Boleh Ke Kita Berdoa Benda Yang Kita Tahu Allah Tak Suka?

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lately, memang kehidupan agak haywire. Anak semakin tak boleh berenggang. Nak mengempeng sahaja. Bila nak balik kampung, ada saja masalah. . Aku terlalu rindu pada keluarga yang dah lama sangat tak berpandangan mata. Dan yang paling penting, rasa rendah diri yang makin lama makin menikam jiwa.

Ada benda yang buat aku rasa worthless sangat. Rasa teruk sangat. Rasa tak berguna sangat. Rasa hodoh, rasa hina, rasa nak lari. Rasa yang aku risau, lama-lama boleh buat aku jadi gila. Dah bertahun-tahun mencuba, tapi masih rasa serba tak kena. Sampai bila? Sampaikan setiap hari aku berdoa benda yang tak sepatutnya. Benda-benda yang aku tahu Allah tak suka. Tapi, aku tahu. Setiap kejadian, ada hikmahnya.

Aku tahu, kalau termakbul pun doa itu, akan buat banyak hati yang hiba. Tapi otak aku kata, inilah yang aku mahukan, inilah yang aku ingin pinta. Mungkin hiba itu lebih baik daripada aku terus melakukan perbuatan doa. Salah ke aku meminta yang tak sepatutnya? Kalau salah, aku harap Allah tak kabulkan dan aku tahu Allah juga tahu kenapa itu yang aku impikan. Kalau tak salah, aku harap Allah kabulkanlah cepat-cepat supaya aku boleh keluar daripada situasi yang aku dah tak sanggup nak berada di dalamnya.

Moga-moga tidaklah sibuk Malaikat di bahu kiri mencatatnya sebagai dosa. 

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD