Kenangan SBB2014: Persiapan dan Perjalanan Ke Sepetang Bersama Blogger 2014

Kenangan SBB2014: Persedian Ke Sepetang Bersama Blogger 2014 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku tahu blogpost ini agak lambat sebab dah merata blogpost tentang SBB2014 dikongsikan di blog dan media sosial yang lain. Entri ni pun aku mulakan di Dewan Wawasan IPGKKB dengan harapan akan rajin untuk menyambungnya di laptop. Amiin.

Untuk menceritakan tentang Sepetang Bersama Blogger 2014 ni aku menjangkakan tidak kurang daripada 5 entri perlu ditulis walaupun SBB2014 hanya berjalan dalam 10 jam. Overdose tak aku? Untuk mengurangkan jumlah entri ini, aku combine jela beberapa entri dalam satu entri. Harap korang setuju. Keputusan penulis blog ini adalah muktamad. Maka muktamadlah keputusan ini.
Persediaan Ke Sepetang Bersama Blogger 2014

sepetang bersama blogger 2014, sbb2014
Ehsan dari iluvtour.com

Keizinan Umi dengan Abah

Sebagai seorang anak perempuan yang sentiasa berada di rumah macam aku ni, makanya proses nak mintak izin ngan abah untuk ke Kuala Lumpur menghadiri majlis blogger ini bukanlah sesuatu yang mudah. Siap berpeluh ketiyy. Doa tak lupa. Dulu pun pernah mintak ngan umi nak g KL. Umi tak bagi. But sempena SBB2014 ni senang pulak abah bagi. Wah! I was shocked! Ni petanda yang baik. Keh3

sepetang bersama blogger 2014, kenangan sbb2014
mereka sudah kasi can. kita teruskan aja sih :D

Penginapan di Homestay Regalia
Disebabkan Eyriqazz telah menulis entry tentang Homestay Regalia dengan penuh menggoda, maka kecundang jugak aku lalu termenginaplah di sana semalaman, malam sebelum SBB2014. Alhamdulillah, ada beberapa blogger yang sudi menginap bersama-sama termasuklah HazanisYuyu Atiqa, NajihahHawa Syazana, dan Ain Hermionie. Bila dah kongsi, kami cuma bayar RM46.50 sahaja. Murahkan? Dah la apartmen ni dah macam hotel. Fuuuh!

Sepanjang menginap di sana, kami sangat berpuas hati. Satu apartmen untuk 4 orang sahaja tapi 2 tilam tambahan diberikan apabila aku bagitahu yang kami berenam. Cuma kena tambah RM25 untuk setiap penambahan penginap. Siap ada dapur, toilet, mesin basuh, tv, seterika, katil, tuala. Lengkap. Dah rasa macam dok kat rumah. Malah lagi lengkap dari rumah bila tengok isi dalam peti sejuk ada makanan. Siap bekal megi lagi. Fuuuh! Kalau tahu, bawak pakaian je. :3

sepetang bersama blogger 2014, sbb2014, kenangan sbb2014, homestay regalia yang terbaik
Sedih tak sempat lawat kolam renang sebab sampai lewat. :'(

Kad Blogger Yang Direka oleh Sheda Ucu
Kad blogger ni sebenarnya aku malas nak buat. Macam tak perlu je. Ada ke yang nak kad blogger picisan macam aku nih? Tiba-tiba, Sheda pun datang dok cakap-cakap pasal kad blogger ni, terus aku rasa nak kena ada. Maka Sheda la yang jadi designernya. Nasib baik Sheda cakap pasal ni sebab kalau tak de memang aku jela yang tak de kad masa #sbb2014 hari tu. Kih3

Printing pulak oleh Zaza Iman. RM20 untuk 100 keping. Murah la tu kan? Zaza hantar kat Sheda je. Jimat kos postage aku. Sampai je kat SBB2014 tu, Sheda pun menonong datang nak bagi kad tuh. Lawa sangat! Aku puas hati dengan design dan kualitinya. Tahniah Sheda dan Zaza. Tahun depan aku book korang lagi k. Mohon Denaihati bersiap sedia untuk SBB205 pulak. Kih3

sepetang bersama blogger 2014, kenangan sbb2014, kad blogger, review kad blogger sheda uzu

