Ketua tingkatan kena belasah (Parody)

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

entry seterusnya untuk hari ni, of course la pasal Ketua Tingkatan Dibelasah. mula-mula aku tengok video tu tersebar kat facebook aku tak rasa lagi nak tengok sebabnya video camni macam dah biasa tapi dah bila banyak banyak kali tengok, terclick la juga play button. *sigh sebab aku rasa trauma sampai hari ni bila tengok video tu,



terus aku terfikir, adakah benda sebegini yang aku akan hadapi nanti bila aku dah jadi English teacher? apa aku akan buat kalau benda ni jadi kat students yang aku ajar? apa pandangan masyarakat terhadap profesion aku bila perkara sebegini berlaku di sekolah?  macam mana dengan masa depan pelajar aku yang get involved in such thing? aku takut, seram, cuak. tu je.

aku share cerita ni time cerita ni dah suam suam rasanya. aku share bukan untuk memalukan para generasi muda yang ada dalam video ni tapi aku share so that para pelajar yang view video ni sedar la, takkan la sebab handphone sebijik nak pukul sampai camtu sekali? kita tak nampak injury pada otak, tulang belakang, trauma yang budak tu alami and believe me nanti pembuli-pembuli dah tua, they will cry remembering how stupid they were when they were young

dah la kena buang dari sekolah sendiri, 
satu dunia membenci, 
masa depan gelap gelita itu sudah pasti
ingatlah semua ini duniawi

pastu aku terfikir lagi, apa yang buat dorang jadi macam ni? dalam syllabus setiap mata pelajaran formal tak de yang suruh cikgu ajar tomoi. tapi yang pasti ada satu ayat famous digunakan dalam video ni iaitu, 'nama aku lan, orang panggil aku lan todak'. semua orang tahu kan ayat ni? datang dari filem juvana kan? nampak tak how influential mass media can be especially in a negative way. aku heran betul kenapa filem yang berunsur gangsterism bersepah beranak pinak zaman sekarang. aku heran kenapa tak leh guna themes yang baik-baik or at least jiwang-jiwang macam zaman erra dengan awie dulu tu ke. hot kot and for sure it will not bring damage to the people malah akan buat people makin berkasih sayang,, ecececey... :D

ok. end of serious tone and what so ever, sekarang aku seru korang layan pulak video kat bawah ni. hahaha!!! cepat giler buat parodi. semangat hebat lebat!!! part paling aku ingat, ' nama aku lan, orang panggil lantak kau lah! ' hahaha


ps- kan bagus kalau semua kes buli boleh selesai dengan cara ni, tak sakit, happy, gelak gelak.. kakakakaka

Comments

  1. he he he.... cepat betul parody keluar...

    kita nak buat parody apa pulak muja?

    *memang bila terjadinya begini, profession perguruan tu terkena tempiasnya sedikit... secara langsung ataupun x langsung...

    ReplyDelete
  2. SALAM...

    KISAH NI MMG X DISANGKA...
    HATI RISAU MENGENANGKAN ADA ANAK YG BERSEKOLAH...

    KALAU JADI MACAM NI, X SANGGUP RASANYA.

    ReplyDelete
  3. Hahhahahah...
    Comel gile parodi dia...... =P
    Jom Muja, Farah, kita buat.... =P

    ReplyDelete
  4. sedih saya tengok budak2 gangster ni. rasa takut pulak nak besarkan anak dengan zaman macam ni. :/ tapi parody tu lawak gila. haha

    ReplyDelete
  5. Takut kan dik biler tgk budak2 sekarang nyer perangai huhuhu ngeri biler pk cikgu2 sekarang nk hadapi murid samseng camgini ....

    ReplyDelete
  6. hahaha lawak la parody tu.. main ooo som lak.. XD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD