Projek Inovasi Pengajaran PISMP Semester 4- Game I'm Lost!

Projek Inovasi Pengajaran PISMP Semester 4 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sudah hampir tamat percutian selama seminggu barulah terasa nak update blog dengan jayanya. Mmm. Mungkin beliau sudah sampai Johor di saat aku menulis ayat ini. :'(

Semasa semester 4, pelajar PISMP akan belajar subjek Seni Dalam Pendidikan. Ia termasuklah seni lukis, seni muzik, seni tari. Semualah. Tapi korang tak perlu pun jadi Picaso, Michael Angelo, and even Miley Cyrus. Setakat buat Big Book tu tak delah susah sangat kot.

Jadilah diri sendiri sebab kita akan belajar yang asas je. Paling tidak pun kena hafal berapa jenis seni lukis, pualaman, tekapan, yada yadaa. Seriously aku tak hafal lagi.

Perkataan inovasi kedengaran sangat menakutkan, betul tak? Sebenarnya tak pun. Pensyarah cakap, inovasi ni berlaku walaupun kita hanya melakukan sedikit penambahbaikan daripada barang sedia ada. Sikit pun ok. Asalkan bukan seratus peratus hasil ciplak karya orang lain.

Be a little creative even though you are just like me, the not-creative-but-only-a-little-creative one. -_-

Contohnya.
Daripada Sahiba yang menggunakan huruf-huruf, korang tukarkan menjadi nombor-nombor.
Daripada Monopoli yang menggunakan bank, korang tukarkan jadi ar-Rahnu
Daripada Barbie Doll korang tukar jadi Pendekar or ninja or whatsoever.. 
It is all up to you! Ain't fun to be able to do whatever you wanna do? :D

Done with all the tips. Sekarang aku nak show off kat korang hasil Projek Inovasi Pengajaran yang kitorang jalankan. Terdiri daripada aku, syanim, bahij dan yana.

Kami namakan game ni I Am Lost! Tagline sikit,'Help Me!!!!!' Sila baca macam Hannah Montana dalam kesusahan. Sounds better right? Hahaha

projek inovasi, inovasi dalam pembelajaran, inovasi dalam pengajaran
Kotak untuk simpan.
Kami guna konsep Jumanji untuk permainan I'm Lost ni. Perjuangan untuk sampai ke Home. Tapi kami gantikan dadu dengan sekeping CD untuk menentukan giliran pemainan.

Setiap pergerakan didahulukan dengan soalan bahasa Inggeris. Setiap kesalahan pula kami sediakan hukuman. Boleh dimainkan oleh beberapa orang. Memang seronoklah senang cerita. :D

inovasi pengajaran, projek inovasi, inovasi pembelajaran
Cover depan
Walaupun nampak macam biasa-biasa je, kami memang luangkan banyak masa untuk buat benda ni. Nak fikirkan cara bermain dan masukkan elemen pembelajaran, nak fikirkan penambahbaikan, cara mengatasi kelemahan lagi. Fuuuh. 

Sape kata yang proses menghasilkan alat bantu mengajar ni senang???

projek inovasi, inovasi pengajaran, inovasi pembelajaran, alat bantu mengajar
Isi dalam
Yang paling aku suka pasal permainan berinovasi kami ni mestilah dari segi penggunaan warna dia. Warna warni. Warna terang. Entahlah. Aku suka warna. Tu je.

I guess young learners pun suka warna gak. Penting k untuk masukkan elemen warna ni. Baru boleh tarik perhatian murid-murid nanti.

Di bawah ni pula, sambungan daripada entri Bina Insan Guru hari tu. Ada satu aktiviti yang macam bina bangunan guna straw. Bangunan yang dapat menampung paling banyak buku jadi pemenang.  Tetiba cikgu dengan murid jadi arkitek. Cool isn't it?

Aku suka sangat aktiviti hand on ni. Bina kreativiti, tak bosan, menarik, boleh buat ramai-ramai. Ramai cikgu yang termasuk aku of course, merasakan benda macam ni buang masa, padahal murid-murid lebih belajar dengan aktiviti macam ni.

projek inovasi, inovasi pengajaran, inovasi pembelajaran, alat bantu mengajar, semester 4 pismp
Hasil binaan para murid SK Kampung Tengah
projek inovasi, inovasi pengajaran, inovasi pembelajaran, alat bantu mengajar, semester 4 pismp
Bangunan kumpulan aku. Cukup kuat untuk tampung kalau tak silap 3 buah buku. :D
Inovasi sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran sebab masa sentiasa bergerak. Dulu cikgu mengajar guna kapur je, sekarang dah ada projektor. Dulu pelajar cukup takut dengan cikgu, tapi sekarang ada cikgu yang dah jadi kawan baik pelajar.

So, situasi yang berbeza memerlukan kita sebagai guru melakukan inovasi. Eceyh, terus rasa macam cikgu dengan 10.78 tahun pengalaman. Kalaulah aku ada azam untuk buat projek inovasi, ribu jugak hadiah tu.

Sebelum aku jadi cikgu yang lebih-lebih lagi berlagak, chow sin chi. Wassalaam. :D


Comments

  1. macam ni rupanya jadi cikgu..syok jugak kene pikir macam2 ..hee

    ReplyDelete
  2. Alat bantuan mengajar tu yg leceh sikit kan. Budak2 mmg sgt perlukan warna warni bg tarik perhatian. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. leceh tp nnti kalau muja nak buat.. muja buat ngan students kot.. heee

      Delete
  3. Kreatif. Sesuatyu yang tidak dijangkakan. Kalau dipupuk boleh membina masyarakat yang berinovasi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD