Shopping List Untuk Makanan Anakku Nazhan
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sejak aku jadi bini, aku mula memasak. Sejak aku jadi mak, aku suka masak. Tapi, lagi suka masak untuk anak sebab dia makan je apa aku masakkan. Tak banyak kerenah. Tak banyak cerewet.Untuk abi dengan uminya, sukatan gula dengan garam nak kena jaga. Leceh... :P Seminggu sekali, biasanya aku dengan Nik akan ke Econsave untuk topup barang makanan. Bila beli barang makanan, yang penting kenalah halal, tiada gula tambahan, tiada garam tambahan untuk bayi bawah 2 tahun. Walaupun dulu mak-mak cakap nak kena tambahkan juga garam untuk bagi ada rasa, no no no. Setakat ni, Nazhan makan elok aja walaupun aku tak tambahkan garam sebab deria rasa bayi lebih kuat berbanding deria rasa orang dewasa. Tanpa kita sedar, dalam makanan semulajadi yang kita beli tu, sudah ada sodium dorang sendiri. Kita juga ada bahan-bahan organik yang boleh dijadikan penambah perasa. Ikan bilis, seleri atau keju untuk rasa masin. Kurma, madu (above 1 year old) atau b