Blog Untuk Keluarga Dan Rumah Tangga Bahagia- SirapLimau Dot Com


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Pada zaman sekarang, kita lihat banyak berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan. Di sana sini berlaku, merata riti terjadi. Kalau fikir lojik pun, rasanya semua orang boleh fikirkan kenapa perkara ini terjadi. Besar kemungkinan semua dah tahu, tapi memperbaiki segalanya merupakan sesuatu yang susah. Tidak boleh dinafikan.

Generasi muda pula ramai yang buat keputusan untuk menyendiri selamanya. Bukankah berpasangan dan berkeluarga itu satu keperluan? Segalanya seakan-akan sudah terbalik. Pastinya, generasi muda yang masih bujang berasa takut untuk memulakan kehidupan berkeluarga sendiri apabila menyaksikan keadaan yang kita alami sekarang. 

Bukankah yang lebih tua contoh kepada yang lebih muda?

Hidup zaman sekarang sangat menakutkan sekali
Bergaduh bertelagah merata riti di sana sini
Yang hidup berbahagia boleh dikira dengan jari
Kenapa zaman sekarang jadi begini? 
Kalau beginilah jadinya institusi keluarga
Kalaulah bersatu hanya untuk menyakiti
Kalaulah bercinta hanya untuk menderita
Aku rela bersendiri selama-lamanya 
Aku mengimpikan pasangan hidup sehidup semati
Bukan bahagia sementara berdarah selamanya di hati
Kalau boleh jodoh kami bukan hanya perkara duniawi
Hingga ke syurga bersama-sama dengan yang dicintai
Saya harap sangat yang komuniti kita akan kembali menjadi komuniti yang bertanggungjawab dalam perhubungan. Hidup bahagia walaupun hidup sederhana tanpa keinginan materialistik melampau. Komuniti yang hidup dengan bahagia walaupun sentiasa menghadapi masalah. Komuniti yang hidup dengan menyelesaikan masalah, bukan lari daripada masalah.

Hari ini, Muja ingin memperkenalkan dengan semua pembaca sebuah blog yang pastinya sangat berguna untuk mereka yang mengimpikan kehidupan berumah tangga yang bahagia iaitu SirapLimauDotCom, segar lagi menyegarkan. Uuuu.... Deskripsi yang cukup menggoda. :D

Review blog siraplimau.com, blog untuk keluarga, blog untuk rumah tangga, rumah tangga bahagia

Bacalah. Bacalah. Bacalah. Banyak sangat tips rumah tangga dalam siraplimau.com ni. Sesuai bagi pasangan yang baru melangkah dalam kehidupan berkeluarga dan yang sudah lama dalam institusi kekeluargaan ini. Sebelum berbuat apa-apa yang besar, pastikan ilmu penuh di dada.

Ada tips berkeluarga, kisah bahagia, pengorbanan demi cinta, kisah teladan, luahan perasaan, perkongsian pengalaman, dan macam-macam lagi yang pastinya akan berguna untuk semua yang membacanya.

Dalam setiap kehidupan, kita perlukan ilmu yang pastinya tidak terhad kepada apa yang dipelajari di dalam kelas semata. Ilmu itu terlalu luas. Malah, ilmu tentang kehidupan pastinya lebih penting untuk kita aplikasikan dalam menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat. 

Bagi mengaut ilmu kehidupan berkeluarga, siraplimau.com memang saya rekomenkan. Selamat membaca. Sudah baca, serap masuk dalam minda. Perap lama-lama, amalkan. Jangan bagi basi, tak terpelihara. 

-------------------------

Jom sertai Contest Review Blog SirapLimau.Com yang menawarkan hadiah yang tersangat menarik ni. Jangan lepaskan peluang ni!!!


Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com.

Comments

  1. Kalau beginilah jadinya insititusi keluarga
    Kalaulah bersatu hanya untuk menyakiti
    Kalaulah bercinta hanya untuk menderita
    Aku rela bersendiri selama-lamanya

    :'(

    ReplyDelete
  2. All the best muja, review yg sgt berkesan ni :)

    ReplyDelete
  3. Review yang baik..semoga berjaya. Dari kontest yg sama. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana sertai contest review sirap limau. Nanti aku update senarai peserta ye. :)

    ReplyDelete
  5. salam ziarah .. dah follow awak ... nanti add me back !
    tq '-'

    ReplyDelete
  6. gud luck sis...wah kakgojes nak join jugak la...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Salam sejahtera... Nampaknya Muja pun dah join jugak. Bagus la...Semoga berjaya....Artikel yang menarik...

    ReplyDelete
  8. Good Luck, Muja... review yang menarik...

    ReplyDelete
  9. ingat blog makan - makan dekat sana hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus