Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) IPGKKB 2014

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) IPGKKB 2014 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah sekian lama berlalu, akhirnya tersampai jugak seru aku untuk mengupdate pasal KOT 2014. Yang pertama sekali aku nak bagitahu, rumah Bintang yakni rumah biru, yakni salah seorang ahlinya adalah aku sendiri, sekali lagi menjuarai KOT tahun ini. :3

*sengih bangga

Kejohanan Olahraga Tahunan di IPG adalah satu program yang wajib dijalankan bagi setiap pelajar semester 5 untuk memberikan pendedahan tentang cara-cara menguruskan Hari Sukan di sekolah nanti. Dah nama pun tempat mendidik para guru sekolah. Aktiviti pun banyak yang sama dengan apa yang kami bakal hadapi di sekolah nanti.

Sepanjang pengelolaan dan penganjuran KOT ini pula, pensyarah terlibat akan memberikan markah. Yang baik, markah baik. Begitu juga sebaliknya. Jadi, penganjuran KOT yang baik sememangnya sangat penting untuk memastikan markah kokurikulum yang baik. Setiap markah berharga untuk memastikan kami mendapat keputusan yang baik untuk menjadi cikgu bertauliah.

Pelajar semester lain pula diwajibkan menjadi peserta. Walau malas macam mana sekalipun, rajinkanlah juga. Tanpa peserta, nak adakan Hari Sukan macam mana? Sambil bersukan, sambil menolong pelajar semester 5. Tahun depan, aku semester 5. Aku pun perlukan penyertaan dari mereka juga. Saling menolonglah. Bergilir-gilir. Tolong menolong kan amalan mulia. Tak gitu?

Bermulanya Di Pagi Hari Yang Sunyi


Macam biasa, Kejohanan Olahraga Tahunan bermula di pagi hari. Samalah masa aku dekat Faris Petra dulu, tapi kat sana lagi pagi daripada kat IPGKKB ni, sebab pelajar takut cikgu. Kat sini? Pelajar je pun yang in charge. Gi lambat-lambat sikit pun tak pe kut. Gi awal pun bukannya start terus. Pe yang nak takut sangat. Keh3

Sepatutnya, sebagai ahli Bulan Sabit Merah, aku kena join pasukan rawatan cemas atau pasukan kawad kaki, tapi sebab aku ada acara 4x400m yang aku tak menang pada hari tu, aku terlepas. Alhamdulillah. Selamat duit beli baju seragam PBSM. Mahal gak tu. Tapi ada 'bayaran'nya juga. Aku ditugaskan menjadi penyangkut merangkap penjaga keselamatan beg para peserta kawad PBSM yang kebanyakannya adalah budak kelas aku. Tak pelah. Aku reda. ~~

penyangkut beg, hanger, hari sukan, Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014
Penyangkut beg of the day. -_-'

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014, pbsm, persatuan bulan sabit merah, hari sukan, kot
Antara peserta kawad PBSM yang turut kecundang pada hari itu. Senyum bahagia juga.

Khemah Rumah Sukan yang Berwarna warni


Antara elemen yang aku suka pada setiap kali KOT adalah khemah rumah sukan. Teringat masa kat Faris Petra dulu, kami sanggup habiskan beribu ringgit untuk menang kategori khemah tercantik sebab ia dah jadi identiti sangat. Kalau buruk khemah kau, memang buruklah imej rumah sukan kau. Padahal, habis je Hari Sukan tu, khemah gah tu akan dirobohkan juga. Membazir jadinya. 

Dengar cerita hiasan khemah berlebihan dah tak dibenarkan di Faris Petra. Baguslah. Membazir kan amalan syaitan. By the way, tahun ni rumah sukan Bintang bertemakan Korea. Khemah pun ala-ala dok kat Seoul dah. Berani lawan ka? Hahaha

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014, khemah rumah sukan, rumah sukan, hari sukan, tema korea, khemah rumah biru
Khemah rumah Bintang yang indah lagi permai. Sejuk je. Fefiling Korea kauu... Hahaha

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014, khemah rumah sukan, rumah sukan, khemah rumah kuning, tema arab, tema mesir
Khemah Rumah KinabalU yang fefiling panas sebab bertemakan Mesir.

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014, hari sukan, kot, rumah hijau, khemah rumah hijau, rumah sukan
Ada nampak bertemakan Jepun tak khemah Rumah Tahan ni?

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014, hari sukan, rumah sukan, khemah rumah sukan, tema jepun, rumah hijau
Ala-ala negara Cina kan khemah Rumah Ledang ni

Kedudukan Pemenang Kejohanan Olahraga Tahunan 2014 IPGKKB


Pertama: Rumah Bintang (BIRU)
Kedua: Rumah Ledang (MERAH)
Ketiga: Rumah Tahan (HIJAU)
Keempat: Rumah Kinabalu (KUNING)

Suasana Sepanjang Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014


Macam biasalah suasana KOT. Paginya, penganjur kalut menyusun kedudukan para peserta kawad. Dalam kawad ni pun dah ada yang pengsan sebab tak tahan panas yang agak keterlaluan hari tu. Lepas tu, acara sukan bermula. Aku dah cuba sedaya upaya. Kalah juga nak buat macam mana kan? Mungkin aku patut mula jaga pemakanan dan memaksimumkan penggunaan Leptin.

*hanya mampu tulis jela. Kah3

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014, suasanan hari sukan, suasana hari kot
Antara orang penting dalam penganjuran KOT 2014

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014, suasana hari sukan, suasana hari kot, bendera rumah sukan
Masa ni rumah Bintang masih tempat kedua. Pecutan terakhir memenangkan kami.
Alhamdulillah

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014, hari sukan, hari kot, ahli pkbm, pakaian seragam pkbm
Bergambar dengan ahli kawad PKBM. Rasanyalah.
Handsome la laki dalam pakaian seragam. Awrrr :3

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB 2014, olahraga, seragam pbsm, ahli pbsm, hari sukan, pakaian bersukan
Ahli PBSM pujaan, Ain merangkap roommate kesayangan. Labiyuuu
Dengar khabarnya, Kejohanan Olahraga Tahunan untuk tahun depan akan digantikan dengan acara seperti larian 3km macam tu je sebab kekurangan pelajar mendadak di IPGKKB ni. Tak pasti lagi. Boleh je ditambahkan bilangan pelajar untuk kemasukan pelajar akan datang. Aku harap-harap tak ramai yang terbuka hati nak jadi cikgu. Kih3

Aku harap-harap betullah khabar angin ni sebab nak anjurkan KOT ni bukan mudah. Belum hari sebenar pun dah sibuk memanjang. Susun jadual, video promo, fikir tema. Fuuh! Tak lepas nak bernafas. Asyik meeting. Jenuh juga. Harap-harap betullah. Best juga kalau boleh keliling kawasan berdekatan ramai-ramai macam dulu-dulu. Kih3

Aku rasa tak de dah yang boleh memanjangkan lagi entry ni. 
ps: I love you my future husband. Wassalaam.


Comments

  1. Saja je kan nak suruh mengimbau zaman blajau :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelaa,, kenangan pahit pun jadi indah kalau dikenang :')

      Delete
  2. t6ahniah rumah biru meang, bawah khemah feeling korea tu mesti sejuk kot...heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la.. sgt sjuk dipanah mentari terik.. kih4

      Delete
  3. Susah hendak dibezakan antara cikgu dan anak murid. :-)

    ReplyDelete
  4. teringat plak zaman sekolah dulu..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus