Sampai Bila

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Penat sungguh jadi manusia
Tak boleh cakap tak mengeluh, sebab terlajak terang tersangat nyata
Kalau tak, sekarang ni kau tengah buat apa?
Penat sangat tu sebab tertanya-tanya
Semua ni akan bertahan, sampai bila?

Ingat tak impian yang tak tercapai sejak dahulu kala
Alaaa, yang kau cakap nak buat apa sahaja yang kau suka
Masa masih belajar, cakap nak tunggu time dah keje
Dah keje lama, tunggu naik pangkat pula
Sampai bila nak postponenya
Tangguh punya tangguh, eh, aku dah tua!

Jom masuk bab kerja
Motivasi, semangat, tak de
Pagi-pagi lagi dan bangun, pergi ke tempat kerja
Hari-hari rasa tak perform dalam kerjaya
Rasa tak boleh nak buat seperti yang sepatutnya
Tak kerja karang, tak dapat gaji semua
No gaji, no duit, nak beli makanan dengan daun ke?
Bukan nak nafikan rezeki Allah, memang wajib ada untuk setiap hambaNya
Tapi rezeki datang dengan pengantara, kerja dan usaha
Kemudian tawakkal tidak dilupa

Dengan pasangan pula
Tak pernah rasa faham each other
Hari hari kecewa, hari hari air mata
Katanya, dua dua cinta
Angan-angan nak masuk syurga sama-sama
Tapi... malas nak cerita, cuma
Bagitahulah saya
Nak tunggu rasa betul-betul bahagia itu sampai bila?
Satu masa, bila dua-dua saling menerima

Kuat dengan mengenang semua kebaikan yang ada
Kerana yang baik-baik itu selalu dilupa
Apakan daya terlupa itu sifatnya kita
Payah tapi teruskan mencuba
Cuba untuk ingat sentiasa
Yang baik lebih banyak sebenarnya
Kita je, Terlupa IBLIS punya angkara

Tahun ini aku tak kira, 
Macam-macam mana aku nak jadi lembut dalam berkata-kata
Lembut gigi daripada lidah pun tak apa
Dengan anak-anak aku terutamanya



Nazhan, Nazeem dan yang lain kalau ada
Kerana merekalah Yang Terpaling Kucinta
Di dunia membawa ke akhirat sana

At the end of the day, kita manusia
Hanya mampu merancang, yang tentukan Dia
Kita doa, usaha, tawakal sahaja
Yakin dengan rancangan Dia yang pastinya lebih baik untuk kita

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD