SkinTrends- Skincare Terbaru FCC Yang Dijamin Halal Dari Turki

SkinTrends-Skincare Terbaru FCC Yang Dijamin Halal Dari Turki | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Farmasi Color Cosmetics atau FCC memang terkenal dengan produk kosmetik halal dari Turki. Lipstick, bedak, eyeshadow, bb cream, eyeliner dan cc cream. Semua lengkap. Selain produk mekap, skincare pun ada.

Dari dulu aku selalu meleleh air liur jelah nakkan produk dorang. Student lagi kan. Bajet ciput. Padahal, harga produk Farmasi ini memang ok sangat dah. Sekarang, Farmasi ada keluarkan produk penjagaan kulit wajah terbaru. Sapa paling excited??? Me!

Farmasi Colour Cosmetics- Kenapa Ia Jadi Pilihan?


Kebanyakan produk skincare yang ada di pasaran tiada jaminan halal. Sebab tu ramai yang beralih kepada produk Farmasi dari Turki ni. Produk Farmasi dijamin halal dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kecantikan. Ia dieksport sehingga ke 118 buah negara! Seronok sangat aku bila berpeluang mencuba rangkaian Farmasi SkinTrends for Oily and Combinatin Skin ni. :D

Farmasi SkinTrends Phyto-Biotics Acai Technology - 3 Set Berbeza Mengikut Jenis Kulit


Farmasi SkinTrends adalah produk penjagaan wajah terbaru daripada Farmasi Colour Cosmetics dengan kebaikan acai beri. Ia didatangi dengan 3 set produk penjagaan wajah untuk jenis kulit yang berbeza. Jadi, kita boleh pilih set yang paling sesuai dengan jenis kulit. Of course sangat sesuai untuk kulit orang Asia dengan cuaca yang agak ekstreme sekarang. Jaga baik-baik.

farmasi colour cosmetics, skintrends, farmasi skintrends, fcc, produk kecantikan halal
Farmasi SkinTrends, skincare lengkap, sesuai untuk semua jenis kulit.

1. Kulit normal (biru)
2. Kulit kering dan sensitif (pink)
3. Kulit berminyak dan kombinasi (hijau)

Dalam setiap set, akan ada 3 produk iaitu purifying gel, purifying toner dan daily cream. 3 produk ini memang lengkap untuk penjagaan kulit wajah supaya kekal bersih, segar dan sihat. Percayalah.

skintrends, farmasi colour cosmetics, produk kecantikan untuk kulit berminyak
Farmasi SkinTrends with Acai Berry for Oily and Combination Skin

Farmasi SkinTrends for Oily and Combination Skin yang berwarna hijau memang sangat sesuai untuk aku sebab kulit aku jenis berminyak. Korang yang rasa macam kulit berkilat dan berminyak, silalah guna set hijau ni. Boleh #teamhijau sesama dengan aku. Aku dah cuba. Memang terbaik!  :D

1. Farmasi SkinTrends Purifying Gel for Oily Skin- Kulit Jadi Bersih, Segar dan..


farmasi, skintrends, fcc, purifying gel, farmasi colour cosmetics, farmasi skintrends

mekap pun hilang semua!!!!

Kelebihan SkinTrends Purifying Gel,
  • membersihkan kulit secara mendalam dengan lembut
  • menghapuskan minyak dengan memberikan kesan matte
  • meningkatkan ketahanan kulit

Honestly, dah macam-macam jenis pencuci muka yang aku dah cuba. Ada satu je ciri pencuci muka yang jarang jumpa. Pencuci muka yang boleh bersihkan muka sekali dengan mekap! Selalunya, lepas aku balik sekolah, memang aku guna makeup remover dulu, baru cuci muka. Terpaksa walaupun malas. Dah macam tu pun, kesan eyeliner still tak hilang! Mascara apetah lagi. Pffttt!!!

farmasi, farmasi colour cosmetics, fcc, skintrends, produk untuk kulit berminyak
Bau sedap, buih banyak, bersih sangat. Pencuci muka yang sempurna.

Nasib aku baik. Purifying Gel dari FCC ada. Pencuci muka ini dalam bentuk gel berwarna jernih. Tak pekat sangat, tak cair sangat. Berbuih, tapi tak terlalu banyak. Kalau buih banyak sangat boleh keringkan kulit jugak.  Bau lembut dan sedap. Roommate aku pun cakap camtu. Semua sedang-sedang.  Kulit pun jadi lembut dan segar. Tak rasa tegang atau kering pun lepas guna.

Yang paling bestnya, bila aku guna FCC Purifying Gel nih, semua mekap pun hilang serta merta! Jimat duit beli make up remover. Kena cuba dulu baru korang percaya.

2. Farmasi SkinTrends Purifying Toner for Oily Skin- Elakkan Pori Muka Terbuka  


skintrends purifying toner, farmasi colour cosmetics, produk halal turki
Menyegarkan kulit seadanya.

Kelebihan SkinTrends Purifying Toner
  • menghilangkan lebihan kotoran
  • mengecilkan lubang pori pada muka
  • kesan matte untuk kulit kurangkan kulit berminyak
Selain pencuci muka, toner juga penting dalam langkah penjagaan kulit. Apabila kita membersihkan kulit, pori terbuka. Jadi, jangan sesekali lupa untuk guna toner selepas itu untuk menutup kembali liang pori. Barulah tak masuk kotoran, habuk dan hama. Tak tersumbat. Lepas pakai toner, kulit rasa lembap dan segar. Satu lagi, toner akan buat mekap tahan lebih lama.

Satu jelah. Aku ni jenis pakai toner tak guna kapas muka. Rasa membazir kapas dan toner yang melekat pada kapas. Selalu letak atas tapak tangan, tepuk-tepuk kat muka. Bila mulut botol jenis yang macam sekarang ni, bila tuang, cecair toner meleleh kat tangan. Kalau muncung dia tu buat jenis tekan atau tirus sikit, lagi senang hidup aku. Jadi, lepas ni aku memang kena guna kapas muka. T_T

3. Farmasi SkinTrends Daily Cream for Oily Skin- Kesan Matte Untuk Elak Kulit Berminyak


skintrends daily cream, farmasi colour cosmetics, fcc, farmasi skintrends

Kelebihan SkinTrends Daily Cream
  • bersifat antioksidan untuk awet muda
  • metabolism sel yang tinggi
  • menghidratkan kulit dengan cepat

skintrends untuk kulit berminyak dan kombinasi, fcc, farmasi
Best sungguhlah kamu nih!

Biasanya, kalau aku nak pakai mekap, aku akan mengelak untuk pakai krim siang sebab banyak yang yang jenis berminyak! Dah la muka aku memang berminyak. Tambah-tambah kalau dah sampai tengah hari. Memang annoying. Muka berkilat. Padahal, krim siang penting. Tambah-tambah kalau yang ada spf. Tu yang aku selalu pilih krim siang dengan fungsi foundation sekali gus. 

Dengan SkinTrends Daily Cream, kulit berkilat memang kurang sebab ada kesan matte. Dia juga berfungsi sebagai moisturizer. Nak elak kulit jadi kering, tapi pada masa yang sama tidak berminyak. Siap ada SPF15 untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari. Aku ada tanya Fariena, 'Berminyak tak muka aku?' Dia cakap tak. Dia ni jenis jujur sikit. Tu yang aku tanya dia. Terbuktilah memang daily cream dari FCC memang dah kurangkan kilatan muka aku nih. Yahoo!!!

Thank you Farmasi Color Cosmetics!


Cantik tak planner dari FCC ni? Hehe

Cuba Farmasi SkinTrends Sekarang!


Belum cuba, belum tahu. 

Orang kata, belum cuba belum tahu. Untuk mereka yang sedang mencari produk penjagaan wajah yang selamat dan berkesan, aku sangat recommend Farmasi SkinTrends. Terutamanya set hijau. Sebab aku dah guna. Nak tahu lebih lanjut?

Check Instagram @fccmalaysia @fccmalaysia @fccmalaysia


Jangan lupa follow! Manalah tahu ada giveaway ke, promosi ke, clearance sale ke. 
Manalah tahu rezeki kita. Jangan lupa doa. Manalah tahu bangun esok terus cantik. 
Amiin. Wassalaam.

#FCCSkincare #FCCMy #FCCSkinTrends #FCCSkinImpact

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD