Posts

Showing posts from December, 2016

Majlis Perpisahan Semester 8 TESL 2 2016

Image
Majlis Perpisahan Semester 8 TESL 2 2016 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kalaulah boleh diundurkan masa, terasa juga nak kembali ke zaman aku belajar di semester 7 dan semester 8. Honestly, dalam 2 semester inilah aku rasa paling happy dan tak berseorangan sangat sepanjang berada di IPGKKB . Yes, I was a loner. Makan sorang, jogging sorang. Sadis juga hidup aku sepanjang menjadi loner di IPG. Nasib baik ada blog untuk aku bercakap. Kalau nak cerita kenangan manis dan pahit sepanjang 5 tahun setengah di IPGKKB, memang takkan habis. Gelak, pastu nangis. Nangis, pastu gelak balik. Tup tup, dah berakhir semuanya. Kes cemburu paling meloyakan. Kes dengki jatuh tempat kedua. Malas nak detail sangat. Nanti tak pasal-pasal naik pula tekanan darah yang aku tengah nak stabilkan ini. Senang cerita, semuanya sudah menjadi sejarah. Tak kiralah baik ke buruk, sudah berada di masa lalu. Yang baik dijadikan pengajaran, yang tak baik dijadikan sempadan. Insya Allah. J

DCode Konsert Lagenda Amy Search dan Rakan-rakan Gempak Habis!

Image
DCode Konsert Lagenda Amy Search dan Rakan-rakan Gempak Habis | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Seumur hidup aku, tak pernah merasa pergi konsert. Kalau di Jom Heboh dengan Vfest gitu, macam pernah. Kengkadang, teringin juga jiwa muda ini merasa sendiripengalaman konsert sebenar. Aku berkesempatan untuk pergi ke Konsert Lagenda Search pada 24 Disember 2016 yang lepas. Masuk percuma, siapa yang tak nak. Bukan selalu. Ye dak? Nasir, Amy, Din dan Kid. DCode Konsert Lagenda Search adalah konsert yang menggabungkan 4 orang ahli kumpulan Search iaitu Nasir, Amy, Din dan Kid. Ada juga beberapa artis lain. Konsert ini boleh dianggap sebagai sebuah comeback oleh kumpulan Search untuk menghargai semua peminatnya yang sentiasa setia walaupun selepas bertahun-tahun. Ia dianjurkan oleh Artist's Colony di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.  Apabila sampai, pengunjung dikehendaki mendaftar di meja pendaftaran. Selepas itu, kami diberikan gelang DCode. K

Kgrill Kota Bharu, Restoran BBQ Pertama di Kelantan

Image
Kgrill Kota Bharu, Restoran BBQ Pertama di Kelantan |Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masa dekat nak final semester exam hari tu, Pia ada mintak tolong aku ambil dia dekat stesen bas Tesco. Alang-alang dah pergi Tesco dengan Ain dari Pengkalan Chepa, aku ajak dorang makan di Restoran Kgrill . Matlamat aku kan nak makan di banyak tempat makan best di kawasan Kota Bharu sebelum tamatkan pengajian. Nilah salah sebuah tempat yang aku pergi dan berpuas hati. Restoran Kgrill- Restoran BBQ Wajib Singgah di Kelantan Restoran Kgrill Kota Bharu ini senang sangat nak jumpa sebab bangunan dia berhadapan dengan pintu belakang KB Mall. Insya Allah tak sesat sebab memang terletak di tengah-tengah banda. Kalau tak silap, ia terletak di bahagian atas Celcom Centre. Jadi, pelanggan kena naik tangga yang disediakan di bahagian tepi bangunan. Kalau ada yang tidak mampu, boleh call pihak restoran sebab mereka ada sediakan lif di bahagian dalam. Memang sangat menjaga kebajikan pel

5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

Image
5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Untunglah pengantin yang akan berkahwin selepas bulan Disember 2016 sebab semua berpeluang untuk menghadiri Malaysia Wedding Festival pada 23-25 Disember 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Sebelum aku kahwin dulu, tak dapat peluang macam ini. Semua keputusan dan pilihan, main taram. Tup tup, tak puas hati sana sini. Sebagai seorang yang pernah menjadi pengantin kecewa tahun lepas, aku sangat sangat sangat galakkan semua bakal pengantin untuk pergi dan tengok apa yang ada di Malaysia Wedding Festival ini. Insya Allah, tak menyesal sebab banyak kelebihan yang boleh didapati dengan mengunjungi tapak  MEFA tahun ini. 1. Berpeluang Untuk Memilih daripada 100 Vendor Perkahwinan Apabila kita ingin melakukan perkara yang besar dan penting dalam seperti majlis perkahwinan, kita mesti teringin untuk membuat pilihan yang terbaik. Orang kata

Villa Harley Cafe Kota Bharu- Review Tempat Makan Western Sedap dan Murah di Kelantan

Image
Villa Harley Cafe Kota Bharu- Review Tempat Makan Western Sedap dan Murah di Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila kita pergi bercuti, antara perkara paling penting adalah memilih tempat makan. Betul tak? Kalau betul, kita serupa. Kalau salah, sila pentingkan selepas ini sebab tempat makan menarik yang sedap dan murah sudah menjadi salah sebuah elemen tarikan pelancong. Tempat makan antara tempat di mana kita dapat meluangkan masa terluang dengan yang tersayang sambil mencipta memori indah untuk dibawa pulang. Insyirah, Mujahidah, Izzatul, Laila, Syafiqah. Ada tak yang ingin berjalan-jalan di Kelantan? Apabila bercuti di Kelantan, tempat makan adalah benda paling tak perlu dirisaukan sebab terlalu banyak tempat makan seperti Mee Celup Golok di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Bila perut lapar je, perhatikan tepi jalan. Mesti nampak berderet-deret tempat makan. Jadi, lagi baik sediakan senarai tempat makan yang ingin dikunjungi kalau tak knak me