mek 1. Rebus ubi keledek bersama dengan sesudu kecil garam. Paras air adalah sehingga semua ubi tenggelam. Bo

Perihal Berterima Kasih

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. On the way ke sekolah, aku suka sangat pasang radio Zayan. Suka kandungannya yang variety. Sangat berunsur keagamaan tapi ada juga kandungan pasal fesyen, lagu-lagu jiwang dulu kini dan selamanya, nasihat-nasihat, pandangan-pandangan, ilmu bahasa, ilmu tulisan jawi. Pokoknya, memang menjadi favourite aku setakat ini. Ada sekali tu, DJ bacakan hadis tentang 'berterima kasih'. Konklusi hadis itu, di pemahaman aku yang berilmu cetek ni, orang yang tidak berterima kasih merupakan manusia yang KURANG BERSYUKUR. Allahu Akbar. Jadi, apabila kita berterima kasih kepada seseorang yang telah melakukan perkara baik untuk kita, menolong kita, mendoakan kita, menyenangkan urusan kita, kita sebenarnya sedang menzahirkan rasa kesyukuran kita dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita. Semoga Nazhan menjadi orang yang suka berterima kasih dan meminta maaf. Amiin. Jadi, sudah berapa banyak kita bersyukur hari ini? Berapa banyak pula nikmat yang

Macam Mana Persekolahan Bagi Guru dan Pelajar Tahun 2022

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebelum ini, untuk beberapa bulan, setiap kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan, Kumpulan A dan Kumpulan B. 2 kumpulan ini, berganti-ganti datang ke sekolah untuk membuat penjarakan kerana bahaya Covid19. Betapa susahnya nak habiskan syllabus bila pelajar berganti-ganti macam ni, tapi test akan tetap berjalan bulan Disember. Imagine guys. Cikgu mana ada masa untuk sakit kepala. 😩 Penghujung tahun 2021 dan awal tahun 2022 pula, kita menyaksikan banjir besar di Selangor dan Pahang dan beberapa kawasan di negeri lain. Kami sekeluarga tetap balik seperti yang dirancang dari Kelantan walaupun sekolah dibuka seminggu lebih lewat, untuk mengelakkan banjir dalam perjalanan. Alhamdulillah, selamat semuanya. Segamat pula banjir lepas beberapa hari kami sampai di Muar. Allahu. Buat semua mangsa banjir, ujian ini teramat berat. Namun, hakikatnya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semua anda diberi kekuatan yang teramat besar untuk meneruskan kehidupa