Cara Aku Uruskan Duit Supaya Cukup Sampai Hujung Bulan

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lepas pandemik Covid-19, satu dunia struggle untuk keluar daripada krisis ekonomi. Ada negara yang sampai diisytiharkan muflis. Terpaksa meminjam dengan bank dunia. Duit makin murah, barang makin mahal. Gaji tetap sama, komitmen makin bertambah.

Di zaman inflasi, zaman ekonomi meleset, memang tak de cara lain. Nak tak nak, kita kena juga berjimat cermat dalam perbelanjaan. Kat mana-mana yang boleh jimat, kita jimat. Gaji kita ni, masuk akaun kita 5 minit je. Lepas tu, masuk akaun orang lain terus. Yang untungnya, bank jela. Selagi duit kita dalam bank yang sama, selagi tulah dorang kaya.

Cara Aku Uruskan Duit Bagi Cukup Sampai Hujung Bulan


Inilah cara aku menguruskan duit untuk memastikan duit cukup hingga hujung bulan. Sambil itu, kena pastikan ada duit simpanan dan duit untuk kecemasan.

cari duit secara sambilan
Cer dengar aku nak membebel hari ini.

1. Elakkan Membuat Hutang

Harga rumah sekarang memang mahal. Paling paling 100k. Nak kahwin pun mahal. Kalau tak mampu bayar komitmen rumah, tiada salahnya untuk kita menyewa. Tiada salahnya majlis yang sederhana. Tak perlu rasa tergopoh-gopoh nak beli rumah, nak majlis extavagant, sampaikan dapur tak berasap, baju tak bertukar. Asalkan ada bumbung atas kepala, perut kenyang. Alhamdulillah. Cubalah sebaik-baiknya untuk mengelakkan daripada berhutang untuk perkara yang tidak perlu.

jalan-jalan secara percuma
Perangi perangai suka berhutang!

Tak dinafikan, semua orang ada impian untuk tersendiri. Tapi, kita kena sabar. Rancang betul-betul. Paling penting ukur baju di badan sendiri.

2. Bayar Komitmen Sebaik Sahaja Dapat Gaji

Sebaik sahaja dapat gaji, terus bayar komitmen bulanan termasuklah zakat, sedekah, rumah, kereta, sewa rumah, insurans, hibah, dan sebagainya. Duit minyak kereta pun, aku selalu masukkan terus dalam aplikasi Setel Petronas. Takut terlebih belanja, minyak kereta tak berisi. Tak lupa juga, aku bukakan akaun di SSPN untuk pembelajaran kolej anak-anak. Kita tak tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Baik kita sediakan payung sebelum hujan. Cara menyimpan untuk masuk kolej ada di SavingsCalculator.Org kalau korang nak kira untuk diri sendiri dan anak-anak.

pakai baju murah dari muaz

Penting untuk kita setelkan hutang sebelum berbelanja untuk diri sendiri sebab membayar hutang itu wajib. Keperluan sendiri kita boleh ejas semula. Bila komitmen dilunaskan, otak pun tak serabut. Kan?

3. Main Kutu dengan Orang Yang Dipercayai

Tahun 2022 merupakan tahun kedua aku main kutu dengan kawan satu sekolah. Selain bayar untuk diri sendiri, aku tolong pula bayarkan untuk kawan aku. Jadi, giliran aku dapat untuk aku. Giliran dia pun dapat untuk aku. Bila bayar untuk kawan, bila aku terdesak, boleh minta duit dengan dia. Tapi pastikan orang tu orang kepercayaan tau. Jangan main bayar je.

Sebelum main kutu, korang boleh kira kemampuan kewangan di SavingsCalculator.Org juga so that korang boleh tentukan berapa korang mampu bayar untuk sebulan.

4. Buat Tabung Dalam Akaun Maybank

Kalau rasa tak nak main kutu dengan orang, main kutu dengan MAE Maybank. Untuk pengguna Maybank, jangan lupa untuk buat tabung. Aku cadangkan namakan tabung Kecemasan, Holiday, Kesihatan dan Miscellaneous. Tabung MAE boleh setkan target, tetapkan jumlah untuk disimpan setiap bulan untuk capai target, dan membuat potongan secara automatik daripada akaun ke tabung.

Elakkan selalu tengok tabung untuk mengelakkan rasa nak keluarkan duit tabung untuk beli barang yang tak diperlukan.

5. Masak Di Rumah

Walaupun kita tak rasa sangat, masak dan makan di rumah MEMANG memberi kesan besar dalam kewangan kita. Kalau habis RM100 untuk barang dapur di pasaraya, insya Allah boleh tahan seminggu. Kalau di kedai, dalam 3 hari pun dah lebih rasanya. Jadi, boleh nampaklah mana yang lebih menjimatkan, betul tak?

makan di rumah untuk berjimat

Tapi, kalau sekali sebulan untuk self reward rasanya tiada masalah.

6. Luangkan Hari Cuti Secara Percuma


Hari percutian tidak semestinya memerlukan modal yang besar. Kita masih boleh meluangkan hari cuti bersama anak-anak dengan modal yang minimum. Malah, ada juga yang boleh dilakukan secara percuma. Di Malaysia, kita dikurniakan dengan banyak kawasan pantai dan air terjun yang boleh dikunjungi secara percuma. Paling koman, bawalah anak-anak bermain di taman permainan dan taman bunga berdekatan. 

bercuti secara percuma

7. Jaga Kesihatan Dengan Lebih Baik


Tanpa kita sedari, menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin adalah antara cara berjimat cermat yang paling berkesan. Apabila kita sentiasa makan dengan seimbang dan bersenam secukupnya, kita sebenarnya sedang menjimatkan duit daripada membeli jajan dan makanan segera yang tidak kurang mahalnya, serta mengelakkan duit habis untuk ubat-ubatan yang sangat mahal apabila kita menghidapi sebagai penyakit.

cara isi masa semasa cuti sambil berjimat

Nampak tak? Kan betul aku cakap. :D

Jom Guna Duit Dengan Bijak Secara Berjemaah

Aku rasa, benda yang aku senaraikan ni benda asas sahaja. Yang penting, kita kena mampu membezakan kehendak dan keperluan dan berpegang teguh dengan prinsip keperluan adalah PALING PENTING. Kehendak boleh ditangguhkan sehingga keadaan mengizinkan. Aku anggap benda yang aku tulis ni secara peringatan sebab sifat manusia memang senang lupa. Mana-mana yang korang rasa boleh apply, silalah apply sebab semua yang tersenarai ni aku rasa memang mampu dibuat oleh semua orang. Kata orang, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. 

cara urus duit lepas covid 19

Semoga blogpost kali ini memberi manfaat untuk diri aku sendiri dan semua yang membaca. Amiin.

Comments

  1. Terbaikkkk....👍👍👍

    ReplyDelete
  2. Amat bermanfaat anakanda ...perancangan & perbelanjaan secara berhemah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika