Tasneem Naturel Balm- Set Lengkap Untuk Keselesaan Bayi Kita

Bantuan Kecemasan Untuk Bayi Kita- Tasneem Naturel Balm | Assaalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku percaya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Yelah, bukan senang nak keluarkan seorang bayi daripada rahim ibu selepas dekat dengan 10 bulan dikelek ke sana ke mari dalam perut. 

tasneem naturel, baby balm, balm bayi, anak selesa

Bagi seorang ibu, keselesaan bayi mereka sentiasa berada pada ranking nombor 1. Kalau tidur, kena lena. Kalau makan, kena kenyang. Kalau mandi, kena bersih. Pendek kata, semua yang terbaik untuk anak kita sampai kita lupa, ada masanya, anak akan sakit perut, demam, dan selesema. 

No, it is not our fault at all. So, don't waste out precious time blaming ourselves but, spend the time to find the cure. Kalau tak boleh pulihkan cepat, sekurang-kurangnya boleh memberikan kelegaan segera kepada anak. Kita kena selalu sedar yang anak kita manusia biasa. Biasalah kalau sakit demam or kembung perut. Antibodi belum kuat. Sistem pencernaan pun belum sempurna.

TASNEEM NATUREL BABY BALM- ANAK SELESA, IBU GEMBIRA


tasneem naturel baby balm, cara bayi selesa
Suka sangat dengan packaging Tasneem Naturel Baby Balm. Cute and sweet!

Dengan kesedaran inilah, Tasneem Naturel Baby Balm dihasilkan. Tasneem Naturel mempunyai 4 jenis balm untuk setiap keperluan bayi pada masa yang berbeza-beza. Tasneem Naturel Baby Balm adalah produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak (Essential Oil) yang asli untuk kegunaan bayi sehingga golongan dewasa. Jadi, namanya sahaja Baby Balm, mak baby, abah baby, abang dan kakak baby pun boleh guna keempat-empat jenis balm mengikut keselesaan dan kesukaan masing-masing.

cara membuat anak selesa
Tengok kotak, terus rasa nak simpan sampai bebila.

Mahunya tak comel kalau letak baby pics macam ni? #fallinginlove

Yang paling aku suka dengan balm daripada Tasneem Naturel adalah baunya yang sangat wangi serta tidak memanaskan macam minyak yang selalu kita guna.

1. Tasneem Naturel Sleep Time


Dalam sehari, bayi akan meluangkan masa paling lama untuk tidur kerana pertumbuhannya adalah paling pesat dalam tempoh setahun yang pertama. Jadi, tidur yang berkualiti sangat penting. Bila tidur cukup, mood anak akan ok. Kalau tidurnya terganggu, anak akan cranky, menangis dan nampak tak happy sebab dia rasa tak selesa.

Dengan Sleep Time Balm, kita boleh membantu anak yang susah tidur. Ia mengandungi essential oil yang dapat seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Malah memberikan tidur nyenyak dan berkualiti. Sapu di kaki, belakang telinga, pergelangan tangan dan ubun-ubun.

  • Bantu anak tidur lena
  • Bantu anak supaya mudah tidur
  • Bantu anak bangun dalam mood ceria
  • Memberi tidur berkualiti 

Cara guna:

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan 

Ramuan: 

100% dari Essential oils, Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang, Lavendar, Cedarwood, Vetiver, Orange, Rose, Rose Geranium, Frankincense, Roman Chamomile

Testimoni:



2. Tasneem Naturel Tummy Time

Selain tidur, kesihatan perut bayi juga perlu dititiberatkan sebab sistemnya yang baru nak berkembang sangat sensitif. Salah susu, kembung. Terlebih susu, kembung. Silap cara menyusu pun boleh kembung perut juga. Mak tersilap makan pun, boleh kembung.

Perut baby memang sangat sensitif dan senang masuk angin yang akan menyebabkannya kurang selesa. Dengan Tummy Time Balm, tiada lagi masalah. Balm ini membantu anak yang mengalami masalah perut seperti kembung, sembelit, cirit birit. Ia bertindak sama macam minyak telon atau minyak yuyi.

  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu
  • Bantu melegakan kembung perut 

Cara guna:

  • Sapu pada perut dan tapak kaki  

Ramuan:

  • 100% Essentials oils
  • Tambahan bahan: Lavendar, Peppermint, Tangerine, Fennel, Tarragon, Ginger, Juniper, Anise, Patchouli, Wild mint, Patchouli, Lemongrass, Anise

Testimoni








3. Tasneem Naturel Calm Time


Satu kelebihan Tasneem Naturel yang memang jelas adalah bau dia. Semua balm mempunyai bau yang sangat wangi dan menenangkan. Tambah-tambah lagi kalau yang Calm Time sebab dia ada lavender. Lavender kan terkenal sebagai bunga yang mempunyai ciri aromaterapi.

Calm Time mempunyai bau yang boleh membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan tantrum, mengamuk atau menangis tanpa henti. Kalau nampak macam anak susah sangat nak berhenti tantrum, sapu saja Calm Time. Insya Allah, perlahan-lahan anak akan lebih tenang.



  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Bantu anak lebih tenang

Cara guna:

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.

Ramuan: 

100% dari Essential oils. Tambahan bahan : Lavendar, Ylang ylang, Roman Chamomile, Frankincense, Bergamot, Orange, Rose, dan Rose Geranium

Berat: 18 gram· Memberikan keselesaan kepada bayi

Testimoni




4. Tasneem Naturel CoughFlu Time


Selain daripada sakit kuning dan suka menangis (tak tahu punca sebenar, mungkin sakit perut) masa mula-mula lahir dulu, Nazhan memang jarang sakit. Masuk je 5 bulan umur dia, tetiba terkena batuk selesema. Mungkin sebab dia minum susu sejuk dari peti ais. Aku kan EP Mom.

Takut juga kalau dia buat hal bila hidung tak selesa. Alhamdulillah, dia masih nyenyak tidur bila aku sapukan Tasneem Naturel Cough-Flu Time. Kalau bangun pun, bangun nak menyusu jela.


  • Bantu kurangkan selesema dan cairkan kahak
  • Bantu melegakan asthma
  • Mengurangkan suhu ketika demam

Cara guna: 

Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada

Ramuan: 

Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

Is Tasneem Naturel Baby Balm Nik-Muja Approved?



Definitely YES! Pertama, ramuan semulajadi yang digunakan menghilangkan rasa ragu-ragu tentang keselamatan produk. Lepas guna pada Nazhan, alhamdulillah tak timbul merah-merah ke, ruam ke. Jadi, aku rasa yakin nak gunakannya pada anak.

Kedua, aku sangat suka keempat-empat bau balm. Jadi, bolehlah aku guna ikut mood. Tak semestinya tak sakit perut, tak boleh apply T Rub. Calm Time pula boleh juga digunakan masa tidur. Tenang sepanjang malam. Betul tak?


Ketiga, balm ini memberi keselesaan tanpa menyebabkan rasa panas. Tak seperti minyak bayi yang lain, balm ini memberikan sensasi minty sikit, tapi tak panas. Memang sangat selesa.

Keempat, balm ini sangat efektif terutamanya kalau digunakan mengikut jenis yang betul dan cara yang disyorkan.

Kelima, boleh digunakan seisi keluarga. Jimat duit nak beli Vaseline atau Minyak Cap Kapak. Guna je Tasneem Naturel Baby Balm. Kongsi dengan anak. Kih3

Dapatkan Tasneem Naturel Baby Balm Untuk Menjamin Keselesaan Anak Kita



Jangan lupa dapat keempat-empat baby balm by Tasneem Naturel ni tau. Memang berbaloi sangat sebab kita akan ada balm yang sesuai untuk setiap keadaan dan mengikut situasi. Kalau nak order, bolehlah refer di bawah.

Alamat:
Tasneem Naturel Network
15-1, Jalan Putra Kajang, Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor.

Hotline:
011-20964665 (ORDER)
010-8453469 (DAFTAR AGEN dan STOKIS)

Media Sosial:

Selamat mencuba. Semoga ibu bapa semua mendapat hasil yang diimpikan daripada produk berkualiti Tasneem Naturel. Insya Allah. Wassalaam.

Comments

  1. Best balm ni. Laaa ni anak demam, nasiblah ada balm ni.

    ReplyDelete
  2. seronoknya tengok baby tido lena :)

    ReplyDelete
  3. Bonde dah jatuh cinta dengan balm tasneem sleep time. Melegakan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD