Eskayvie Mindtropic Bantu Kurangkan Stres Dan Kemurungan Melampau

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tidak dinafikan ramai yang terkesan dengan kos hidup ketika ni dek kerana krisis ekonomi. Tekanan demi tekanan terpaksa dihadapi kebanyakan masyarakat kita. Ramai yang memilih untuk bekerja lebih masa bagi menampung diri dan keluarga. Realiti yang menyedihkan ini jika tidak diuruskan, akan membawa kepada pelbagai masalah-masalah lain.

Hal itu sekaligus boleh menjejaskan kesihatan mental. Bukan seorang dua tetapi ramai yang akan terkesan. Kes bunuh anak bini, bunuh diri disebabkan tekanan. Inilah puncanya!

Menurut Hello Doktor, tekanan ini bermula daripada masalah kurang tidur yang menjadi punca kepada permasalahan kesihatan mental ini.

Kurang tidur pun boleh jadi gila? Ya!

 











Antara kesan kurang tidur adalah ia boleh menjejaskan kesihatan emosi. 

Apakah keburukannya?

1. Mudah Lupa

Sekali atau dua kali terlupa tidak mengapa. Namun, apabila ia selalu sangat berlaku, anda akan lebih tertekan. Sudah la penat, kunci kereta pula tak jumpa. Hal-hal seperti ini nampak kecil tapi jika berlarutan boleh menyebabkan stres yang berpanjangan.

2. Kadar Stres Meningkat

Setiap orang pasti menghadapi keadaan stres dalam hidupnya. Ia adalah perkara normal dan penting untuk manusia meneruskan kelangsungan hidupnya. Jika tiada tekanan, manusia tidak akan berusaha. Namun, kadar stres yang sihat ada hadnya. Jika terlebih, ia akan mendatangkan mudarat, bukannya manfaat. Stres yang melampau juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal. Untuk mengawal stres, tubuh anda memerlukan tenaga. Kurang tidur akan membuatkan tubuh anda gagal mendapatkan tenaga yang cukup untuk mengawal stres yang dialami. 

3. Mudah Marah

Jika rakan anda mengatakan anda kini cepat marah, mungkin ia disebabkan oleh kurang waktu tidur. Dr George Krucik, seorang doktor keluarga, mengatakan bahawa kurang tidur akan menggangu emosi dan membuatkan anda menjadi lebih panas baran.

4. Masalah Yang Ada Menjadi Lebih Parah

Jika anda sedia ada mengalami keadaan kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan atau bipolar, tidur yang tidak mencukupi mungkin akan membuatkan keadaan tersebut menjadi lebih parah. Ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang menunjukkan hubungan antara tidur dan kesihatan mental.

5. Kehidupan Sosial Terjejas

Tidak kira siapa pun anda, kehidupan sosial yang stabil tentunya penting dalam mengekalkan kesihatan emosi. Kurang tidur menjadikan seseorang kurang optimis dan gagal bersosial dengan baik.



 

Tidur Mampu Pengaruh Emosi

Bagi orang dewasa, tidur adalah waktu untuk berehat bagi memulihkan mental dan juga fizikal. Orang dewasa memerlukan waktu tidur 7-8 jam setiap malam. Apabila tidak dapat tidur mencukupi, seseorang itu mungkin mengalami masalah membuat keputusan, cara mengatasi masalah, mengawal emosi dan kelakuan serta mengendalikan perubahan semasa.

Kekurangan tidur juga mempunyai kaitan dengan kemurungan yang menjurus kepada bunuh diri dan kelakuan berisiko melampau. Bagi mereka yang masih belajar, kekurangan tidur boleh menyebabkan mereka kekurangan fokus, gagal dalam memberikan tumpuan pada pelajaran atau mudah tertekan.

Kajian mendedahkan bahawa ketika kita tidur, memori dan kemahiran yang dipelajari diperkuatkan dan ditambah baik dengan beralih ke kawasan otak yang lebih efisyen dan kekal, ianya satu proses yang dikenali sebagai ‘penyatuan memori’. Tidur juga membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, konsentrasi dan produktiviti.

