Debaran Tahun Akhir Pelajar TESL PISMP Ambilan 2013

Debaran Tahun Akhir Pelajar TESL PISMP Ambilan 2013 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun-tahun terakhir aku di IPGKKB bukanlah yang terbaik. Sama sejarahnya dengan masa aku di sekolah menengah. First few years, aku menyerlah. Last few years ni, aku malap. Momentum aku tak berapa hebat. Ketahanan lemah.

Terpaksa relalah aku bersetuju yang hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar. Tak selama di atas, tak selamanya di bawah. Sekarang, aku anggap aku di bawah. Aku masih bersyukur dengan kedudukan aku. Cuma, aku masih berharap boleh jadi macam Muja yang dulu. Yang bijak lebih sikit.

Dari atas, dari kiri
Muja, hakim, arip, bahij, naim, jiji, azmeer, alang
qaiyah, ain, syanim, yana, ju, mirah
diah, ada, mimi, fizah, an, khalida, buvana

Bila menghampiri tahun terakhir, makin berdebar pula aku. Kenangan praktikum tahun ni bukanlah kenangan yang baik. Sampai tahap aku berasa tidak layak menjadi cikgu. Setiap kali kena observe, aku sentiasa kena kritik. Sini salah situ salah. Bila baiki part ini, part itu pula salah. Aku rasa malu. Aku rasa rendah diri. Aku rasa tak confident. When all mixed up, rasa unbearable pun ada. :'(

susunan sama dengan masa masih pelajar persediaan

Banyak kali aku tertanya-tanya, orang lain sama ke macam aku? Rasa bodoh macam ni? Kenapa mereka nampak tenang sahaja? Padahal, ada yang dapat observation mengejut, lesson plan tak buat. Ada yang hantar assignment lambat. Ada juga yang secara tak sengaja mengecilkan hati lecturer untuk melindungi diri sendiri. Tapi, kenapa aku rasa aku je yang tertekan sepanjang masa?

semua pose unik. kih3

Debaran tahun akhir ni sungguh luar biasa. Aku akan tamatkan pelajaran sebagai seorang isteri. Macam-macam boleh berlaku dalam setahun. Macam mana kalau termengandung? Nak risau pun aku rasa berdosa, aku siapa nak takut Allah nak bagi rezeki? Allah kan the best Planner.Macam mana kalau aku tetiba ada masalah pape, kalau tertekan? Kalau pelajaran terjejas? Nauzubillah. 

tak banyak yang berbeza kan? kih3

Aku yakin! Allah akan berikan yang terbaik untuk aku. Malah lebih baik sebab aku dah berkahwin. Dah jadi isteri. Bukankah berkahwin juga satu cara menjemput rezeki? Kalau dulu doa umi abah je, sekarang semua sudah berganda. Dapat ganjaran ibadah sebagai isteri. Dapat doa daripada seorang suami. Pakej sekali dengan doa ibu bapa mertua. Insya Allah. Hikmah itu ada. Aku yakin! 

Tahun depan, ada 3 bulan lagi praktikum. Praktikum fasa 3, fasa terakhir. Aku harap, 
  • Allah akan jadikan aku pelajar yang mampu memberi fokus di dalam kelas dan rajin belajar di luar kelas
  • Allah akan takdirkan aku dengan supervisor yang saling memahami supaya aku mampu merancang kelas dan mengajar dengan cara yang beliau suka
  • Allah akan kurniakan aku dengan kreativiti yang aku boleh tonjolkan pada superisor supaya aku dapat buktikan aku layak jadi cikgu
  • Allah kurniakan aku dengan kesabaran yang maha hebat supaya aku boleh bersabar dan bertahan dengan murid-murid baru di sekolah baru
  • Allah akan bantu aku menyiapkan assignment dengan paling lengkap, paling hebat, paling baik supaya aku dapat kejayaan first class honours
  • Allah akan berikan semua yang terbaik untuk aku sebagai seorang hamba Allah. Sentiasa menjadi lebih baik setiap hari.
Insya Allah, aku akan di atas balik selepas ni. Korang yang baik hati, mohon doakan aku juga k.Amiin. Ya Rabbal Alamin.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD