Posts

Showing posts from September, 2021

Produk The Ordinary Original Tapi Murah di Threebs & Co

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Semenjak kita dalam tempoh pandemik, aku terpaksa bekerja dari rumah. Alhamdulillah, murid dan ibubapa memberi kerjasama yang baik. Tapi, aku terpaksa juga mengakui yang masa aku memang banyak dihabiskan dengan menonton YouTube video tentang skincare dan home cleaning. Asian Mommy Syndrom kot. Biasanya, kalau skincare review, aku suka tengok YouTuber Mat Saleh sebab reviewnya lebih terperinci. Hairan juga aku macam mana dorang boleh siap hafal satu-satu bahan siap dengan nama saintifik dan dengan fungsi sekali. Jujurnya, setiap kali YouTuber kegemaran aku recommend sesuatu produk, rasa nak sangat cuba. Manalah tahu boleh jadi cantik macam dorang. Kot kot segala parut jerawat kat muka ni boleh hilang. Betul tak? Aku yakin, bukan aku seorang je yang ada perasaan macam ni. Tapi tulah. Harga produk drugstore dorang pun dah beratus ringgit bila tukar ke matawang kita. Kau rasa sanggup ke aku tak beli pampers anak semata-mata nak sebotol skinca

Tip Rumah Kemas Lepas Dapat 2 Orang Anak Lelaki

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. The other day, aku ada buat QnA kat Instagram untuk idea update blog. Ada yang suggest tulis tip kemas rumah lepas dapat anak lelaki 2 orang. Honestly and sincerely, aku kena berterima kasih banyak kepada suamiku, yang mampu menyelamatkan rumah kami daripada menjadi kapal karam selepas hadirnya aku sebagai isteri dan 2 orang anak lelaki kami. Guys, selama aku belum kahwin, aku hidup dalam keadaan bersepah bagai kapal karam guys. Kesian roommate aku Si Ain.  Tip yang aku bakal kongsikan ni pun hasil daripada pemerhatian aku terhadap Nik yang mencorakkan aku, Nazhan dan Nazeem untuk berkemas , walaupun sampai sekarang macam masih tak capai standard dia. 👀 Yup, macam mana dia mampu mengekalkan kewarasan dalam rumah kami.  Cara Didik Mengekalkan Rumah Yang Kemas dengan Anak Kecil No, no such thing as perfect, but LIVEABLE. Penghuninya masih mampu bernafas, kira okay la rumah aku ni. 😝 1. Target Yang Realistik Ini antara yang paling penting

Ulangtahun Ke 4 Beranak Anak Pertama, Si Nazhan.

Image
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tarik nafas, lepas. Repeat 12x. Nervous betul memikirkan masa yang terlalu pantas berlalu terutamanya sepanjang berkurung sepenuh masa di rumah. Sedar-sedar, Nazeem dah 2 tahun . Sekarang, abangnya Si Nazhan, dah masuk umur 4 tahun. Kesiannya anak-anak kita, membesar dalam rumah je. Berdoa selalu ye, keadaan akan jadi normal semula. Amiin. Nazhan, 4 Tahun Dah You Jadi Anak I Terima kasih Nazhan Kau yang pertama memberikanku gelaran seorang ibu Yang Allah hantarkan menemani hari-hari sepiku Mengisi kekosongan mendalam di lubuk hatiku Terima kasih anak sulungku Hadirmu menghapuskan satu dosa besar dalam hidupku Semoga mengurangi bebanan dosa di timbangan amalanku Semoga memberati amalan pahala, untuk syurga yang dituju Ya Allah, thank you so much for the best son You gave me, that I don't deserve. Terima kasih permata hatiku Telah memberikanku tujuan hidup  Untuk menjaga dan melindungimu Melahirkan kekuatan dari dalam diriku  Yang wujud