Tiket dan pengangkutan
Aku nak ucap sebesar-besar terima kasih kepada Hazanis sebab sudi menguruskan flight ticket untuk aku dan Yuyu. Jasamu dikenang. Aku sangatlah noob okay. Tak pernah tempah tiket kapal terbang sendiri. Walaupun tempah tiket nampak kecil, ia sangat besar untuk aku. Hazanis jugak yang tolong bayarkan dulu. Terima kasih juga kerana percayakan aku. Aku tinggal bawak ic je untuk naik kapal terbang hari tu. Ekekeke.

sepetang bersama blogger, sbb2014
Di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Berselfie dengan monopod itu lejen. Kah3
kenangan sbb2014, sepetang bersama blogger 2014, sayap kapal terbang
Tempat yang menjadi pilihan semua orang di atas kapal terbang adalah tepi sayap. Setuju?
kenangan sbb2014, sepetang bersama blogger 2014, sayap kapal terbang
Kecilnya kita sebenarnya.
sepetang bersama blogger 2014, sbb2014, awan dari kapal terbang
Subhanallah. Takjub seorang manusia boleh berada di atas awan. Macam bantal. Hahahahaa
kenangan sbb2014, sepetang bersama blogger 2014, nurmujahidah
Sampai je KL, merewang ke Time Square. Menggamit kenangan semasa di Universiti Malaya sungguh.
sepetang bersama blogger 2014, sbb2014, time square
Best pulak main benda ni di Time Square. Zaman aku dulu tak de.

Sepatutnya entry ni dah publish sebelum pergi KL, tapi aku saja menyibukkan diri untuk tidak update. Nak tengok ada tak yang mintak aku update. Tak de sorang pun. Nampak sangat aku tak penting. Sadis tau. Pape pun, entry ni baru pre-SBB2014. Ada few entri lagi yang menanti. 

Tunggu :D

Wassalaam.

Comments

  1. Tak sempat nak berkenalan hari tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nak suruh kita pergi sbb2015 pulak la tu kot :D

      Delete
  2. Muka abah n umi Muja seiras. Ini entri jujur..hihi.. Kak ayu x dpt kad muja yg comey tu. Hopefully nati kito buleh jupo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH kak. doakan ada sbb2015 dan muja boleh datang k :D

      Delete
  3. whoaaa... planning yang bagus nie...yang bestnya siap sempat singgah kat TIMES SQUARE.... so lepas ni boleh teruskan entry bersiri pasal SBB ni yea....

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat jumpa dengan blogger lain. :)

    ReplyDelete
  5. bestnye dapat pegi SBB! jeles ahkak :p

    ReplyDelete
  6. Huiyooo naik kapal terbanggggg la .... tak terlawannnnn blogger lain .... hebak hebak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan je hh sebab masa tu nis pun nak gi kl :D

      Delete
  7. bestnya... ini event jemputan ka?

    http://myartcrafting.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. salam kenal. tak sempat berkenalan aritu

    ReplyDelete
  9. fuh jauhnya dia datang. apa2pun kagum dgn kesungguhan datang dari jauh :)

    ReplyDelete
  10. I am one of yr blog admirer okayh...
    best baca entri muja yg santai nih. Akak nk wat santai2, slalu jadi skema. Huhu
    Entri SBB akak dok terderaf lagi. Banyak nk kongsi. Tp tunggulaa... lps habis exam la kowt baru edit

    ReplyDelete
  11. tak sempat nak mengarang pasal SBB lagi ni..hehe

    ReplyDelete
  12. kau bawa ku terbang tinggi berjalan ke kuala lumpur dengan impian dan harapan. ehh, apa aku tulis ni? hahah. apartment tu best la. nak pergi gak ah gn member. :D

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum muja, wahh bestnya. jauh korang mai. sheila yang dekat ni tak dapat mai pun. heee ~~~

    ReplyDelete
  14. Alolo.. merajuk ke muja tuu.. perenggan akhir tu. . Kehkeh.. jan la majuk2.. =D

    ReplyDelete
  15. rindu pulak tgk airport ismail petra tu..
    huhuhu..
    tunggu next entry..
    lagi pnuh gambo nnti.
    hehe.

    ReplyDelete
  16. nak jugak kad muja..hikhik.. ^_^

    ReplyDelete
  17. itu punya kaki siapa muja.krikkk3

    ReplyDelete
  18. Terbaca orang tua beri lampu hijau cari jodoh dikalangan blogger. Sudah jumpa? :-)

    ReplyDelete
  19. baru nak menyinggah jenguk muja...hehehe

    ReplyDelete
  20. syok la kan duk homestay yang cun tuh... naik kapatebang lagi... hebakkk!!

    ReplyDelete
  21. Mcm mana nak book bilik kd sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD