Posts

Showing posts from August, 2016

Hantar Anak Belajar Bahasa Inggeris di United Kingdom

Image
Hantar Anak Belajar Bahasa Inggeris di United Kingdom | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Suatu hari nanti, aku nak pergi London, United Kingdom. Ada 2 sebab. Pertama, sebab aku nak rasa guna bahasa Inggeris di tempat yang memang bahasa itu digunakan sebagai bahasa utama. Kedua, umi aku pernah bagitahu, dia pernah bercita-cita nak pergi England. Terbercerita angan-anganlah pulak. Kih3 Belajar Sambil Melancong di United Kingdom, UK Berbalik kepada perihal belajar bahasa Inggeris di United Kingdom. Mula-mula sekali, kita kena tahu di mana letaknya United Kingdom. United Kingdom ini terdiri daripada 4 buah negara iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland. Jadi, elakkan menggunakan England bila bercakap pasal United Kingdom. Kecil hati pula 3 negara lagi tu. Bila cakap pasal UK, aku terus terbayangkan kota London di England. Terus terbayang-bayang jambatan London yang gah selalu keluar dalam tv. Mesti seronok kalau dapat peluang selfie kat situ. Boleh jumpa orang r