Oleh yang demikian, tidur malam yang mencukupi membuatkan kita berasa lebih segar. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, kita akan bangun dengan rasa lebih segar, lebih peka dan lebih gembira. Selain dari mengembalikan tenaga kita, terdapat banyak lagi kebaikan tidur yang membantu memulihkan tubuh badan.

Tidur Lebih Mudah Dengan Eskayvie Mindtropic

Eskayvie Mindtropic merupakan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie yang diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. 

Eskayvie Mindtropic dihasilkan untuk membantu mengatasi masalah sukar tidur. Selain itu juga ia mampu merangsang perkembangan otak, menguatkan memori dan banyak lagi. Ia dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan utama 100% semula jadi. Di bawah adalah bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.

Phosphatidylserine


 
Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. 
Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 
Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.

Ashwagandha KSM-66

 


Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

Bacopa Monnieri


 

Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 
Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

Magnesium

 


Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak. 
Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

Selenium

 


Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

Kelebihan Eskayvie Mindtropic

 


100% Bahan Semula Jadi
Rasa Tropika Yang Enak
Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan
Tanpa Gula Tambahan
Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

Manfaat Eskayvie Mindtropic

 
1. Mengatasi gejala Brain Fog
2. Merangsang perkembangan sel otak
3. Menguatkan memori
4. Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
5. Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
6. Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
7. Menjadikan lebih ceria & gembira
8. Meningkatkan kesihatan tulang & otot

Siapa Yang Perlukan Eskayvie Mindtropic?

 


Cara Pemakanan


 

1) Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.
2) Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk mengambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.
3) Bagi kanak-kanak berumur 13-17 tahun disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.

Feedback Pengguna Eskayvie Mindtropic

Berikut merupakan feedback pengguna Eskayvie Mindtropic.
 



Jika sebelum ni susah nak tidur tapi selepas mencuba Eskayvie Mindtropic jadi lebih mudah tidur dan mudah bangun awal serta dapat deep sleep lebih lama.

 


Sebelum kenal dengan Mindtropic, sentiasa rasa stres dan pantang orang datang dekat mesti akan naik angin. Tapi sejak amalkan Mindtropic kerja banyak pun rasa cool je. Walau tidur lewat dan bangun awal tak ada masalah. Badan rasa fresh dan bertenaga.

 


Sejak amalkan Mindtropic minda rasa lapang je bila bangun pagi sebab dapat tidur lena dan dapat deep sleep. Dah tak ada aura-aura negatif.



Tonton video perkongsian dari Puan Seriwati Ismail, 52 tahun yang asyik moody je kalau badan rasa lesu sebab tak cukup tidur. Tapi selepas amalkan Eskayvie Mindtropic beliau lebih mudah tidur dan dapat tidur lebih lena. Bangun pagi pun badan lebih bertenaga dan emosi terkawal.

Hidup Ceria Tanpa Stres

Tidur dan emosi mempunyai kaitan yang rapat. Kekurangan tidur boleh menyebabkan emosi terganggu dan tekanan. Dengan mengekalkan corak tidur yang sihat dapat membantu meningkatkan kesejahteraan emosi. Insomnia yang kronik boleh meningkatkan risiko gangguan emosi, seperti kebimbangan dan kemurungan.

Jumlah tidur yang diperlukan berbeza mengikut setiap orang dan ianya juga berpunca daripada beberapa faktor. Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan orang dewasa, 7 hingga 9 jam setiap malam adalah jumlah yang ideal. Akan tetapi, disebabkan jadual harian yang sibuk, kita selalu memandang remeh tentang hal tidur dan menganggap ianya sesuatu yang membuang masa. Selain daripada pengambilan makanan berkhasiat dan bersenam, tidur yang cukup juga penting dan ia merupakan salah satu asas utama kesihatan.

Dengan bantuan Eskayvie Mindtropic, ia dapat membantu mereka yang alami masalah sukar tidur atau tidur yang tidak lena dan sekaligus dapat mengatasi masalah stress dan kemurungan. 

Kepada yang berminat nak dapatkan Eskayvie Mindtropic, anda boleh klik pada link dibawah untuk tahu lebih lanjut lagi.

Website: www.eskayvie.com 

#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika