Modul UPSR Negeri Terengganu 2017- Set Modul UPSR Terbaik Untuk Pelajar Darjah 6

Modul UPSR Negeri Terengganu 2017, Set Modul UPSR Terbaik Untuk Pelajar Darjah 6

Modul UPSR Negeri Terengganu 2017- Set Modul Terbaik Untuk Pelajar Darjah 6 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dari dulu lagi, aku selalu kagum dengan sistem pendidikan di Terengganu. Aku bukan sekadar percayakan khabar orang, tetapi telah melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga sendiri semasa membuat lawatan benchmarking di Sekolah Tengku Mahmud. Rasa kagum dengan sekolah rendah cemerlang itu tidak hilang sampai sekarang terutamanya pada guru-gurunya yang sangat berdaya saing untuk menjadi yang terbaik.

Terengganu, Negeri Yang Sangat Mementingkan Pendidikan Rakyatnya


Terengganu pernah mempertahankan kecemerlangan sebagai sekolah terbaik UPSR selama 7 tahun berturut-turut sehingga dikatakan telah mencipta rekod negara. Tahun ini pula, pelajar SPM terbaik Malaysia juga dari Terengganu. Terengganu memang sanggup berhabis untuk pendidikan rakyatnya. Mereka sanggup memberikan pelbagai insentif dan bantuan kepada para pelajar. Aku sendiri pernah berasa cemburu dengan pelbagai kelebihan yang dinikmati oleh kawan-kawan aku dari Terengganu. Duitlah, gajetlah. 

Modul UPSR Negeri Terengganu 2017, Set Modul UPSR Terbaik Untuk Pelajar Darjah 6

“Terengganu boleh dikatakan antara negeri paling awal mengambil serius terhadap inisiatif kerajaan dalam melakukan transformasi pendidikan apabila meletakkan pendidikan sebagai teras utama pembangunan negeri melalui pelaburan yang besar," ujar Dekan Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Datuk Dr. Aziz Deraman. 
Sumber- Utusan

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata,“Saya teruja dengan perkembangan pendidikan di Terengganu kerana beberapa model yang dilaksanakan pada 2004 telah menampakkan kejayaan besar terutama kesepaduan pendidikan moden dan pendekatan Islam.
Sumber- Sinar Harian.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Ariffin Embong, "Kita sentiasa mendapat kerjasama padu daripada semua pihak. Pelbagai usaha diambil guru dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Kita juga dapat merasakan kejujuran guru yang bekerja dengan penuh keikhlasan. 
Sumber- Suktra

Nampak tak? Ramai sangat yang bersetuju dengan usaha keras Terengganu dalam terus memperbaiki sistem pendidikan mereka. Tak hairanlah setiap tahun, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh mereka. Guru di Terengganu sememangnya berada pada standard mereka yang tersendiri. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada anak didik mereka.

MODUL UPSR NEGERI TERENGGANU 2017

Sekarang, para guru berpengalaman di Terengganu telah menghasilkan set modul lengkap untuk 6 kertas ujian UPSR; Modul UPSR Negeri Terengganu 2017. Set Modul UPSR Negeri Terengganu 2017 ini telah terjual sebanyak 60 000 set dalam masa sebulan sahaja! Ini menjadi bukti bahawa modul UPSR ini modul terbaik untuk semua pelajar yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

Modul UPSR Negeri Terengganu 2017, Set Modul UPSR Terbaik Untuk Pelajar Darjah 6

Digubal oleh MAJLIS GURU TERENGGANU

Majlis Guru Terengganu dianggotai oleh guru-guru sebenar. Bukannya digubal oleh tutor atau penulis tidak bertauliah. Jadi, kita boleh yakin dengan kredibiliti yang ada pada mereka.

Buku ini digubal oleh GURU-GURU yang berpengalaman

Guru-guru berpengalaman ini pakar dan arif dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Ia bertujuan untuk berkongsi dan membantu para pelajar menghadapi UPSR, bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara.

Buku ini juga turut mengemukakan format UPSR terbaharu

Sekarang, UPSR mempunyai 6 kertas soalan, bukan lagi 5. Setiap satu mempunyai format baharu. Jadi, guru-guru berpengalaman inilah yang paling mengetahui format UPSR yang tepat. Dengan itu, para pelajar diberi pendedahan kepada bentuk soalan yang menyerupai peperiksaan sebenar.

Satu set lengkap Modul UPSR Negeri Terengganu terdiri daripada:

1) Bahasa Melayu Penulisan
2) Bahasa Melayu Pemahaman 
3) Bahasa Inggeris Penulisan 
4) Bahasa Inggeris Pemahaman
5) Sains 
6) Matematik

Preview Kandungan Modul UPSR Negeri Terengganu




Harga Modul UPSR Negeri Terengganu

RM54 satu set
Pos RM11 SM RM17 SS

Hubungi Muja Untuk Menempah

Pm Facebook Muja or whatsapp Muja di 011 2694 7035. Untuk tempahan lebih daripada satu set, kos penghantaran akan diberitahu kemudian.

Ada juga-- Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (Buku Rujukan Bahasa Inggeris Dwibahasa)

-------

Aku tahu ramai guru dan ibu bapa menghadapi kesukaran untuk mencari buku latihan berkualiti para pelajar dan anak-anak kerana lambakan buku di pasaran. Susah juga nak putuskan yang mana paling berbaloi untuk dibeli dan yang mana paling membantu dalam peperiksaan nanti. Nasihat aku, pilihlah Modul UPSR Negeri Terengganu 2017. Insya Allah, inilah pilihan modul terbaik untuk UPSR tahun ini.

By the way, sebelum mengakhiri artikel ini, aku ingin tekankan yang artikel ini bukanlah bermaksud untuk memperkecil guru-guru di negeri-negeri lain. Cuma, tidak salah kalau kita memperakui kehebatan orang lain untuk dijadikan inspirasi. Dari situ, kita bolehlah mengambil perkara-perkara yang baik ini sebagai contoh untuk diaplikasikan di tempat sendiri. 

"Be positive teachers. Yes, including you Teacher Muja". ;)

Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus