Review di Mujadafewa | Xiaomi Hongmi/Redmi 1S
Review Xiaomi Hongmi/Redmi 1S | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak kusangka-sangka aku sekarang sedang menggunakan handphone baru, tidak lagi Samsung S Advance yang pernah hilang yang aku beli tahun 2012. Rasa lejen sebab aku bukan jenis yang bermewah, nasib baik ada pendapatan blogging ni sikit-sikit. Baru merasa handphone baru. Gambar dari XiaomiShop.Com Macam mana boleh terbeli Telefon Xiaomi Hongmi/Redmi 1S Aku ni jenis selagi boleh guna, aku guna. Samsung aku tu dah lama start hang. Banyak kali keluar SD Card removed. Camera tak leh guna. Asyik kena on off je manjang. Tapi sebab aku ni penjimat, aku bertahan sahaja hinggalah satu hari tu, aku cas hp tu berejam tapi tak juga menaik dia punya bateri. Malam tu jugak aku mintak Ain beli telefon Nokia ( sorry tersupport barang yahudi sebab beli terkocoh-kocoh ) yang ada lampu suluh tu dekat Pantai Timur. Mahu tak terkejut Ain bila aku mintak tolong beli hp time tengah mencekik makan malam dengan Mirah. S