Posts

Showing posts from June, 2017

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris- Buku Rujukan Dwibahasa

Image
Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI)- Buku Rujukan Dwibahasa | BAssalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak lama lagi, insya Allah, pelajar PISMP 2013 akan mula menerima surat posting untuk mengajar di sekolah. Tak lama lagi jugalah aku akan mula bergelar seorang guru Bahasa Inggeris yang sebenar. Bukan lagi guru pelatih macam masa aku buat praktikum di Sekolah Kebangsaan Melor dan Sekolah Kebangsaan Panji dulu. Antara persediaan aku untuk menjadi guru bahasa Inggeris yang bagus adalah mengimbau kembali ilmu bahasa Inggeris yang aku belajar selama ini. Salah satu perkara yang aku lakukan adalah mendapatkan buku rujukan dwibahasa bertajuk Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris  atau lebih dikenali dengan nama Buku MBBI . Aku memang sudah lama berkenan dengan buku dwibahasa selepas menulis artikel tentang kelebihan penggunaan buku dwibahasa untuk pengajaran bahasa kedua . Buku ini akan sangat berguna untuk mengajar bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua Malaysi

Ulangtahun Kedua NN_NMI- Tiada Lagi PJJ

Image
Ulangtahun Kedua NN_NMI- Tiada Lagi PJJ | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun ini memang mencabar sangat untuk aku dengan Nik. Yup, walaupun tahun 2017 adalah tahun kedua perkahwinan kami, 2017 juga merupakan tahun pertama kami betul-betul tinggal satu rumah sebagai suami isteri. Sebelum kahwin, dia kat Johor, aku kat Kelantan. Lepas kahwin, masih sama. Jadi, boleh kata, we did not really know each other well walaupun kami mula kenal dari 2014 dan kahwin 5 Jun 2015. Abah umi belanja iftar kat restoran on our anniversary. I was so happy! Nik was too. Tq my beloved parents! Dulu, jumpa time cuti sekolah je. Berhubung pun guna handphone sahaja. Rindu selalu. Jumpa mesti nak bermesra selalu. Bila kita mula tinggal serumah, like being real housemates, barulah kita betul-betul rasa cabarannya. Cabaran macam kita baru mula nak kenal pasangan kita betul-betul. Dia jenis kemas bilik tidur tak. Tidur in total darkness ke, kena pasang lampu. Pukul berapa dia bangun tidu